Selasa, Mac 31, 2009
pengalaman vs pendidikan edisi 1
PETIKAN KEDUA MENGATASI MASALAH KEGAWATAN EKONOMI
PENJIMATAN ELEKTIK
2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc). Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.
3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri... hehehe...
4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda.Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo beskal tuh. Kalau anda bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai mengayuh beskal.
5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)
7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.
Isnin, Mac 30, 2009
KEGAWATAN EKONOMI ANDA?
2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik moto
3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal
4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki
5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)
6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta. Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1 kembali
celakanya kaw wahai maxis....hehhe..aku tak marah..aku gembira ni
Ahad, Mac 29, 2009
Kempunan Sirap Limo Beng!!!
Kalu korang teserempak ngn penunggang motor yg menyarung helmet jnis ni tp naik motor berkuasa rendah, xpayahla korang membuat spekulasi"die ni mesti tesalah sarung helmet abh dia ni" ataupun "dia ni mesti salah rentap kunci motor ni... tu kan motor pak dia bw g masjid"
Aku bkn apa..Pada aku mereka ni temasuk aku ada alasan yg kukuh utk memadankan pemakaian helmet ni ngn motor kapcai ni.Pertama keselamatan maksimum,Kedua keselesaan dan ketiga prestasi..Sbb tatkala aku merempit pd kelajuan 130km/j, ceremen tu akan secara auto terangkat keatas ketika aku membuat pndgn ke belakang untuk memastikan tiada kerendaan supaya aku boleh membuat gerakan Z. Dengan adanya helmet ni, semua mslh di atas dpt aku atasi malah kelajuanku bertambah kerana rintangan angin telah dipatahkan.
Apa kejadah aku cite mende yg membosankan kat korang ni?Aku bukan nak soh korang beli sebenarnya. Aku nak cite yg td aku baru je basuh helmet ni...Almaklum semenjak-menjak ni selalu ujan...Sebelum warna warni tompok mewarnai helmet, elokla aku basuh.Mmg cantik td tgh panas..Habis tenyeh aku kasi dia bejemur dgn posisi berbaring. Kasi span dan padding dlm dia kembang balik...Baru ngam bila sarung.Elok je mendung aku pon angkat la simpan..Sekali aku tgk visor dia betompok2 da...Kesan air sabun degil..Aku pon cuba la mengumpil2 visor ni.
Sekali tekak aku kering...Apalagi sirap limau nipis ais menjadi pilihan..Terbayek dari ladang.....Penuh satu cawan besar aku bancuh...Aku minum sikit pastu letak tepi.Helmet yang aku umpil ni mula mmbuatkan aku berakal.Dahla xde manual.Sajenak nyusahkan aku lani...Umpil punya umpil, sekali ada satu punat rahsia da..Inibutang kalu xtarik mmg musnah harapan nak bukak visor dia.Selesai belah kiri, aku cabut belah kanan.Entah knapa blh kanan ni sedikit ketat...Aku rasa mmg factory setting camtu kot..Default....Wekeke..Aku pon henjut sikit tangan aku..PAP!!!berjaya dibuka dengan kerosakan sifar..Tetiba aku rasa ponggong aku sejuk..Ades...Air sirap td tumpah daa....Arghhhh!!!!Dahla tumpah...Mengalir bawah katil...Segala rete yang ada dlm laluannya abis tenggelam dan hanyut...Setakat ni yg terjejas ialah manual RC Heli, cakera padat How to Fly Your RC Heli,cadar yang sapa suruh cicah lantai dan seluar aku...
Aku pon ulang alik dapur menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penghapus degil. Mak aku mula menyiasat"air sirap ko tumpah ker?"... "Ye kot" jawab aku dgn hambar....Visor td aku dah kasi basuh bayek punya..Tapi smpai skang blom pasang2 kat helmet...Kalu nak bukak td aku da berakal, ini jam nak pasang balik bertambah2 akal...Biala dulu...Nnti aku pasang.
Kesimpulannya sila elakkan daripada meletakkan mende2 cecair ni dlm jangkauan anda ketika anda sdg tangkap leleh kusyuk mmbuat kerja2 lain. Ataupon letak cecair itu di tmpt yg anda dpt lihat dan pantau...Kotla letak kat meja depan tu, mesti akak aku @ mak aku teguk secara begilir.Sampai kat aku tinggal ayes je...Hahahahaaaa...T.Kasih kerana mmbaca sampai abis.
