Halaman

Selasa, Jun 30, 2009

Kecanggihan Teknologi tidak dilestari dan dioptimumkan.Inilah bahana kepada rakyat




http://www.ined.uitm.edu.my/malay/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=48




lalu aku pon klik la link tu...


aku memilih, tatacara pembayaran yuran

lalu keluarlah fail berformat pdf.

Bodoh 1
Pada tajuk 2.3 Pembayaran Melalui Laman Web Uitm(www.uitm.edu.my) ,
aku ingin pertikaikan mengapa alamat dlm kurungan tu wujud?klik kalu nnti g kat mainpage?bukankah itu tidak perlu?


Bodoh 2

pada tajuk yg sama, bullet pertama,

aku telah melayari laman ini menaiki bahtera yang penuh dengan harapan....lalu menurut arahan pada bullet2 seterunya, ada tercatat supaya tatkala laman sesawang tadi telah muncul tiba, arakian dititah supaya memilih Perkhidmatan di sebelah kiri skrin dan dititahkan lagi supaya diklik "pelajar"

maka, soalan yang timbul ialah, mengapa laman sesawang yang disuruh buka tu xde tmpt nk klik mcm yg disuruh?

Bodoh 3
Lalu aku pon bosan..Lalu aku menelepon 103 untuk mndapatkan no telepon institut perkembangan pendidikan...hello cik boleh bg saya no Ined(Institut perkembangan pendidikan Shah Alam)

"maaf encik, kami xde no tu...no MARA ade la..."

Eh tu no majlis amanah rakyat...sy nak no universiti...tapi Ined ni bkn induk, ni macam bahagian...

"maaf encik, kami xde no bahagian2 ni, kami ada 1 je nombor."

err...saya maafkan, tapi kalu ined tu xde no, mcm mana die beroperasi?

"mungkin dia xpakai no telekom kot"

lalu aku meletak telepon dgn cara berhemah sambil "WAK LU LA TELEKOM G MAM @^%&^&#&*#$)

Bodoh 4

Sesudah insiden direktori telekom gagal mengesan no telepon yg telekom sendiri pasang dan daftarkan sebagai pengguna(sangat bodoh bukan?) aku pon mula membuat carian internet.segala laman web berkaitan uitm aku bukak...Akhirnya aku xjumpa gak no tepon yg aku nak..Cuma, napa pihak bertanggungjawab dlm hal ni lem sangat? Xboleh ke dipusatkan maklumat bersepadu?Cuba letak pautan utk semua web yg uitm ada kat semua web dorg...dan utk semua no tepon fakulti ke pusat ke apa ke, xleh ke wat 1 laman khas?

Bodoh berganda...

Ok lah, xpe..aku mengalah...xpayahla susah2 nk byr online(padahal online tu sepatutnya untuk menyenangkan) aku byr manual jela....akan tetapi, ape kejadahnya aku nak print bil utk dibayar xboleh?napa portal pelajar ni xleh bukak?pehal plak busy?Uitm pakai sever utk 10 org boleh online pada 1 masa je ke?heh jnis hosting 100mb/1year 60henget?



Selama aku berurusan ngn Uitm ni dari awal smpi skang, aku jarang dapat berurusan dengan penuh tenang... Hatta pensyarah sendiri merungut tentang perkhidmatan laman web yang menjengkelkan serta kemudahan infrasturktur yang tut.

Dengan ini gua menyeru Uitm yang dah ada ISO ni tingkatkanlah mutu perkhidmatan anda.Layanlah pelanggan selayaknya.Pelajar ni bukan bukanlah haiwan, hatta haiwan pon masih punya maruah yg perlu kita hormati.

Lagipon setiap sem gua bayar yuran yg nonsense beb..yuran amanah tapikorang xamanah, yuran pustakaan, tapi nak parking lu letak kon padahal itu petak bebas, yuran pustakaan, ade lif tapi utk kakitangan je leh guna...


Sapa2 tolong banjer aku ABC....gua panas...haihhhhhh


p/s - sesapa yg xcaya cite gua, leh buka link2 yg gua bg..alami sendiri, nescaya lu org akn minta kawan2 banjer ABC

mari sama-sama ucapkan HIP HIP HOREYY

Sebagai peminat komik hong kong , wa lebih teruja nak tengok cite nie dari transformers 2 . syg sekali bulan 12 baru keluar..so sape2 nak tgk transformers 2 dgn gua ? ( sekadar buat2 teruja nak tgk semata2 asyik dgr cite BEST GILE dari rakan-rakan yang melihatnya..nanti kalo wa x tgk wayang cite transformers 2 , x up to date lak..wahahha ) ape-apepun lu org tgk trailer cite favorite wa..








pelakon jadi hero cite storm riders 2 mcm dah ketinggalan zaman..tapi takde yang lebih sesuai dari aaron kwok dan e kin ching yang memegang watak penjejak awan dan badai ini..

hohoho..assalamualaikum...

