Rabu, April 29, 2009
Harga ayam naik 60 sen
KUALA LUMPUR 28 April - Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia hari ini.
Harga ladang ayam hidup naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram (sekilo) kepada RM3.80 sekilo manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga pemborong ayam siang kini RM5.30 sekilo berbanding sebelumnya sebanyak RM4.85 sekilo manakala harga runcit ayam hidup pula sebanyak RM5.20 sekilo, berbanding RM4.80 sebelumnya.
Harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal turut naik kepada RM6.15 sekilo berbanding RM5.65 sekilo manakala harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM6.90 sekilo daripada RM6.30 sekilo.
Harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal pula, mencatatkan kenaikan RM7.60 sekilo daripada RM7 sekilo.
Faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan
Wahhh…kalu ikut hukum alam, mende2 yang “naik” ni pada akhirnya akan turun juga…Macam2 mende yg naik akan turun. Tapi rege barang la ni kalu naik kalu memang xreti2 nak turun. Ni kes ayam ni naik rege aku rase la kan sebab babi selesema cikgu katanya. Justeru permintaan daging babi merosot hingga paras sifar sekaligus permintaan terhadap dgg ayam pula meningkat. Masuk bab ekonomi ; Apabila permintaan melebihi bekalan, kenaikan harga akan berlaku.
Sebelum ni cuaca panas gak, siap ada kemarau lagi, tp ibu ayam dan bapak ayam masih meneruskan kerja bepasukan dan meningkatkan produktiviti. Entah di mana silapnya. Ada kementerian da bebagai2 dah. Tapi rege barang xterkawal. Ape pon xboleh.
1 malaysia kunun….Tuihhhhh
10 thn dari sekarang...apakah yang sedang aku buat?
10thn kemudian...dan kalaulah waktu 1999 tu aku leh lihat diri aku sedang buat ape..
dan ini yang diri aku sendiri tgh lihat..aku sedang tulis blog...mane ade keje pakai smart2..susun2 fail sain dokumen buat sebok...aku hanyelah seorang designer bebas hidup dgn projek2 picisan..aset hanye sebuah krete yang dah dua bln tak ketuk2 lagi hasil langgar tembok kt parking lot sebuah pasaraya..balik umah mane ade bini atau anak sambut sambil "bercak-cak dgn aku"..dalam bank ade le wang yang boleh menanggung sekitar 1-2bln perbelanjaan je...
so...jika aku pikir pula 10thn akan datang..iaitu pada 29 april 2019 , kira2 jam 5ptg..apakah yang sedang aku buat..apa yang terjadi waktu itu dalam hidup aku..namun nasib dan takdir kita tak tau...mane la tau..ntah2 ape yang aku pikir 20thn lepas akan menjadi kenyataan..mane le tau ttibe jadi perdana menteri malaysia ...ataupun seorang tokoh berwibawa...WAHAHAHHA
Selasa, April 28, 2009
Isnin, April 27, 2009
Bila cinta...
Mule2 skali, sampai umur korang skrg ni, dah berape kali korang dilamun cinta? Ada dua kali? Tiga? Sekali? Tak pernah lansung? Aku rase anda2 smue mesti ada laa dua tiga kali kan. Dan ada juga antara kita yang senang skali jatuh cinta.
Disebabkan aku agak 'clueless' dan 'blur' sikit dalam bab2 hati dan perasaan ni, persoalan2 macam ni selalu ade dalam fikiran aku.
'Macam mana kita nak tau yang kita dah jatuh cinta?'
'Apa maksud jatuh cinta ni?'
'Jatuh cinta ni memang akan rasa happy je ke?'
Sedikit sebanyak soalan aku macam tu laa.. Ade lagi soalannya, just macam lebih kurang je.