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar.
Sabtu, Mac 28, 2009
Baik Mkn Ati
X lama plak pastu tgh aku cuba memahami faktor pasaran dan faktor kos, ade plak dak2 baru nak naik wat bising kat pustakaan. Dak2 ni jenis yang sdg diorientasikan aku rasa. Dala ponteng orentas kat panas2 luar tu… pastu wat bising dlm pustakaan..Jnis ketawa cam bagus2..Aku mula ar nak telan org….Sib bek kawan aku bawa pemutar skru..Dilonggarkannya skru yang ketat2 kat muka aku…Tapi makin didiamkan makin menjadi lak dak2 ni…Sekali tepon slh sorg dari dorg mengeluarkan nada dering tahap dewa…Macam dia sorang je ada tepon aku rase…Paling terbayek punya kuat nada dering asing tu…”aaaaa….Ko katne”lebih kurang la dia jwb tepon…Selamba aku aku sahut”aku kat sini ko kat manaaaaaa”……terus senyap dak tu…Adoi....Jnis dak2 skang kalu masuk pustakaan xreti nak kasi senyap tepon tu ker?
Pukul 1..Perut aku meronta2 minta diisi….tekak plak bebuai mnta air…Aku pon ajk kawan2 g makan..Hari ni kitorg mkn kat satu kedai..Namanya restoran teratai kalu xsilap aku…kalu silap nnti aku betolkan la…Bak kate sorg kawan aku ni, dia selalu mkn kat sini.Kerap gak katanya. Katananya mkn situ mmg sedap2…Aku ngan kawan yg lagi srg ni pon terus je mencuba nasib kat situ. Aku amik lauk aym gulai..Gulai pon xbape nak gulai la..Tak lupa telur asin potong separuh untuk mengimbangkan Ph dlm mulut.Kotla tkg masak tu tawar ati masa tgh menggulai td.Xlupa juga segelas teo ais utk membasah tekak. Bila semua da sedia kami pon makan sama2…Kawan aku mula mula mengeluarkan komen”okey gak kedai ni”asik mkn kt kedai yg sama pon muak gak” Lantas komen bersahut komen plak oleh kwn lg sowang “aah…kat sini dia masak ada rasa..kalu kedai lain tu…kdg2 tawar la…apala…dan aku hanya berdiam diri beradab la konon makan….wehehe
Selesai mkn, kwn aku byr ns dia.RM 7.30 ujar pkcik si penjaga kaunter. Air muka kawan aku terus berubah..Dari cara dia keluarkan dompet, aku dpt rasa dia cam nak tak nak je bayar…Aku da mula pelik dah…Dia mkn ikn keli ngan apentah je pun..Xpela..Mungkin ko isap rokok td kot kt tmpt awam..kire kompaun la tu..wehehe.Pastu aku plak bayar…”bape cik?”RM 6.30….woahhhh!!!!!cam bese muka aku mula ketat…ayam td bape henget?”nasi 5henget katanya.Agak syial disitu setelah dibuat pecahan kiraan, maka air teo td adlh 1.30 kupang manakala nasi berlauk ayam dan telor asin seteng = 5henget…Adakah nasi sehengget, ayam tiga henget,tlor sehengget?woah…dala ayam kecik je…aku pon bayar tanpa ragu2….Kat sini kalu , bukan takat mkn je rasa, nak bayar pon terasa mcm2 rasa!!Berdasarkan kenyataan kwn aku, kedai tu hanya beroperasi siang je..mlm ye tutup…Lantas aku mmbuat kesimpulan, siang dorg niaga, mlm dorg pegi aji….pagi esok da blk bukak kedai!!!!
Jumaat, Mac 27, 2009
Miss u!
Aku sedar yang aku bukan laa cucu yang baik. Jauh lagi pandai. Comel. Pandai ambil hati. Bijak Berkata. Walaupon aku cucu sulung belah mama, Aku tiada apa untuk dibanggakan. Dah laa gelap. Bodoh. Kurang cantik. Berlainan sedikit aku dengan adik2 dan juga sepupu sekalian.