Khamis, Jun 25, 2009

Catatan mimpi




Epilog seorang pengkelana...






Pada suatu hari aku sedang tidur...Tiba-tiba aku bermimpi aku berada dlm sebuah kerendaan....



Aku lihat luar tingkap...Ada kepulan awan dan perairan...
Aku mula xsenang...





Tiba-tiba kenderaan tadi terbang rendah..Telinga aku sedikit berdengung.Memaksa aku menghembus napas melalui idung yang dikapit. Kemudian kudapati aku terdampar di sebuah pulau.



Aku pon berjalan-jalan di pekannya. Aku singgah di kedai hj mail..Kat sini macam-macam ada...



Lepas puas jalan-jalan, aku ternampak kolam renang...Mula-mula niat aku nak celup-celup kaki je..Sekali aku tergelincir...Abis basah set pakaian jejalan aku...


Lalu aku pon menukar pakaian aku..Dressing aku lebih pada sokongan komunis sikit. Di satu tempat, tiba-tiba ada helang datang ke arah aku.Selamba aku depa tangan kasi helang tu mendarat...Ahah..






Merasakan mimpi aku agak melampau, aku pon segera meminta izin untuk beredar..Akan tetapi, sang helang itu merayu untuk bergambar dengan aku.
Selesai sesi pengambaran aku rasa haus..Panas beb...Aku harap aku dapat sedar supaya dpt meneguk air....Aku pon jalan-jalan lagi.
Hasrat aku supaya mimpi ini terhenti kerana banyak sgt yg indah2...




Namun mimpi itu nmpknya blom ada tanda-tanda nak renti...Aku teserempak sebuah kedai makan tepi jalan....."Awat berdiri tengah panassss...Mai la menyendol...." Pelawa toke kedai tersebut....Tanpa segan silu aku terima....



Selesai menyendol, aku berjalan lagi sampai disebuah Kota...Nak masuk kene bayar kalu..Ahah.Aku meraba poket aku..Ade bape sen je ni...Kalu aku masuk gak memang balik naik bas le jawabnya..

Rupanya masa aku kat jalan2 area kedai Hj Mail td, aku ade masuk 1 kedai tu...Dia sembur minyak kat tgn aku. Pastu aku mcm kene pukau ngan bau wangi.Aku bg dia duit, pastu dia bagi aku 2 biji botol...Patutla tinggal seleng...


Maka tatkala berangkat pulang, aku berlagak seolah2 pemandu kerendaan tersebut. Aku cuba menyamar dgn memakai baju strike2 merah...Aku masuk kokpit...Tapi kene sound, wei apsal lu xtukar kostum? Gua dah roger pilot lain la...Lu duduk tenang-tenang je kat belah penumpang sudah...

Heh..Taktik aku berjaya...Lalu aku menikmati lagi pandangan indah dari angkasaraya...Sampailah kapal tu mendarat kat KL...


Turun je dari pesawat, aku bergegas masuk kedalam terminal ketibaan. Pastu aku lepak kat lua...Ade plak awek imigresen buat lintas langsung depan aku.heh...Caught in action...

Sehingga semalam, mimpi ni memberi kesan buruk padaku, manataknya, poket gua betul habuk pon xde...

Nasib bek rini gaji...

Tapi gua macam mimpi lagi....Gua antara sedar x sedar ade jawab tepon," Halo geng, wa tau lu bukan ahlong...sebab tu wa nak mnta tolong...wa nak pinjam lu punya RM...Ada orang datang rumah gua potong bekalan letrik, pastu dia minta gua lunaskan utang2 sebelum ni...Tolonglaa...Kalu lu xtolong xdptla gua nak tgk rancangan mari mengaji..."