Bila tengok teman2 se'uitm' ber'couple' smue, rasa hairan, pelik, musykil smue ada. Lagi2 laa masa part 1, awal2 masuk sem, dah ada yang tersangkut kat classmate. Bukan laa aku nak kate tak boleh couple ngan classmate. Kalau dah tersuka , nak wat macam mane kan. Pastu mule laa berkepit sana sini bersama. Study sama, lunch sama, pegi class sama, minum petang sama. Semuanya sama laa. Pastu kalau gaduh, aku jugak laa jadi posmen, jadi orang tengah. Susah2.
Yang guys nye , kejap2 nak ajak dating. Padahal baru lepas jumpe, jalan kaki sama2 balik class. Kalau nak jumpa kejap, dating laa kejap depan blok hostel tu. Kalau nak lama sikit, ajak gi cafe.
Yang girls nye pulak, kalau bf tak call ke ape, mula laa emo satu badan. Rasa tak disayangi laa. Rasa tak dipedulikan laa. Macam2.
Aku bukan nak citer pasal smue tu actually. Sebab tak lama lepas tu (tak lama lepas tu = tahun ketiga diploma), aku rasa macam aku terjebak dalam mende alah ni. Tapi masa tu, aku tak sure. Betul ke macam ni rasa jatuh cinta? Betul ke orang macam aku pon leh jatuh cinta? Betul ke aku jatuh cinta ngan 'mamat' ni?
Aku akui yang aku agak pengecut sikit dalam bab2 hati dan perasaan ni. Lagi2 bab2 berkongsi hati dan perasaan ni. It seems like, aku nak, tapi dalam masa yang sama, tak nak.
Aku sedar, yang aku macam tak boleh nak bagi hati aku dalam perhubungan ni. That why, I walked away.
Maybe akan tiba masanya, detik yang bila aku memberikan hati aku tanpa ragu dalam perhubungan. Tapi, ada kebarangkalian, aku bukan orang terpilih. Maybe juga, I'll spend the rest of my life alone. Aaaaaaa.. Life oh life!!
oooooopocoottttttttt kepala ku dikakimu~
Assalamualaikum..
Sapekah di sini yg melatah?...apakah itu melatah adalah penyakit semule jadi ataupun sengaje dibuat-buat..ataupun penyakit itu yg asalnya dibuat-buat lalu menjadi "peel" pelatah itu sendiri sehingga terbawa-bawa ke dalam diri lalu merangsangkan tindak balas yg agak anoying skali pabila seseorang atau sesuatu bende tiba-tiba mengejutkan pelatah tersebut lalu terhasilnya impak yang kurang menyenangkan..lalu terkeluar beberapa perkataan yang "KONON"nya tidak sengaja..
cth:-
OOHHH MAK KAW KEPALA ROBOT..OHHH...BABI KAW JOGET BERSAMAKU~
dan..ada juga pelatah itu menari nari tidak henti2 seperti ada suis di badannya pabila org lain aktifkan dgn mencucuk jari ke badannya..lalu tarian itu seperti tidak akan berakhir...sambil mulut terkumat kamit carutan yang berpanjangan..selalunya pelatah itu seorang perempuan..dan agak tidak boleh diterima oleh otak kepala gua kalau pelatah itu lelaki..lebih2 lagi pelatah lelaki ini volume suaranya agak kuat sekali latahan yang boleh didengari 1km persegi..
tapi ade beb..jiran gua dpn umah blah kanan selang 2 buah umah.haha..umahh orennn tuuu~..alaaa yg baru pindah tuuu~(tabiat org melayu..gosip2..mengumpat2.jgn tiru aksi gua)..ade sorg pakcik nie..tak le tua sgt..area umur 40an je kot..mempunyai tabiat melatah yang kaw2 sekali..gua dari umah pun leh dengar latahan dia yg begitu kuat lagi..lebih2 lagi rakan-rakanya selalu mengusik dgn meng"hon" kereta padanya secare tibe2..tidak lupe dengan care menyergah dia secara kejutan..lalu terhasilan latahan dari beliau yang mule2 gua tak ambik kisah sgt..tapi dan bratus kali gua dgr..so gua rasa agak anoying skali..dah le awal2 dlu gua igt ada gadoh ke ape..sbab latahan dia agak LANCI skali..lame2 gua dah lali dah dgr..gua pagi tadi baru je nak kluar dah dipaparkan aksi latahan beliau secara live hasil dari sergahan sape ntah yang tibe-tibe lalu meng"hon" beliau..nasib baik gua tak ikut serta sekali melatah sambil mengetuk2 kepale beliau dgn air mineral yang sedang gua pegang waktu itu..air mineral?..pagi2 bute kuar..wahaha...jgn tanye gua buat ape...
arghh..apa gua buat nie mengumpat2..byk keje nak kene buat nie!~..gambateeeeee~!!!!