Masa aku masih kecil, aku pernah tinggal dengan Tok Mak dan Tok Yah untuk sementara. Masa tu aku tak tahu lansung nk bercakap. Memang aku 'slow learner' sedikit mase kecil dulu. Tapi Tok Mak tak pernah nak marah2. Mungkin sifat lemah lembut Tok Mak yang menjadikan aku tak pernah takot dengan dia. Lain laa abah aku. Garang siot. Tok Mak dulu cikgu. Mungkin sebab itu juga, sifat lemah lembut, tegas dan penyayang ada dalam dirinya.
Bila aku mula dewasa, aku dah boleh berkata2. Tapi, memang sudah sifat aku. Aku tak tahu dan tak pandai nak tunjukkan rasa sayang aku kepada Tok Mak. Bila nak bersalam pon keras je. Nak cium2 pipi dan dahi lagi laa tak pandai. Aku segan sebenarnya. Bukan aku tak nak. Aku rasa macam budak manja je bila buat macam tu.
Tak lekang dari bibir Tok Mak, sentiasa ingatkan aku untuk jangan tinggalkan solat. Belajar rajin2. Jangan susahkan mama abah. Diikuti dengan satu lagi kucupan di pipi aku bila aku memeluk Tok Mak sebelum aku pulang ke bandar.
Masa di universiti, Tok Mak rajin telefon aku. Tanya belajar macam mana. Sihat ke. Tapi, aku jarang telefon Tok Mak. Jangan kata Tok Mak, mama abah pun aku jarang telefon. Lagi sekali aku tekankan, aku memang tak reti nak calling2 ni.
Bila cuti semester, aku pernah juga pergi duduk dengan Tok Mak seminggu dua. Aku tolong Tok Mak siram pokok. Sapu sampah. Pergi pasar. Dan semestinya, adanya aku disana, Tok Mak mesti masak pajeri nenas makan dengan ikan goreng. Itu pun dah cukup untuk aku.
Tapi, semuanya dah terlambat. Bila aku ucapkan pada Tok Mak, yang aku sayang dia, dia tak mampu lagi untuk mendengar apa yang aku katakan. Mahupun membalas. Sentuhan yang dingin. Dan tiada reaksi. Sakit hati sungguh hati aku, menyedari yang aku tak mampu nak lakukan apa2 tatkala mesin 'life support' di hentikan. Aku mengharapkan keajaiban untuk berlaku. Aku mengharapkan Tok Mak akan kembali sihat seperti dulukala. Ternyata, kuasa Allah melebihi segalanya. Dan siapa lah aku, insan hina untuk menafikan segalanya.
Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan Tok Mak. Airmata tak henti2 menitis. Tiba juga detik2 ini.
Satu kucupan terakhir aku berikan untuk Tok Mak. Di kedua belah pipi. Jari jemari. Sejuk.
Tok Mak, I miss u so much! Words can never describe these feelings.
Al-Fatihah...
Khamis, Mac 26, 2009
m l m i n i m l m j u m a a t +
Agak lama saya didedahkan dgn komputer itu yang kebanyakan saya abiskan dengan bermain game Prince or persia 2 , Raden , Hugo who don it dan macam2 lagi....sehingga nya menjadi out to date juga . Sehinggalah REVOLUSI teknologi terdedah ke Malaysia iaitu dunia internet . Komputer lama itu tidak mempunyai teknologi support internet lalu bertukar kepada komputer baru iaitu komputer yang mempunyai operation system yang lebih canggih iaitu windows 98 , Pemecut procesor 486 apa ntah saya dah lupa namanya ..Sewaktu itu saya berumur 14tahun iaitu kira2 13 tahun dahulu . Mungkin juga saya antara orang yang awal didedahkan dengan dunia internet . Dengan kelajuan internet bukan broadband yang hanya ketika itu hanya dialup 33.6kbps sahaja . Namun saya sudah menjadi ketagih dengannya . Jangan harap ada friendster , myspace , tagged , facebook ketika itu dan rata2 waktu itu orang sangat malu untuk menunjukan gambar mereka . Sewaktu itu saya telah berjinak-jinak dengan dunia 'chatting' tidak silap saya laman web yang bernama BBS tidak silap saya. System web itu lebih kurang macam forum shj . Namun agak menarik . Tidak ramai orang Malaysia bermain . Jika terjumpa orang Malaysia agak seronok sekali . Dan sekitar 1thn selepas itu baru saya terdedah dengan Mirc . Dunia Chatting sebenar dan popular pada ketika itu . Barulah saya berjumpa dengan ramai orang Malaysia ( tu pun x seramai mane pun , thn 1996..heheh ) kalau nak cerita pengalaman Mirc ni karang banyak sangat nak tulis cukuplah sekadar saya katakan saya terlibat dengan dunia Mirc sejak 1996-2004 atau 2005..lupa masa saya bersara..Tak perlu cakap la berapa banyak channel saya jadi operator..atau lebih dikenali sebagai op..Pindah randah server dari undernet ke dalnet , dalnet pindah undernet , pastu pindah ke webchat kerana pengguna dari Malaysia kene banned kerana kepandaian mereka mengucar kacirkan server..heheh...agak rindu juga zaman mirc ini...
