Halaman

Selasa, April 21, 2009

PeTaNg Y A N G sEmPuRnA



Ntah mengapa setiap kali ada peperiksaan, beberapa orang petugas keselamatan yg dahulunya permohonan untuk menjadi polis ditolak akan ditugaskan utk menjaga lalulintas dihadapan DEWAN RAJA MUDA MUSA (DRMM) Lalu kesemua mobil dan sikal diarah memarkir di satu kawasan khas berasingan dengan Bangunan Kompleks Belia itu.Sekaligus kwsn yg selalunya merupakan ruang yg mati tdk ditanam, kelu tdk berkata itu dipenuhi secara paksa pada kadar yg membimbangkan.

Aku memarkir mobilku(pinjam kwn) di satu sudut strategik, jenis kalu ada kecemasan, aku bleh blah dulula.Lantas tanpa bantuan GPRS kasut aku secara auto memandu kaki aku menuju ke dewan peperiksaan. Sekujur tubuh ini hanya pasrah mengikut gerak kaki ini. Mengapa pasrah? Owh..Kerana sang otak yg berjaga siang mlm ini gagal menjadi memori kekal. Semuanya gara gara data2 yg dibaca semalam gagal disimpan.

Seperti biasa, pintu dewan hanya akan dibuka 2 laluan sahaja. Dan 1 laluan hanya dibuka 1 daun pintu sahaja!!!!!Dan para penduduk peperiksaan pula berjumlah ribuan katanya. Maka nisbah pergerakan 2 org serentak melalui 1 daun pintu terbuka boleh ditulis sebagai 1 : 1000

Fenomena ini menyaksikan aku boleh dilabel sebagai mengambil kesempatan.Oh tidak~!Bukan niat ku menyondol org hadapan. Itu adalah salah disisi undang2 dan agama. Apakan daya aku jua ditolak dr belakang. Kepada pengurusan UiTM yg aku benci, apa kata ko bukak jerk pat2 pintu yg ada....Cubala berakal sikit.

2.15 ptg, peperiksaan bermula. Nah, kertas bercetak di atas meja itu yg sebelum ini kelihatan tenang-tenang saja mula menunjukkan perubahan sikap yg ketara. Dari sikap pemalu berubah kpd inspektor yg mula menyoal siasat suspek. Aku mula menyelak helai-helai itu.Makin diselak makin terangsang aku untuk tido. Argh.Melayu mudah lupa.Namun soal siasat itu aku hadapi dengan penuh tenang.Moga2 jawapan yg aku taram tu mengenala hendaknya.Kepada kakak yg keluar masuk g tandas bagai td, len x bukakla kasut tu kalu lalu sblh aku.Aku rasa sgt terganggu dgn hentakan tapak kaki anda itu. Dewan itu menjadi saksi betapa mereka2 ini persis seperti model pakaian yg sedang mempamerkan hasil tgn pereka memasing. Cam bagus2 je wat bising.Aku rasa la kan, kalu letak ladam besi kat kasut2 tinggi tu, mau mcm padang kawad jadinya. Dan kesan plg kritikal mesti sopek2 lantai simen.Ahah.Jgn marah~~~

4.15 ptg- Aku keluar awal dr dewan 1jam dr wktu tamatnya. dari segi ekonomi, aku rugi kerana aku telah membayar yuran peperiksaan untuk 3jam.Abaikan. Ahaaa.Tamat sudah peperiksaan utk kertas pertama. Lalu sebekum pulang ke rumah, aku menikmati minum petang di Restoran Eita

Memang terbayek. cukuplah gambar di atas utk diabadikan sbgi ingatan aku terhadap keenakan roti jala itu. Dengan kentang yg empuk serta cebisan ayam, roti jala itu mmg menjadikan petang td petang yg sempurna. Dengan teksturnya yg mengiurkan,adunan yg lmbut, apabila dibanjiri kuah kari dgn sedikit sambal, semua elemen itu telah mmbuat aku lupa yg aku hanya ada beberapa keping syiling sebagai tebusan roti itu. Ahahhahaa. Aku penat. Mau tdo..Sehingga ketemu lagi.

Assalamulaikum..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah..gmbr tu sgt menarik...keliuran rasa