Ahad, April 26, 2009
Jumaat, April 24, 2009
BOLA~BOLA~BOLA~
Antara salah satu mende yang aku minat sejak kecik...BOLA... bola ngan laki memang xleh dipisahkan... kalo ade yang laki xminat main bola pon mesti die minat tgk bola.. tapi kalo main xminat pastu tgk pon xminat 1 dalam 1000 la kot...
Pasal bola gak aku ngan member2 aku slalu perang mulut tapi lebih pada perang keamanan... Tapi cam biasa topiknya Bola Sepak Malaysia... huhu.. Bila la nk smpai masa aku ngan memember aku nk g mamak malam2 smata2 nk tgk bola sepak malaysia...
cthnya: HADZLI berkata " Weh apek, malam ni kul11 tgk slangor lawan kt khulafah (mamak stall)... APEK berkate " Jangan lupe pakai jersi pastu blanje aku minom "... HADZLI menutup kate " Tara hal, janji PAHANG menang" APEK nk gak berkata "PALE LUTUT LU...gua SLANGOR sambil Apek membetulkan rambut pacaknya ala2 artis...
Tapi hakikatnya tetap juga berembun malam dan menahan mata untuk melihat bola luar negara atau lebih familiar EPL.. walaubagaimana pun aku bangga SELANGOR ada peningkatan skit bawah jagaan macha DEVAN... sok layan kt stadium final SELANGOR vs KELANTAN.. harap2 la takde kete tebalik lg...kalo la allayarham MOKHTAR DAHARI ada lg kompem jadi manager CHELSEA skang...haha Teringat masa2 blaja dulu g tgk malaysia lawan... balik kompem hampa... ini antara wajah2 semangat masa nk pegi... tp masa nk balik maleh aku amik gambe... muke xleh blah... ahhaha..
awek2 dan gitarnya..
hari tu ungu_violet post share video..gua pun nak share gak la..mari perkenalkan 4 awek dgn gitarnya..terdiri dari yana estrella , yuna , yui artis dari jepun dan prisa dari indonesia..woho..
Khamis, April 23, 2009
Aku dan binatang...
Assalamualaikum
Selasa, April 21, 2009
PeTaNg Y A N G sEmPuRnA
Ntah mengapa setiap kali ada peperiksaan, beberapa orang petugas keselamatan yg dahulunya permohonan untuk menjadi polis ditolak akan ditugaskan utk menjaga lalulintas dihadapan DEWAN RAJA MUDA MUSA (DRMM) Lalu kesemua mobil dan sikal diarah memarkir di satu kawasan khas berasingan dengan Bangunan Kompleks Belia itu.Sekaligus kwsn yg selalunya merupakan ruang yg mati tdk ditanam, kelu tdk berkata itu dipenuhi secara paksa pada kadar yg membimbangkan.
Aku memarkir mobilku(pinjam kwn) di satu sudut strategik, jenis kalu ada kecemasan, aku bleh blah dulula.Lantas tanpa bantuan GPRS kasut aku secara auto memandu kaki aku menuju ke dewan peperiksaan. Sekujur tubuh ini hanya pasrah mengikut gerak kaki ini. Mengapa pasrah? Owh..Kerana sang otak yg berjaga siang mlm ini gagal menjadi memori kekal. Semuanya gara gara data2 yg dibaca semalam gagal disimpan.
