Halaman

Rabu, Mei 13, 2009

Tell me why.. You're so hard to forget..

Hampir setahun tak bersua. Bertanya khabar dan bersembang2 hanya melalui sms dan panggilan telefon.

Lain benar rasanya bila berjumpa mata ke mata. Bila jauh rasa dekat. Tapi bila dah dekat, nak jauhkan diri pula.

Bila bersembang di talian pon hati dah berbunga2, inikan pula bila dah bertentang mata ke mata.
Gembira, berdebar2.. Semua ada.

Tepat 8 malam, dia tiba . Berkemeja belang biru putih halus dengan lengan tangan disinsingkan ke atas. Berseluar hitam. Dia terus menuju ke tempat aku dari tempat kerja. Manakala aku, bersarungkan t-shirt labuh hitam dengan seluar jeans biru. Bertudung pink. Dipadankan pula dengan wedges hitam.

Malam itu, aku mencadangkan untuk melepak di kedai makan yang agak popular di sini. Kedai makan yang macam2 ada. Kedai tepi jalan je pun. Nak lepak mamak, dah selalu sangat.

Dalam samar2 sinaran lampu, mula jelas pada aku akan raut wajahnya. Curi2 pandang dari ke atas bawah. Memang dia ada perubahan. Rambut tersikat rapi, tak lagi cacak2 macam masa belajar dulu. Muka yang bersih dari segala cela mahupun parut. Aku dapat nampak yang dia macam dah susut sikit tubuhnya. Nampak macam 'fit' sikit laa..

Namun begitu, yang satu ini, mungkin tak berubah. Kuat merokok. Ku lihat dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket bajunya. Masih sama macam dulu. Tahu pula minta izin dari aku nak merokok.

Tak banyak yang kami bualkan malam itu. Lebih banyak bercerita tentang kawan2 sekuliah dulu. Dah kahwin ke, dah ada yang bertunang ke, kerja mana. Satu demi satu nama kawan2 sekuliah aku keluarkan.

"Awek apa khabar?", soalan cepu emas yang aku selalu tanyakan pada dirinya.

Dia mengeluh kecil.

Barangkali aku dah silap tanya soalan. Namun begitu, dia tetap menjawab persoalan.

"Baru lepas gaduh tadi. I said something to her. Maybe macam aku dah terlepas kata sikit. Dan sekarang dia tak angkat call aku", perlahan suaranya menuturkan kata2.

Aku terdiam. "Ko pun satu. Nak sound pun, sound laa elok2 sikit. Pompuan ni sensitif. Walau maybe intention ko baik, dia tak nampak."

Perlahan2 dia membuka cerita tentang aweknya. Aku tanya. Dia jawab. Aku tanya. Dia jawab.

"Ko macam mane? Bila nak kawen?", soalan dari dia secara tiba2. Mungkin nak membalas akibat serangan bertubi2 aku atas dia.

Aku buat muka2 blur dan mata terkelip2. Dia tersenyum.

"Ah sudah. Part ni mmg tak bole blah ni", aku berbisik dalam hati. Dia tak tahu. Senyuman dia tu dah hampir buatkan aku tak keruan.

Hampir 2 jam juga kami bersembang2. Kalau tak sebabkan yang dia nak main futsal ngan kawan ofis, mahu lewat lagi aku balik.

10 malam. Kami masing2 mengucapkan selamat tinggal.

"Goodbye my lover. Goodbye my friend", kata2 yang keluar dari aku. Terngiang2 lagu 'Goodbye my lover' - James Blunt di telinga aku.

Damn it! Why it must be you?? (Kedengaran pula lagu 'A Little Too Not Over You - David Archuleta).



10 ulasan:

neopujangga berkata...

ayat last tu meninggalkan persoalan..wakeke

ungu_violet berkata...

Aha..If I tell u, then I have to kill u.. Hahahaha..

Jay Harun berkata...

aku pon ade rase menyebok nak tau. tp kang kene bunuh pula. takpelah.

neopujangga berkata...

Jangan hina orang perasan, kami pun nak hidup....

ungu_violet berkata...

Hahahaha.. siapa yang hendak bertanya bole tinggalkan pertanyaan anda di email trioplot.

Eh neo. ape email kita? Lupe sudah.

Jay Harun berkata...

ala ungu...ym2 saje...

komplot 3 org penulis berkata...

trioplot@gmail.com

Jay Harun berkata...

aaaa...password plak...(aha! melebih-lebih..)

Shahrul Naim berkata...

triplot kadang2 cam bunyi cium molot lak wkwkwkkwwk

ungu_violet berkata...

Ade bakat ke nk tulis cintan cintun mcm ni?