Halaman

Selasa, Mei 05, 2009

Kakitangan kerajaan China diarah merokok bagi lariskan jualan

SEORANG lelaki menghisap rokok di sebatang jalan raya di Beijing semalam.



BEIJING - Semua kakitangan awam di daerah Gong'an, Hubei, tengah China diarah menghisap rokok bagi melariskan jualan hampir suku juta kotak rokok buatan tempatan setahun jika tidak mahu didenda.
Menurut akhbar Global Times, kerajaan di wilayah Hubei mengarahkan kakitangannya menghisap rokok bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut akhbar itu, jabatan kerajaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan akan didenda.
"Peraturan itu akan meningkatkan ekonomi tempatan melalui cukai rokok," kata seorang anggota pasukan pemantauan pasaran rokok Gong'an, Chen Nianzu.
Menurut akhbar tersebut, peraturan itu dikuatkuasakan sebagai usaha melariskan jenama rokok tempatan seperti Huanghelou yang menghadapi persaingan daripada rokok keluaran wilayah Hunan.
China mempunyai 350 juta perokok namun sebanyak sejuta orang meninggal dunia pada setiap tahun kerana menghisap rokok. - AFP

-dipetik petik dr kosmo online dengan selamba-

Hahahahaha...macam ni pon ada?

AMARAN KERAJAAN CINA:MEROKOK MENAMBAH PENDAPATAN NEGARA

6 ulasan:

Unknown berkata...

Hahahhaa..
Adoi..
mengong!
Ada ke pat0t..
Ish!
.
.
Askm :)

neopujangga berkata...

haha..isap rokok smpai pitam kalo g sane nanti..hi hf

Tanpa Nama berkata...

rokok sumber pendapatan negara...mari mengisap ramai2

Shahrul Naim berkata...

rokok..wkwkwk teringat old timer ran....

Pendita Alam berkata...

Nasib aku sempat memberentikan diri dari gejala rokok ini... agak mencabar untuk menjayakan usaha menjauhi rokok ni setelah 4 kali percubaan..gxgxgxggx

jaisyul usrah berkata...

huhuhuh