.......lalu mimpi aku pun bersambung














Rabu, Jun 24, 2009

Cerita pukul 3pagi

Makhluk-makhluk yang hidup pukul 3 pagi mesti mempunyai 1001 cerita dan persoalan yang kadang-kadang rumit untuk digarapkan.Secara maklumnya kadar ketiduran manusia normal paling lewat pun pukul 1pagi , dan jika terlihat manusia2 berkeliaran pada pukul 3 pagi ini masih tidak tidur mungkin ada 1001 alasan kenapa mereka begitu.
Ya..aku maksudkan makhluk pukul 3 pagi bukan makhluk2 ghaib tetapi manusia itu sendiri.

Situasi 1
Waktu : Jam 3.16pagi , kira-kira 7bln yang lepas
Lokasi : Sebuah kedai mamak

Ketika itu aku mengalami masalah tidur malam dan pada suatu hari rakan aku yang baru abis belajar ketika itu mengajak keluar minum . Hari biasa, jadi keadaan di mamak amatlah sunyi , lebih-lebih lagi pekerja mamak sedang sibuk melakukan proses pembersihan kedai .Terdapat 2 meja sahaja diisi oleh manusia yang gayanya baru bangun tidur dan agaknya tidak boleh tidur semula lantas keluar minum . Kami pun duduk dan mengorder air.Setelah berbual2 seketika tiba-tiba muncul seorang pakcik dengan full set baju hujan menaiki basikal menuju ke kedai mamak tersebut. Kami waktu itu masih tidak mengendahkannya . Pakcik tu order air kat mamak . Mungkin untuk dibawa balik bekal . Tiba-tiba dia duduk di sebelah kami dengan tersengih-sengih .
"Seronok kerja" katanya
Kami hanya senyum saja.mungkin niat malas nak layan.
"kalau 3,4 ok lagi...tapi kalau 5,6 kene stanby" pakcik itu bersuara
Spontan kawan aku berkata
"apa 3,4 tu 5,6 tu?"
"Meter empangan , kalau 5,6 paras air tinggi kene call , tapi malam tak boleh call org takde . kene tunggu esok " tegas pakcik tu lagi
"Pakcik buat pe kat empangan?" aku lak bertanye pelik
"Pakcik jaga meter empangan"jawabnya selamba
"ROKOK SEBATANG!"pakcik tu tiba-tiba paw rokok..aku hulur SAAT biru tapi dia cakap nak dunhill member aku.Ces..demand pula pakcik itu lalu terus beredar setelah dapat paw rokok member aku.
Kami terdiam seketika cube memahami situasi berlaku..selang 3minit kami dipancari cahaya lampu kereta sebuah teksi yang parking berhampiran tempat duduk kami.Keluar pula seorang pemandu teksi yang berambut jambul dan berseluar yanki.Dia terus duduk di belakang meja kami.Seperti biasa kami tidak mengendahkan org lain yang datang.
"TAK BOLEH NAK TIDUR" kedengaran suara brader teksi tersebut dari belakang.
Kami diam..adakah brader tu bercakap dgn kami?
"Dah tua2 nak tidur pun susah..adek berdua tak boleh tidur gak ke?" kata draber teksi tersebut fokus kepada kami.
Baru kami tau..manusia akan menjadi mesra setelah 3pagi.
Kami pun menjawab
"Biasalah bang..panas xleh nak tidur"
Brader itu tergelak dan dia terus berbicara tentang kehidupan yang malas aku tulis sebab brader tu cite macam2 siap dengan sosial kritik , motivasi kehidupan , asam garam manusia dan aku berdua melayan dia bercerita dekat sejam.
Akhir sekali dia bagi no tepon dia katanya kalo nak menggunakan perkhidmatan teksi call je dia.
Kami berdua tersenyum..

Situasi 2
Waktu : Jam 3.30pagi , Semalam
Lokasi : Sebuah kedai mamak di seksyen 7