Saya ketika didedahkan dengan dunia internet saya begitu tertarik dengan laman-laman web yang menarik.Kebanyakkan statik ketika itu namun sudah ada yang berinteraktif..GILA KAGUM saya waktu itu laman2 web yang interaktif (lalu terfikir dalam hati alangkah bagusnya kalau saya boleh buat seperti itu ) Mungkin darah seni dan minat ada dalam hati saya dan laman web pertama saya berjaya bangunkan adalah pada tahun 1998..menggunakan hosting tripod tidak silap saya.Web yang berkisarkan tentang saya sendiri dan WEB ITU STATIK GILA...ahaha..mane geti main imaged map bagai la!...dulu mane ade aplikasi yang memudahkan..blaja html sendiri je!..dan bermula dari situ saya nekad abis spm nak blaja bidang grafik design!..Saya malas nak menyentuh tentang dunia belaja dan sebagainya kerana artikel ini adalah mengenai dedahan saya pada teknologi komputer sahaja . Alhamdulillah lepas SPM saya berjaya menyambungkan pelajaran dalam bidang itu..walhal 1st choice adalah undang-undang..whehehe..
Tidak mahu menyentuh apa terjadi dalam dunia belaja hingga sekarang namun semenjak dari itu teknologi komputer , internet semakin meluas di Malaysia...orang sudah tidak segan silu meletakan gambar diri sendiri di dalam internet dengan tercetusnya revolusi friendster , myspace dan sebagainya..walhal masa zmn irc nk mintak gambar kemain payah lagi..weheheh..Saya sendiri telah meregister friendster ketika tahun 2003..Friendster boleh dianggap revolusi dan mencambahkan lagi web2 komuniti rakan seperti itu..BANYAK BAIK dan BANYAK BURUKNYA..namun saya tidak mahu menyentuh pasal mende ini..Banyak juga revolusi2 internet dan laman web yang saya lalui sampailah sekarang . Sehinggalah saya terasa bahawa dunia sebenar di hujung jari dan nescaya akan datang teknologi ini akan semakin maju dan maju dan maju sampailah orang duk umah je xyah kuar2...taip je mende nak teros sampai di luar rumah anda!..MUAHAHA..jngan sampai nak kawin pun leh online.. Jika dahulu sekitar 15thn tiada siapa pernah terfikir internet boleh buat duit namun sekarang banyaklah terbukti.Jika dahulu tidak ramai yang ada LAMAN WEB Sendiri namun sekarang siapa2 pun boleh..paling tidak pun ada blog sendiri..tak pun laman peribadi sendiri melalui komuniti bertemu rakan (frienster,myspace,facebook,tagged,cb) Nak cite pasal game online?..oh..tak perlu..banyak sangat dah tulis ni..
Kesimpulannya...mungkin dedahan komputer dan internet telah mewujudkan diri saya sekarang..dan saya masih lagi wujud di alam cyber ini..dan saya masih lagi seronok dengannya..
Hanya kita sahaja yang dapat menggunakan teknologi2 ini ke arah kebaikan dan memang senang sekali nak gunakan teknologi ini ke arah keburukkan..so kawal diri..kawal masa anda..
Sekian sahaja post saye utk hari ini..malam jumaat nie..hehe
*sekali lagi saye tekankan..bukan saye merayu..please jangan menyalahkan gunakan teknologi ini ke arah keburukan dan kepentingan sendiri walaupun saya tahu itu hak anda dan saya tak berhak menghalang..tapi untuk kebaikan bersama...