Memang terbayek. cukuplah gambar di atas utk diabadikan sbgi ingatan aku terhadap keenakan roti jala itu. Dengan kentang yg empuk serta cebisan ayam, roti jala itu mmg menjadikan petang td petang yg sempurna. Dengan teksturnya yg mengiurkan,adunan yg lmbut, apabila dibanjiri kuah kari dgn sedikit sambal, semua elemen itu telah mmbuat aku lupa yg aku hanya ada beberapa keping syiling sebagai tebusan roti itu. Ahahhahaa. Aku penat. Mau tdo..Sehingga ketemu lagi.
Assalamulaikum..
Isnin, April 20, 2009
I'd give it all up but I'm takin' back my love...
Aaa!! Nape laa ensem sangat Enrique ni?? Gile2.. Ader dua version lagu ni. Satu ngan Ciara. Satu lagi ngan Sarah Connor. Aku prefer yg Sarah dari Ciara ni. Ciara ni voice die macam halus sangat. Macam berbisik2 je.
I love u Enrique!! Please be mine!
Sabtu, April 18, 2009
beratur ye..goreng pisang sedang dimasak....
Khamis, April 16, 2009
bla bla bla....
Aku agak tertarik dgn satu laman web nie leh buat kartun sdiri..so aku ade gak dpt job buat kartun strip..web nie leh jadi reference nie..xde le smpai aku pkai sebijik2 dari template tapi sekurang kurangnye leh buat reference komposisi dan expresi...lu org nak try leh masok pixton.com..
Rabu, April 15, 2009
nasi dgn ayam itu sudah cukup kenyangkan aku
TERBUKTI !!!!!
klik pada gmbr utk tujuan pembesaran
Hoh...Aku baru je buang entri semalam atas dasar mnjaga nama baik uitm dan org2 yg sedang dan pernah bekerja kat sana. Tp malangnya aku mnjadi marah semula selepas mndapati pelayan uitm ni hanya mampu mnampung takat 100 pengguna...
Pastu perhatikan akhir ayat, ade tulis TQ? Apakah?da wat salah ckp time kasih?Apakah???
Apakah maksudnya?Yuran amanah yg aku byr tu korang wat apa ar????
Cb
!@#$%^&*()_
Isnin, April 13, 2009
Siri crite flashback part 1
Ahad, April 12, 2009
apa yang kau mahu?? (ku didalam dilema)
Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak berapa menentu, adakah sekarang waktu yang tepat untuk aku tinggalkan company aku sekarang ni?
Aku merasakan aku ni tak cukup bagus lagi untuk apply keje kat company2 gergasi dan ternama. Sebabnya, aku tak rasa apa yang aku tau melayakkan aku ke tak untuk diterima di company2 berkenaan.
Aku hanya ada diploma ngan degree. Tahun lepas, aku pernah berkira2 ngan akak ofis nak amik ACCA same2. Tapi tak lama lepas tu, dunia digemparkan pulak dengan kemeruduman ekonomi. Malaysia pon sikit2 terkena tempias dek kemelesetan ekonomi. Jadi, aku pon menangguhkan sementara nak amik ACCA.
Bukan apa, dalam dunia kewangan ni, makin lama transaction makin kompleks. Sama ada kau turut maju ke hadapan, atau kau memilih untuk berada di mana kau berada sekarang.
Aku rasa sedikit insecure dengan diri aku pabila aku turut di bandingkan dengan adik2 aku yg kedua2 nya bekerja dengan salah satu company kebanggaan malaysia. Sedara-mara, kawan2 semua bertanya pada aku. Kenapa tak apply keje kat company tu jugak macam diorang? Kenapa tak mintak diorang tolong dapatkan keje kat situ? Serious. Aku tak pernah terpikir untuk keje kat situ eventhough adik aku sendiri pun suruh aku antar resume ke situ. Mahupon company2 bersekutu yang lain.
But then, aku terpikir jugak. Sampai bila aku nak stay kat company sekarang? Sampai bila aku nak wat keje yang aku wat sekarang ni?