Aku sebenarnya baru balik dari Sepang sampai dekat pukul 2pagi.Tak berapa lama lepas tu tiba2 member aku ajak minum.Member yang sama dengan situasi 1 di atas.Aku ni pantang orang ajak keluar , mmg jarang aku tolak . Kami pun lepak di sebuah kedai mamak di seksyen 7.Sampai2 je tiba-tiba aku ditegur oleh seorang rakan lama . Kami pun bersalam seketika dan berbual ringkas dan aku terus duduk di meja dalam kedai tersebut meninggalkan rakan lama yang aku berbual tadi. Kami seperti biasa order minum dan berbual-bual dan tak lama selepas itu member aku terserempak tadi pergi ke kaunter utk bayar.Kebetulan aku duduk sebelah kaunter tu je.lepas member lama aku lepas bayar terus dia pergi ke meja aku.
"balik dah ke?"kata aku
"Biasa la penat baru balik meeting" jawabnya pula
"Bz nampak kul 3 pagi pun smart2 lagi" puji aku ambik hati
"Em..boleh aku duduk" tiba-tiba dia bersuara
"Sile-sile..ko buat pe sekarang?" tanya ku soalan tipikal bile jumpe member lama
"Em..insyallah aku bakal jadi juwatan..aku tak sanggup lagi kerja makan gaji..sebelum nie dah 3 bos aku tumbuk pasal tak puas ati..bla bla bla...semangat dia cerita tanpa diundang
"ko buat bisnes pe?"tanya aku
"Aku buat trading..jual pasir ngan tanah..dalam SELANGOR nie..paling murah sekali harga aku..Im the cheapest in Selangor...stok aku dari sabah , sarawak semua ada..alhamdullilah aku leh buat 100k sebulan sekarang.
"woh..hebat ko..brape lame ko buat bisnes sendiri?"tanye aku lagi
"Baru sebulan..bla bla bla bla dia cite lagi itu ini kerja sendiri lagi bagos bla bla bla tanpa henti"
"ooho..bagos la tu" kata aku menutup ceritanya
"Aaa..tu lum lagi aku cerita buat trading jual emas...bla bla bla...ade client dah order 2tan emas kat aku bla bla bla " terus terusan member aku bercerita dan ending sekali dia cakap bila lagi nak kaye..bisness sendiri gak bagos..lalu dia salam dengan kami dan minta mengundur diri

Aku dan rakan aku tersenyum...

tamat cerita 3pagi..

Isnin, Jun 22, 2009

Membina matlamat hidup ke arah kecemerlangan (SIRI SATU DARI 10)

Katanya...buangkan kesemua sifat kemalasan dan syaitan-syaitan nirojim atas kepala.



dah...


ke belum?..


SUDAHHH!!

tahniah..



Sabtu, Jun 20, 2009

Gua hairan kenapa orang selalu sangat usya gua bila gua sedang membuat rapat umum.Padahal gua belum jadi artis untuk dikerumuni

Melihat peredaran masa yg dirasakan seolah-olah semakin pantas hari ini menyaksikan dunia sudah berubah wajah.Tidak sepertinya zaman purbakala yg mana kewujudan alat kelui atau penemuan teknologi pada hr ini di zaman itu sudah pasti amat menakutkan dan memeranjatkan kehidupan saat itu. Mengapa hal ini berlaku?Ya, mungkin kerana mereka tdk dapat menerima teknologi itu sebagai pembaharuan. Atau mungkin jua mereka gagal mencernakan maklumat serta kekurangan ilmu mengenainya.Atau lebih tepat lagi mende-mende itu semua tdk sejajar dengan alam pemikiran semasa mereka.

Itu semua dulu punya cerita.Sekarang tidak lagi.Zaman dah berubah, dunia dah maju.Begitu juga cara manusia berfikir. Inovasi dan kreativiti manusia seolah-olah tiada batas sehingga ade setengah-tengah kes yg penghulu kampong sebelah barat terima mengatakan saintis belah-belah sana sibuk mengklon manusia. Jnis-jnis kajian dan pembangunan yg menongkah nilai-nilai kemanusiaan dan agama.

Itulah serba sedikit mukadimah untuk catatan kali ini.

Nah. Pemikiran manusia yg makin kreatif ini adakalanya sgt menakjubkan di mana ia telah banyak menghasilkan ciptaan yg memudahkan kerja-kerja harian. Bagaimanapun, dari 1 segi, manusia yg telah melalui revolusi budaya dan peradaban ini kadangkala mereka merasakan bahawa pemikiran yg hebat, tubuh badan yg sihat, kekayaan yg tdk ternilai adalah 1 pakej lengkap untuk hidup di dunia semata-mata. Di mana, nilai adab dan budaya sudah tdk diperdulikan lagi.

Itulah yg terjadi di mana-mana. Arakian tersebutlah kisah tatkala aku sedang berjalan-jalan secara normal, bergerak meninggalkan gerai pasar jumaat, kebanyakkan yg berselisih dengan aku, akn menoleh kea rah aku , memandang susuk tubuhku, menjeling-jeling xpuas ati terhadapku. Apa semua ini?Gilakah mereka?Bukankah sekitar jam 12-2 petang itu matahari sedang terapung tegak di atas kepala kalian memancarkan cahayanya?Tidakkah kalian berasa panas?Apatah lagi selepas memakan nasi briyani yg penyediaannya mengandungi byk herba sekaligus memanaskan badan?Jadi apa masalahnya aku membiarkan 2 butang dari atas terbuka?