ASSALAMUALAIKUM!
TakPerluDihidupkanSemula
Beku…Bagaikan berada dikutub gamaknya. Di luar jendela, alam bagaikan memutarkan waktu Malaysia yang siang kepada pukul 7 malam. Seluruh atmosfera ibu kota diselebungi awan gelap diselang selikan dengan bunyi guruh.Hujan masih lebat....
Dan aku, dihadapan monitor gabak ini, duduk sambil menggagau kesejukan. Sudah ku matikan suis alat pendingin hawa itu. Mengapakah ia beroperasi semula tanpa ku seru? Siapakah gerangan insan yang menunjal suis itu?
Mataku terkulat-kulat sesekali terkatup terbuka mesra. Kakiku menari2 menahan kucilan yang entah keberapa kali. Kulitku tipis, tidak seperti orang kebanyakan ditingkat ini. Mereka mempunyai penebat haba yang terbayek dari ladang.
Untuk mengetahui ramalan cuaca sila klik di sana atau di sana.
Kaji selidik tentang bahan paparan kami di sini +
Para2 pembaca dikasihi sekalian..walaupun aku tau xde le ramai sgt bace blog nie..maklumlah baru hari ke 4 je wujud.promotion pn takde..pertukaran link2 dgn blogger lain pun x buat lagi..rss bagai ape sume tak buat lg..promote dlm forum , dlm group , dlm komuniti pun lum buat lagi dan byk lagi la mende2 yang boleh melengkapkan blog ini sperti blog2 yang dah top yang lain..
SO...
Dengan pohon pertolongan ikhlas niat dan suci dari para pembacaku...aku kiranya ingin membuat sedikit tinjauan..ape yg korang minat bace dlm blog..apa yang korang nak kami menulis dlm blog kami ini?..apa yg sronok dan teringin dilihat dlm blog ini ataupun blog lain?
tak jelas?
Contoh anda nak lihat ade ulasan2 movie dari kami...
Nak kami tulis pasal politik?walaupun scare general
Nak sgt kami tulis pasa makanan?
atau nk kami buat tutorial design?
Atau ini atau itu....design xlawa nk tuka..tulisan kecik sgt nk beso..dan bla bla..ahaha
Ini semua ditangan anda...ade request kami buatkan..ade kritik kami perbetulkan..kami x mau tulis syok sdiri..walaupun syok sdiri itu penting dlm penulisan blog...kalo x byk respon kami akan teroskan dgn care kami..kalo byk respon kami akan ikut kehendak anda kerana penulisan kami adalah utk bacaan anda semua..tapi kdang2 kami nk gak tulis syok sdiri..hehe
*pandangan leh letak dlm komen ataupun kt chatbox sblah..email pun leh kt trioplot@gmail.com
Sesi memperkenalkan semula penulis dlm trioplot
Blog ini hasil dari 3 org penulis..bukan 1 penulis dlm kebanyakan blog2 yg lain
Para2 penulis : NeoPujangga , jaisyul usrah dan ungu_violet..
3 idea leh pelbagaikan isi..misi kami menghasilkan post yang bermutu setiap hari..
Sekian...Assalamualaikum...
Rabu, Mac 25, 2009
Sehari dalam kehidupan ku
Isnin - Jumaat (Hari bekerja)
6.30 am - Bangun, solat subuh, layan internet jap, bace online news.
7.00 am - Hantar adik yang keje di kl ke lrt.
7.20 am - Layan internet lagi, check email, check brape duit tinggal kat Maybank, usha blog2
jual handbag, baju dan etc.
7.45 am - Tersedar yang dah layan internet lame, pikir hari ni nak pakai baju ape ngan tudung
ape. Macam nak pakai seluar ngan shirt, tapi tibe2 pegi iron baju kurung.
8.00 am - Pegi mandi. Bersiap-siap. Makeup lagi. Pikir hari ni nak makeup inspirasi color ape.
8.45 am - Naik kete. Check ade duit lagi tak dalam wallet untuk nak makan lunch hari ni. Kalau
takde, kene drop by ATM kat stesyen minyak. Kalau sempat, beli 1 botol air Ribena.
9.00 / 9.10 am - Sampai ofis. Cepat2 sign in. Kalau tak jam, sampai tepat2 9. Setel down jap. Minum ribena. Pikir ape keje yang nak setel hari ni. Mulakan tugas.