Company yang aku keje sekarang ni takde laa besar. Dengan tenaga pekerja seramai 15 orang. 3 department. Dua orang di tax department di mana salah sorangnye adalah aku. Berbilang kaum. Bos cina yang sangat laa baik. Officemate pon ok laa walaupon ade laa sekor2 yang kadang2 membuatkan aku macam nk gigit je sekor2. Keje pon tak complicated mane. Sibuk bila peak period je.
Bos aku seorang yang amat laa menggalakkan staf dia sambung belajar. Ramai jugak officemate aku yang keje sambil belajar. Aku je yang kejap nak, kejap tak nak. Sebab aku sendiri tak yakin samaada aku ni patut ke sambung belajar atau masih bole menerima ajaran.
Sekarang pulak aku tiba2 terpikir nak amik professional kat Malaysia Institute of Taxation (MIT). Salah satu sebab, keje aku sekarang berkaitan ngan tax. Company tax, personal tax. Satu lagi pulak, kos exam lagi murah berbanding ACCA yang menggunakan matawang pound sterling. Ada pro and cons untuk kedua2 nya. MIT hanya recognized kat Malaysia je. ACCA recognized worldwide. MIT exam fees murah tapi takde class tuition, kene belajar sendiri. ACCA pulak exam fees ngan exemption fees mahal sangat, i.e; satu paper 70 pound tak campur lagi class tuition. Banyak lagi kalau nak compare.
Aku nak laa jugak merasa gaji besar. Bole bagi parents aku sorang2 RM 600 atau lebih sebulan. Nak laa jugak parents aku bangga bile sedara mara tanya, anak keje mane, keje kat company besar. Ni sekarang, gaji separuh dari apa yang adik2 aku dapat.Tapi, dah keje company besar, job responsibility pon besar laa kan. With great power, comes great responsibility.
Dilema. Dilema.
Bukan tak bersyukur. Bersyukur sangat sebab masih ade keje. Kalau nak dibandingkan kat luar sana tu sampai ada yang ditawarkan 'unpaid leave' untuk 6 bulan, kene terminate.
Arghhh!! Apa nak jadi??
Sabtu, April 11, 2009
TURUT BERSAMA BERKABUNG
Hari ini aku kelewatan ke opis... Seperti rutin harian terus memegang tetikus lantas meneruskan kerja-kerja ku yang ditangguhkan semalam. Semalam kul 12.30malam aku dh tidak tahan dengan denyutan sakit kepalaku dan tros tggalkan MAC OS X aku ni tanpa ditutup. Hari ni kul 3.00 ptg tibe-tibe tergerak naluri ini untuk melihat blog ni...
Perkataan pertama aku lihat "AKU DALAM MOOD PERKABUNGAN".. biasa aku bukak mesti tgk gamba mamat 2 org kt atas tu... aku baca setiap baris ayat nukilan neopujangga.. Tetiba naluri ku sayu setelah berita pemergian sahabat yang baru aku kenali dari neopujangga..
Walaupun tak lama aku mengenali arwah, tapi dari gaya dan pertuturannya aku dapat rasekan beliau mmg pemuda yang baik seperti dikabarkan neo.. Sayangnya aku tak lama dapat lebih mengenali arwah... walaupun begitu hati ni sayu xsemena2.. Mungkin neo lebih memahami...
Post aku ni harap2 la rakan ku yang ku kenali sejak bertahun2 dulu dapat melihat dan membaca.. 3 sahabat yg rapat dgn ku kini... sejujurnya aku ucap time kasih pada kalian yang banyak support kehidupan aku... shahrul nizam yahya a.k.a apek, sharul naim shaari a.k.a ekichii dan hadzli hamdan a.k.a akam... anda mmg terbayek dalam persahabatan..
Akhir kata "Persahabatan Jalinan Ummah"...
Moga arwah di cucuri rahmat... Amin..
Al-Fatihah.
aku dalam mood perkabungan
Jumaat, April 10, 2009
CORETAN SUBOH ke MALAM
Khamis, April 09, 2009
PERMULAAN SEORANG DESIGNER SIGNBOARD
Simple jer aku post..hahha... demi memenuhi permintaan tuan punya blog..