Apakah itu 1 kesalahan yg diperuntukan dlm perlembagaan?

Heh. Aku mmg xfaham la masyarakat skang ni. Jnis suka jeling2. Apa? Ada masalah ngn aku?Memang pakej semalam.Aku menyising lengan, memakai kaca mata ray ban, serta membuka butang 2 dr atas. Alasan ku panas. Heh, aku lelaki, jadi aku msh menjaga aurat ku apatah lagi laluan itu didalam kwsn masjid.

Maka aku mmbuat hipotesis serta inferens awalan seperti berikut :

A.Tindakan aku itu seolah-olah samseng

B. Jika wanita mendedahkan dada itu seksi, lelaki jua begitu, maka aku seksi?

C.Masyarakat tdk dapat menerima etika berpakaian begitu.

Jika jwpn anda B, maka lelaki yg mengusha aku itu gay.Termasuk ustaz2 yg berkopiah tu ke?Heh

Jika jawapan anda C, aik, perempuan yg pakai seksi2 tu kira boleh tima plak?Cb…

Jika jwpn anda A, jika masih pakai baju , buka 2 btg pon kira samseng, pmpuan kalu kemban saja pegi majlis anugerah bintang bulan popular tu kira camne pulak?

Gua bukan apa, seeloknya bila berselisih, sesame Islam, bagi la salam, lagi elok dr lu jeling2 gua mcm nk kene pukul. Sama je gua tgk semua peringkat umur dan golongan. Dari yg pakai kopiah bawa ke pakai topi, dari muda ketua, dr pelbagai bangsa ke kaum.Semua sama je dah hilang nilai2 adab.

maka aku menyeru kepada semua pembaca agar memberi salam sesama kita walaupun tdk dikenali kerana pada hakikatnya kita semua bersaudara.

Khamis, Jun 18, 2009

Tidak Dapat Dikelaskan

Nasib baik secara Layan Diri...Secara bebas kalu...?

Rabu, Jun 17, 2009

Lawannnn....tetap lawan..hohoh..

Lame gua tak post..hehe..nasib baik geng2 penulis take over dengan baik sekali..hari ni keje gua surfing internet je setelah berjaye menyelesaikan masalah registration domain yang tak muncul yang sebelum ini feedback yang gua dapat hanyalah jawapan auto bot walaupun beberapa kali dah gua issuekan..akhirnya..baru settle..ohoh..laen kali ingatkan gua beli hosting kt mus je la senang , sekurang-kurangnya template web hosting dia bakal gua adjustkan..hoho..dah2..hal2 keje gua takmo cite dalam blog..

Tgh gua merayap dalam alam maya gua tersinggah satu web seorang ahli politik..senang cite ahli politik pembangkang..hoho..gua bukan peminat dia , tapi caranya untuk dapatkan sokongan dengan mendekati diri dengan penyokong dengan memasuki diri dengan web kenalan seperti facebook , myspace dan sebagainya..lalu gua pun klik kt page myspace beliau..hoho..ramai sokongan beb..

yaaa..jenis dak sekolah umur 16thn gamba laga2 pipi dengan bukan muhrimnya dan buat muke muncung2 leh bagi testimonal "lawan tetap lawan"...pada peminat ahli politik tu..lu lawan nafsu lu dulu la..ahaha..

dah tutup cite..blog wa bukan blog politik..

Assalamualaikum..

nota:-mari main sambung2 cite kt chatbox..hoho

Isnin, Jun 15, 2009

Ini Malaysia ada undang2, lu degil kita saman lu

Pada hari cuti musim panas yang lepas, aku g jejalan makan angin buang angin kat sebuah pusat beli belah. Nak g Genting tinggi sangat, silap2 motor cup Prix aku soh aku bawa dia plak.Naya

Kompleks ni mmg kelas tinggi punya. Kebanyakkan tulisan kat sini dlm bahasa bahasa penjajah. Kira kalu aku bergambar kat papan perniagaan dorg, pastu aku pos dlm buletin kampung, memang dorg suspek aku g bercuti kat UK punya. Bila da jadi camtu, nanti aku nak minta surat sokongan kat ketua kampung memang buta-buta kene perli la." Lu duit banyak tapi sibuk minta gua sokong lu naik gaji apahal?"