12 am - Lunch ngan akak ofis, adik2 intern. Selang seli makan kt kedai melayu ngan mamak.
12.45 am - Msuk ofis. Amik mail kt mailbox. Bace 'The Star'.
1.00 pm - 3.30 pm - Wat keje. Tunggu giliran gi solat. Lepas solat, borak2 sikit.
4.00 pm - Sambung wat keje.
5.00 pm - Tau2 dh pukul 5 sebab akak ofis dah nk balik. Habiskan sikit lagi keje. Sort out kan ape barang2 nk kasi boss sign untuk esok.
5.45 pm - Calling2 ofismate ngan adik2 intern, tanye nak balik sekali tak.
6.00 pm - Gerak dari ofis. Turunkan ofismate kt stesen lrt. On the way, call mama. Tanye nk beli ape2 makanan tak untuk malam. Singgah kedai makan belakang rumah.
6.45 pm - Sampai rumah. Hidang makanan. Rilek2 sambil tunggu nak magrib.
8.00 pm - Amik adik kat lrt. Kalau adik tak makan lagi, beli burger atau nasi lemak kt kedai belakang.
9.00 pm - Melepek depan pc.
10.30 pm - Kalau penat, dah tido time ni.
Bile dipikirkan balik hari2 sebelum, rase macam takde life je. Gile pathetic.
Macam ne lak sehari dalam kehidupan korang??
Quote of the day :
"I never think of the future - it comes soon enough." - Albert Einstein
m a r i m e n u t u p l a m p u +
Aku rasa kempen earth hour ni dah lame di iklankn..dan aku je baru ter'alert' dengan kempen nie setelah diceritakan oleh rakan dan bukan terpanggil utk mengetahui sendiri dari ad2 yang sebelumnye pernah aku lihat..mungkin aku nie buta advert tentang kempen2 sperti ini yang sekali pandang aku lihat adalah gaye selebriti Malaysia sedang posing2 sambil tangan nk tutup lampu..ade sorang tu siap posing rambut je berlebih2 dari gaye nk tutup lampu itu sendiri dan kebanyakan aku lihat skali imbas je tanpe membace tujuan objektif kempen mereka..tidak termasuk pule gaye meliuk2 sambil tangan nk tutup lampu..tidak lupe aksi ternganga2 sambil nk tutup lampu dan aksi tungang terbalik gune kaki tutup lampu,ade yang buat muke muncung2 sambil nk tutup lampu....gile ngumpat lak aku...muahahhah..iklan tv kempen ini dilihat oleh aku setelah aku sudah mengetahui tujuan kempen itu sendiri..
Care kempen ini dijalankan ialah pada 28hb nie..persamaan hari sabtu ini..jam 8.30mlm...menutup lampu dlm mase sejam...
Ini semua adalah kerane kempen tentang perubahan iklim dan impak yang boleh dibuat jika ditutup lampu selame sejam..
Jika dilihat tentang impak tutup lampu selame sejam itu byk mende leh dijimatkan..
Boleh berjimat cthnye..cube bayangkan brape juta rumah atau bangunan kt Malaysia nie tutup confim jimat berjuta2 ringgit dlm mase sejam saje
Selain itu dapat menggurangkan kepanasan sejagat..ces..cam best2 je ayat aku..mengurangkan penggunaan pokok utk pembakaran..menghasilkan oksigen yang lebih bermutu..
Kempen ini bukan di Malaysia je tapi seluruh dunia..mari kite same2 tutup lampu pade 28hb ini..pkul 8.30 mlm..kalo x kerane kempen pn sekurang kurangnye kite leh jimat letrik umah selame sejam..weheheh..
ASSALAMUALAIKUMM!..
Aku & Kerjaya (siri -2)
Bahawasanya ia berubah-ubah mengikut peredaran masa.Ibarat pokok yang bergoyang. Dahulunya di sini, aku selalu menjadi penghibur duka lara gelak ketawa sedu sedan gembira dan terkadang menjadi duka nestapa seminggu dua lalu bertegur sapa semula.Biasalah...sedangkan sate dalam mulut lagikan tergigit, inikan pula nasi briani...