Pengumpul tegar
Assalamualaikum...
Selasa, April 07, 2009
terima kasih laptop....
Pontengan Yang Bermakna
Maafkan aku bos, tatkala hujan lebat, nyawa penunggang motosikal sgt terancam. Justeru, dirumahlah tmpt berlindung yg sesuai disamping dpt memantau kebarangkalian banjir.
Hah. Bangun je tido aku terus pegi dapur membuat lawatan tapak. Al-maklum perut aku merayu minta diisi. Smpi je dapur aku tgk kat kuali ade saki-baki sambal. Aku pon bersihkan la sambal tu. Sekeping roti sudah cukup utk membersihkan kesan degil tu. Bermakna xperlulah sabun yg banyak tatkala nak menyental kuali dan sudipkan? Hehehe.
Betul bagai dikata, bg tulang nak peha. Aku mula membuat lawatan seterusnya. Nun disudut penyimpanan lauk,sebelah ketuhar, tersorok dlm tudung salju. Wehehe..tersergam indah segerombolan udang yg bermandi sambal. Terletak bersebelahan ialah spesis gelama yg telah digoweng.
Hati aku mula gelisah melihat lauk pauk yg pegun dan terbiar ni. woahhhh,hangat, pilu, menggigil-gigil..mgkin itu yg sesuai utk menggambarkan debaran ati ini. Lalu sepinggan nasi kuambil dan lauk itu; sambal udang dan ikan gelama kutemukan dlm 1 pinggan. Barulah idup bejiran. Nasi putih td kuwarnai dgn sambal dan kicap.
Nah, mmg berakal. Nak mkn mana 1 dulu? Ikan gelama yg digoreng rangup atau udang yg pedas dibibir manis dilidah?Lalu nasi itu kugaul bersama mghasilkan warna merah kehitaman.
Lalu ku berdoa kepada Allah yg telah mmberi rezeki utk aku mkn hari ini. Lepas tu? Hah…babak2 rakus pon bermula. Mgkin xsesuai utk diceriterakan di sini……
Isnin, April 06, 2009
cabaran 100 design : design 1 full
hahaha..aku terlalu memandang rendah cabaran ini..satu design baru sehari leh settle nie..kiwak tol!
Tiada Tajuk
Nah, bekerja sambil belajar bukan sesuatu yang mudah utk diaplikasikan dlm kehidupan musyarakat marhain nih....Ia memerlukan tahap kesabaran dan pertimbangan akal yang sentiasa stabil utk meneruskan kesinambungan idup ni beb...Da byk berabis wang ringgit (RM) masa (Jam) dan juga tenaga (kcal/Kj)...Silap perhitungan boleh huru hara hidup beb. Ngan awek-awek lagi nak layan.Weheheheh...
Walaupon aku sedar subjek makroekonomi ni agak menyengetkan otak aku dan mmbuatkan aku mula berakal tapi aku akn manfaatkan masa yg masih berbaki beberapa minggu utk terus berjuang mendaki puncak kejayaan!!
Kepada guru tutor aku yg aku xpnah bayar lagi yuran tu, aku hrp dia dpt menurunkan segala ilmu perekonomian ni. Aku tgk ekonomi Malaysia ni makin merudum lah..Aku nk cuba berbuat sesuatu..Tapi kasi aku amik pekse eko dulu. Ahahahaa
Wahai peperiksaan, cepatlah kau berlalu...Aku rase begitu terkongkong sekali...Pas pekse ni aku bantai berjam2...Pastu aku nak puas2....Dan aku nak setiap hari.Kepada sesapa yang akan menduduki peperiksaan tu, selamat berjuang lah ya...Lawan tetap lawan..weheheheh..
-doakan aku dapat jawap soalan ye....salah betul blkg cite..sbb pensyarah tu kata kalu dpt tunjuk jln kire pon dia bg markah walau jwpn salah....ahehaaa