Gua pon jalan2 jela mcm bese. Antara mende2 yg gua usya ialah kakas memasak. Wa teringin nak beli kuali yg xmelekit tu. Kalu nak goweng telur, xya letak minyak pun.Goreng gitu je. Kurang kolestrol, menjmatkan minyak, dan sudah tentu menjana kehidupan yang cemerlang. Tapi gua tertanya-tanmya samada kuali ni masak gune letrik ke api.


Lalu gua menahan seorang awek yg disaspek berkhidmat kat situ. Die pon belek2 kuali tu. Lama gak die belek. Kalu aku bia je peel die gitu, mmg masak telur. Ahhahahahaa. Tula mende impot ni maklumat produk dia karang ikut suka dia je. Pastu tak diperincikan dan xmemenuhi kehendak pelanggan.

Lalu gua pon suruh awek td tu bersurai. Lalu gua pon pergi mendapatkan Ketua Kultus Promosi (Promotion Cultus Head). Dalam pada nak mencari tu, entah camne aku tersesat kat satu sudut. Kat dinding tu die ada tampal mcm kat bawah ni:





Huhuhu...Kat sini kalu, nak naik lif lu kene berbelanja besar. Lu kene beli macam2 baru lu entitled naik lif kargo. Setakat lu beli mee segera, mmg lu kene panjat anak tangga.
Heh.


Ahad, Jun 14, 2009

Can’t let the music stop, Can’t let this feeling end, Cause if I do it’ll all be over, I’ll never see you again..

12 June 2009

2.45 pm Beep. Beep. (Bunyi msg masuk)

Shizune - Aku rase aku dh officially dalam relationship!! A matured relationship.

U.V - Eh? Congrats2!!

(Bukan nama sebenar)

Aku dan Shizune sememangnya looking forward to be in a relationship. Steady and matured relationship. Both of us actually, tak nampak the point of bercinta lama2 mcm nak rak, but then, putus tgh jalan. Ape pun tak dapat. Pengalaman dari tgk rakan2 sekolah. Bercinta dari zaman sekolah. Tgk2, end up ngan orang lain.

Tapi, aku ade sedikit keraguan. Although it seems that, macam senang nk mencari cinta, how do I know that it's for real?

Lagi satu, memang kena ke mencari cinta? Fail sungguh aku bab2 hati dan perasaan ni.

Aku tak sure. Is it love yang aku cari atau is it love yang aku nak? Confusing. Confusing.

Untuk Shizune, I am happy for her. But, sad at the same time. Entah laa. Bagi aku, bila someone tu dah commit in a relationship, there's a part of her yg dh berubah. And perubahan itu laa yang aku tak berapa gemar. Macam ade penghalang antara kami berdua. Die dah ade someone yang bole berkongsi gelak tawa. Berkongsi tangis pilu. Berkongsi minat dan pendapat. Mungkin dia dah tak perlukan aku. Macam ada nada jealous di sini. A bit laa.

Ermm. Sukar macam mana pun, sooner or later, aku dah agak, that day akan tiba juga. I will be left alone. Again. So, grow up girl! Painful macam mane pun, it will happen. Just fake a smile and go. Walaupun dalam hati kau, only god knows why.

Macam banyak lagi nk diluahkan. Yet somehow, macam sangat painful nak luahkan. I know that she waited patiently for this to come into her life. Who am I to deny that for her? She deserved it. She's my bestfriend.

Dalam menyahut seruan Ketua Kepala Penulis Trioplot untuk mencapai sasaran 100 bahan penulisan, maka dlm entri kali ni aku telah berkelana untuk mencari bahan yang sgt tinggi nilai pengajarannya padaku akn tetapi kurang bermutu untuk dibaca dan dikomen.

Tapi kalu anda seorang genius, setiap gmbr mmpunyai soalan tanpa jawapan yg tersendiri. FBI pon kalu time kes-kes mcm ni, Ketua Unit die sanggup letak jawatan kalu Ketua Kepala Unit dia xnak tutup kes.

Nah amik ---- >


Lu tgk jam tu betul2....Orang kata jam ni berhantu...wa xtau nak ckp pe



Ini semua 125z punya pasal


wa dah booking 1 gerabak ni..wa xsuka kongsi2 sama masyarakat umum





lu xpecaya ke?



stesen yg dipercayai telah menjana pendapatan yg lumayan..



