Halaman

Rabu, Jun 24, 2009

Cerita pukul 3pagi

Makhluk-makhluk yang hidup pukul 3 pagi mesti mempunyai 1001 cerita dan persoalan yang kadang-kadang rumit untuk digarapkan.Secara maklumnya kadar ketiduran manusia normal paling lewat pun pukul 1pagi , dan jika terlihat manusia2 berkeliaran pada pukul 3 pagi ini masih tidak tidur mungkin ada 1001 alasan kenapa mereka begitu.
Ya..aku maksudkan makhluk pukul 3 pagi bukan makhluk2 ghaib tetapi manusia itu sendiri.

Situasi 1
Waktu : Jam 3.16pagi , kira-kira 7bln yang lepas
Lokasi : Sebuah kedai mamak

Ketika itu aku mengalami masalah tidur malam dan pada suatu hari rakan aku yang baru abis belajar ketika itu mengajak keluar minum . Hari biasa, jadi keadaan di mamak amatlah sunyi , lebih-lebih lagi pekerja mamak sedang sibuk melakukan proses pembersihan kedai .Terdapat 2 meja sahaja diisi oleh manusia yang gayanya baru bangun tidur dan agaknya tidak boleh tidur semula lantas keluar minum . Kami pun duduk dan mengorder air.Setelah berbual2 seketika tiba-tiba muncul seorang pakcik dengan full set baju hujan menaiki basikal menuju ke kedai mamak tersebut. Kami waktu itu masih tidak mengendahkannya . Pakcik tu order air kat mamak . Mungkin untuk dibawa balik bekal . Tiba-tiba dia duduk di sebelah kami dengan tersengih-sengih .
"Seronok kerja" katanya
Kami hanya senyum saja.mungkin niat malas nak layan.
"kalau 3,4 ok lagi...tapi kalau 5,6 kene stanby" pakcik itu bersuara
Spontan kawan aku berkata
"apa 3,4 tu 5,6 tu?"
"Meter empangan , kalau 5,6 paras air tinggi kene call , tapi malam tak boleh call org takde . kene tunggu esok " tegas pakcik tu lagi
"Pakcik buat pe kat empangan?" aku lak bertanye pelik
"Pakcik jaga meter empangan"jawabnya selamba
"ROKOK SEBATANG!"pakcik tu tiba-tiba paw rokok..aku hulur SAAT biru tapi dia cakap nak dunhill member aku.Ces..demand pula pakcik itu lalu terus beredar setelah dapat paw rokok member aku.
Kami terdiam seketika cube memahami situasi berlaku..selang 3minit kami dipancari cahaya lampu kereta sebuah teksi yang parking berhampiran tempat duduk kami.Keluar pula seorang pemandu teksi yang berambut jambul dan berseluar yanki.Dia terus duduk di belakang meja kami.Seperti biasa kami tidak mengendahkan org lain yang datang.
"TAK BOLEH NAK TIDUR" kedengaran suara brader teksi tersebut dari belakang.
Kami diam..adakah brader tu bercakap dgn kami?
"Dah tua2 nak tidur pun susah..adek berdua tak boleh tidur gak ke?" kata draber teksi tersebut fokus kepada kami.
Baru kami tau..manusia akan menjadi mesra setelah 3pagi.
Kami pun menjawab
"Biasalah bang..panas xleh nak tidur"
Brader itu tergelak dan dia terus berbicara tentang kehidupan yang malas aku tulis sebab brader tu cite macam2 siap dengan sosial kritik , motivasi kehidupan , asam garam manusia dan aku berdua melayan dia bercerita dekat sejam.
Akhir sekali dia bagi no tepon dia katanya kalo nak menggunakan perkhidmatan teksi call je dia.
Kami berdua tersenyum..

Situasi 2
Waktu : Jam 3.30pagi , Semalam
Lokasi : Sebuah kedai mamak di seksyen 7

Aku sebenarnya baru balik dari Sepang sampai dekat pukul 2pagi.Tak berapa lama lepas tu tiba2 member aku ajak minum.Member yang sama dengan situasi 1 di atas.Aku ni pantang orang ajak keluar , mmg jarang aku tolak . Kami pun lepak di sebuah kedai mamak di seksyen 7.Sampai2 je tiba-tiba aku ditegur oleh seorang rakan lama . Kami pun bersalam seketika dan berbual ringkas dan aku terus duduk di meja dalam kedai tersebut meninggalkan rakan lama yang aku berbual tadi. Kami seperti biasa order minum dan berbual-bual dan tak lama selepas itu member aku terserempak tadi pergi ke kaunter utk bayar.Kebetulan aku duduk sebelah kaunter tu je.lepas member lama aku lepas bayar terus dia pergi ke meja aku.
"balik dah ke?"kata aku
"Biasa la penat baru balik meeting" jawabnya pula
"Bz nampak kul 3 pagi pun smart2 lagi" puji aku ambik hati
"Em..boleh aku duduk" tiba-tiba dia bersuara
"Sile-sile..ko buat pe sekarang?" tanya ku soalan tipikal bile jumpe member lama
"Em..insyallah aku bakal jadi juwatan..aku tak sanggup lagi kerja makan gaji..sebelum nie dah 3 bos aku tumbuk pasal tak puas ati..bla bla bla...semangat dia cerita tanpa diundang
"ko buat bisnes pe?"tanya aku
"Aku buat trading..jual pasir ngan tanah..dalam SELANGOR nie..paling murah sekali harga aku..Im the cheapest in Selangor...stok aku dari sabah , sarawak semua ada..alhamdullilah aku leh buat 100k sebulan sekarang.
"woh..hebat ko..brape lame ko buat bisnes sendiri?"tanye aku lagi
"Baru sebulan..bla bla bla bla dia cite lagi itu ini kerja sendiri lagi bagos bla bla bla tanpa henti"
"ooho..bagos la tu" kata aku menutup ceritanya
"Aaa..tu lum lagi aku cerita buat trading jual emas...bla bla bla...ade client dah order 2tan emas kat aku bla bla bla " terus terusan member aku bercerita dan ending sekali dia cakap bila lagi nak kaye..bisness sendiri gak bagos..lalu dia salam dengan kami dan minta mengundur diri

Aku dan rakan aku tersenyum...

tamat cerita 3pagi..

3 ulasan:

Jay Harun berkata...

hehehhee..member jutawan ko tu....intro takleh blah..tp bagosla begitu....

"ermm..insyaAllah aku bakal jadi juwatan??"

Tanpa Nama berkata...

jom lepak mapley. kamoo belanja. yezza!~~~

Shahrul Naim berkata...

dream....wkwkwkwkwk suke2!!!