Akn tapi, peristiwa yg berlaku akhir tahun lepas telah memutuskan terus hubungan aku dgn sekomplot wanita. Aplah gunanya prosedur jika tidak dituruti?Puas aku menerangkan bahawa setiap permohonan akn diproses melalui prosedur....
Setelah nada rendah yang berunsur perbincangan xdiendahkan, malah dibalas dengan hamburan nista,aku mula berubah muka dan intonasi kod d minor dinaikkan kpd d majorTerkadang staf lelain seolah-olah xmemahami tugas dan t.jawab aku sebagai penyemak dokumen samada ia lengkap atau tdk... situasi ini membuatkan aku ringan 1 badan....Mengapa kerjaku dipersoal???Maka dengan integriti yang aku pegang, dgn amanah yang aku sandang aku dengan tegas memberitahu, "SILA IKUT PROSEDUR!!!"dan, si gadis itu yg dulunya dara dan kini sudah menjadi ibu membebel pergi meninggalkan aku.
Dan bos, kau masih disitu, mengadap monitor tipis sambil jejari mari mu menari menekan papan kekunci sesambil memecet-mecet dan meramas tetikus entah jantan entahkan betina itu. Tanpa pernah kau ambil tahu jiwa aku ni sebenarnya telah lama mati menanti dikuburkan.
Disebabkan peristiwa itu hubunganku dengan rakan sekerja menjadi renggang ...Dan aku sudah tidak keruan.Adakala aku gembira kerana tiada kedengaran suara mendayu2 meminta tolong itu dan ini.Namun perasaan ini lebih berasa tertekan kerana berasa keseorangan
Sejak itu jua semua tingkah laku ku diperhati. Baru saja menatap dada akhbar, sudah kedengaran suara sumbang...."Xde keje ke?"adakah itu satu soalan atau momokan setan yang dengki?"ko buat keje ko, aku wat keje aku.kata nak lahirkan pekerja berilmu pengetahuan.ni aku tgh cari ilmu la ni...isu semasa..igt aku nk tgk keputusan no 4D ker?"soal aku dlm ati.
Adakala aku ber YM tatkala kerja pnting sudah disiapkan. Pon masih kedengaran dehem2 kosong yang seolah2 meminta disuakan gerapu berkaki 5 ke dlm tekak memasing. Yang aku heran, tatkala mereka ber MLM, memilih-milih tudung berona2, membelek-belek kain pasang, becerita tentang fesyen, boleh pula..owh.."mungkin itu adalah sbhgian bdg tugas mereka"getus hati kecilku cuba utk membohongi diri ini.
Maka setelah menilai situasi, semasa, aku membuat keputusan untuk memekakkan telinga,mengukir senyuman kpd semua, dan mmbuat hal sendiri....
bersambung....
Woi ketepi!!!
Ya…Mungkin salahku keluar lewat menyahut seruannya. Namun bukan saja sang satria dan waja saja yang menghalangku. Kini sang kris dan sang ombak dengan sengaja terkedek2 dihadapanku…
Tidakkah mereka sedar mereka bukan sainganku?”ketepi atau kau kupancung!” jeritku dalam hati….sudah diduga…mereka xkan pernah mengalah…lalu dengan segala kudratku dan masa yang berbaki, keduanya ku pancung dan kutinggalkan dibelakang tanpa kutoleh lagiMungkin inilah pertembungan pertama dan terakhir dengan mereka. Tinggallah mereka dalam lipatan sejarah untuk hari ini.
Namun terdapat puluhan lagi spesis yang persis menunggang seperti mereka itu. Seperti biasa gabungan sang halilintar dan aku dengan mudah memancung mereka…meninggalkan mereka jauh ke belakang dengan kepulan asap 2 T…
Akhirnya aku berjaya sampai di pejabat tepat jam 8…. Fuh.....
Selasa, Mac 24, 2009
Cerita Kanak-kanak - Pt. 1
Eh, tapi bukan pasal Jem yang aku nak citer. Pasal Doraemon sebenar2-benarnya. Siapa laa tak kenal Doraemon, kucing robot biru pujaan kanak2 sedunia mase zaman aku dulu2. Hehehe.
Alkisahnye, aku rase masa tu aku darjah 5. 5 Kemboja. Mase subjek Matematik. Cikgu Manan nama cikgu yang mengajar tu. Aku khusyuk sangat mase kelas tu. Tak berkelip2 mata aku.