Sabtu, Jun 13, 2009

Pagi2 amik angin lagi produktif





31 Mei 2009
7.33 pagi

Imej pemandangan mentari terbit dirakamkan.
Lokasi? Heh...Berhampiran rumah gua..Kualiti gambar sgt teruk.Wa baru belajar amik gmbr..
Tapi sebenarnya pemandangan ni sgt enak dinikmati secara realiti. Bak kata pepatah, indah rupa dari khabar.

Khamis, Jun 11, 2009

tiba-tiba gua teringat.....

Gua kadang2 pelik time zaman sekolah dulu mesti ade sorang dua cikgu yang garang tak bertempat..haha..gua dah besar pikir2 balik..adakah 'ketension' an mereka mengajar budak2 sekolah yang ade bengap2 yang menyebabkan ade certain2 cikgu mase zaman gua skolah dulu yang garang nak mampos yang secare terang2 bukan objektif mereka mematangkan pelajar itu sendiri tapi sekadar melepaskan geram mereka kepade anak murid mereka sediri..gua sendiri dulu pernah kene lempang free mase sekolah rendah oleh sorang cikgu nie atas sebab gua sendiri tak tau..yang gua tau ,  cikgu tu panggil gua..pastu dia tanya mana cikgu kelas gua..gua cakap tak tau..pastu dia lempang je gua pasal gua tak tau mane pegi cikgu kelas gua..bajet gua kene ambik tau setiap kordinat dan kedudukan guru2 di sekolah itu seperti gua ade gps kat otak gua..CUBE beliau lempang gua sekarang kalo nak sangat tengok kaki gua dalam mulut dia..MUAHAHA..masa gua form 5 , gua pernah dapat lempang free depan perimpunan lak tu..pergh..jatuh saham gua time tu..satu kelas kot kene..puas betul cikgu tu dapat lempang ramai2 takde org balas balik..lu nasib baik la takde sape melawan..cube time tu ade pelajar sengal lempang lu balik pastu sepak lu sampai terguling-guling2..agak2 yang lelain tu taknak serang lu bile tgk lu dah tergolek..mau ICU dia time tu..wahaha.tapi pelajar zaman dulu-dulu bebaik..hormat tu ade lagi..

tapi tu la..maybe garang2 cikgu dulu sedikit sebanyak berjaye mendidik anak2 murid mereka secare langsung atau tidak langsung untuk berjaye..zaman sekarang tak silap gua , cuit sikit dak2 sekolah je dah tak boleh apatah lagi dapat lempang percume cam gua dulu..ahaha..
gua satu mende je terkilan mase sekolah dulu..nape gua susah nak angkat tangan tanye soklan..walaupun gua tak tau tapi nak tanye..tapi malu..ces...noob gile gua dulu..T_T

Assalamualaikum..

tidak kene mengena dengan post hari guru ke ape ke..post nie pasal gua2 terfikir je..heheh

Selasa, Jun 09, 2009

Kenapa kau selalu wathal?Apa salahku?



Hari ni, tunggangan aku sehari-harian ni wat perangai yang entah keberapa kali ntah. Aksi mati idup kembali, yang idup mati kembali tatkala jam hampir menunjukkan jam 8 pagi benar2 menguji kesabaran aku. Terasa ingin ku lempar jauh motor ke dalam iklan mudah.com. Jnis hari2 aku curahkan kasih sayang. Ntah apa yg die dengki ngan aku ntah.





Aku rase aku nak ceraikan dia...Kami dah xsehaluan..
Dulu nak g mana2 mesti g sama2...Pagi td aku g keje ngn die. Ptg ni aku balik nek KTM ngn Bangla berimpit2. Xpenah ke die pikir perasaan aku?


Mungkin selama ni die tdo kat lua...Ditemani malam yg gelap gelita..Berbumbungkan awan, beralas tanah, berselimut embun jantan.Kalu xsilap hari kene taik ayam xpun kene tembak ngn kucing cik pah.Tp nak wat macammane, dah kat situ tmpt die.Lagipon motor bapak pon lepak kat situ gak.


Tapi semacam dah nekad nak madukan dia. Tgk la nnti. Kalu die xmnjadi liabiliti, untung la dia bermadu. Kalu mcm menyusahkan mmg kene talak gayanya.





Tapi jnis yg ni, nak beli kalu boleh saja. Tapi tiap2 hari kencing mesti kaler putih punya. Mmg pukol 8 pg, 10 pg, 1ptg xnmpk dah muka aku kt kantin. Jnis bawa bekal air mati je minum...kah kah kah.....



P/s : ade mane2 datin perlukan khidmat pegawai perhubungan pelanggan x?

Ahad, Jun 07, 2009

Rabu, Jun 03, 2009

Selamat hari rabu semua...

Hasil perbualan ym dengan encik jaisyul usrah semalam mengatakan knape entri makin kurang?aku jawab...untuk elak dari terpost entri syok sendiri..lantas dia cakap..blog nie ade readers ke?aku jawab maybe ade kot..tapi silent readers+campur kawan-kawan baca (walhal dalam hati memang macam dah takde sape bace dah kot) kalo ade readers pun jenis masuk sekali je pastu bersumpah dalam hati seumur hidup taknak sesat dalam blog nie lagi (kata silent readers itu yang tersesat setelah type search "kehidupan"  "panji-panji reaggae"  dan ape2 yang berkaitan)..heheh..
kate jaisyul usrah lagi...kalo xde readers yang banyak , tak ade salahnye kalo post entri "syok sendiri" sebab xde sape pun nak pertikaikan..Betul gak..blog nie bukan "harian metro" yang banyak readers...kalau jenis banyak readers tentunya kene jage kualiti entri untuk mengekalkan tahap keminatan pembace..pernah aku terbace satu blog..emm..laman web artis nie..(xleh ckp artis malaysia ke luar negara)...XD..dalam web dia ade blog dia sekali..tapi ade la satu entri dia tulis.."ari nie xtau nak tulis apa..demam...lalalala"pastu komen kemain byk lagi...hehe...so itu syok sendiri yang terjamin sebab org ramai kenal dia bukan pasal blog tapi kenal dia pasal dia pandai berlakon dan sebagainya..jadi blog dan penulisan dia hanye satu bonus utk dekatkan dia dengan peminat walhal tulis skit2 pun takpe..
hidup aku banyak rotation..skop penulisan aku banyak menyumbangkan ke arah post syok sendiri..terpakse main banyak "angle" utk buat entri..tapi ini dinamakan blog..asasnya..memang sebenarnye blog personal spatutnye hentam ape la ko nak tulis apa katanya...heheh

Nantikan post aku cerita pasal WUNAN kekal hidup abadi dan kemunculan jaguh-jaguh handalan dalam pertarungan mega...wohoho...

Assalamualaikum..

Kasi tukar itu TELCO.Itu CEO putar alam

Ada apa dengan 3 Jun?

Heh harijadi aku rupanya. Aku xmengharapkan sangat pun kengkawan mengucap selamat padaku. Aku telah terbiasa dengan keadaan mengharungi harijadi tanpa parti. Tapi aku ternanti2 ucapan dari seseorang yg aku penah setia dengan dia. Hari ni genap 7 tahun 1 bulan aku setia...Dan selama 7 tahun 1 bulan inilah die xpernah ucap selamat kat aku.

Xguna tol. Apa yang dia tau ialah minta duit tiap2 bulan. Paling sikit RM 30.00 . Setahun kalu RM 360.00 . Heh pas da dapat duit yg dia tau cakap terima kasih je.


Maka pagi td, aku telah menelepon dia. Aku tanya napa xucap selamat kat aku? Napa xpernah bagi hadiah kat aku. Dah 7 tahun 1bulan bersama ngan aku. Hampir setiap saat disisiku. Cuma kalu aku nek flight je die xikut. Tp bila aku dah land die dtg balik. Aku pergi tandas pun kadang2 dia ikut.

Maka dengan selamba dia jawab, awak xdaftar lagi. Awak kene taip BDAY dan hantar ke 28888.Pastu nnti MAXIS (SIBAI) akn bls mesej bgtau awk da guna bape tahun talian ni, pastu nnti sebelum 12 tgh mlm ni awk akn dpt bonus panggilan tu.


Heh. Aku tanye kengkawan aku yg mengguna maxis, xsampai 4 tahun pon dorg guna, menjelang je beday dorg, secara auto bende xde nyawa ni ucap epi beday siap kasik bonus pakej bercakap sampai lebam. Xde plak daftar2. Yg aku ni dah lama guna kene daftar plak? Abis tu yg aku daftar sebagai pengguna talian mudah alih tu, kan aku da isi ruang tarikh lahir...

Wa igt mau tukar CELCOM laaa
MAXIS CB