Tibe2, "Papppp!", sebatang kapur putih melantun terkena buku aku dan jatuh kat meja aku.
Aku terkejut dan terus tersedar dari alam aku. Aku jatuhkan buku teks matematik untuk menjenguk2 sape laa umat yang melemparkan kapur tu.
"Ah! Abes aku!" , aku berkata dalam hati. Cikgu Manan dah ade sebelah aku. "Oooo. Ni keje kamu ye. Patot laa nampak khusyuk je. Ni ape ni?", dia menunjukkan kepada aku satu buku kecik atas meja aku.
Atas meja aku, kelihatan buku teks matematik dan di dalamnya, komik Doraemon. Ye. Itu laa die. Aku bukan khusyuk pasal dia mengajar. Aku khusyuk membaca Doraemon. Aku tak tau nak cakap ape. Nak nangis ade. Gelabah ade. Malu pun ade. Lagi2 laa sebab kantoi bace Doraemon dalam class. Jatuh airmuka aku dalam kelas.
Kesudahannye, aku kena sapu sampah satu class waktu tu jugak. Menangis2 aku menyapu sampah sambil mengelap airmata. Tak lama lepas tu, citer tu sampai kat mak aku. Cikgu Manan bagitau bile masa hari datang amik report card. Tapi mak aku tak marah laa. Hehehe. Sumpah! Lepas tu, aku tak berani lagi nak bace doraemon dalam kelas. Hehehe.
Korang ade pernah terjadi situasi macam aku?
Quote of the day:
"If you focus on results, you will never change. If you focus on change, you will get results." Jack Dixon.
A k u & K e r j a y a (siri-1)
Adakah anda sudah bekerjaya? Adakah anda berpuas hati dengan jawatan anda dan bebanan kerja yang anda perlu pikul setiap saat, hari, minggu, bulan dan bertahun ² lamanya? bagaimana pula dengan gaji?
xperlu dijawab soalan itu....Simpan sahaja jawapannya. Mahu atau tidak anda telah bersetuju dengan kontrak kerja yang anda tanda dan tangankan.
Suasana di tempat kerja adalah berbeza berdasarkan produktiviti, sektor, dan budaya kerja. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku...Heehehehe...hampir 5 tahun(4tahun + beberapa bulan) aku menumpahkan keringat(pdhal keje dlm pejabat berpendingin hawa) bekerja di sini.
Aku pernah menjawat berbagai jawatan sampingan(xde dlm bdg kerja pon) di sini daripada penghantar
Walaupun pernah diadakan anugerah pekerja cemerlang bulanan, kriteria di atas masih belum dikira sebagai cemerlang...mungkin tugas itu tidak kupikul dalam masa sebulan..hahah...lantaklah..
Adakalanya aku bekerja dlm keadaan tertekan
Namun semua itu hanyalah takdir yang harus kuterima sementelaah jawatan yang kusandang hanyalah kuli yang menurut perintah. Lalu segala susah payah itu kuharungi dengan selamba.
Justeru, apa yang membuatkan cerita ini ingin ku kongsi bersama?Teruskan membaca untuk siri seterusnya...
Drama Pagi Ini
Seawal subuh aku telah terjaga….Meneruskan rutin seharian sebagai hamba dan pekerja……Namun mendung dipagi hari tadi menjengah atmosfera dikawasan rumahku….Awal pagi yang sepatutnya cerah disinari matahari dicelah rimbunan daun pepohon (rumah aku rumah kampong) diganti dengan awan mendung yang berarak….
Lantas bagi menyelaraskan mendung pagi dengan hati ini, maka aku telah meredupkan pandangan mataku antara 50%...Fenomena ini dipraktikkan dengan keadaan antara sedar dan tdk sedar tatkala berhibernasi dlm selimut tebal.
Kemudian seperti biasa, mimpi-mimpi pelik akn mula dimainkan…Aku rase mcm aku tgh redah ujan pakai baju arai (sejenis baju hujan berkualitit tinggi yg dibeli dgn harga RM 250)….Tetiba aku terjaga…owh aku mimpi rupanya…Aku jengah tingkap….daun tingkap mmg tersedia terbuka….aku mmg sentiasa buka tingkap daun tingkap ni supaya udara segar masuk….Nun tinggi melangit, keliatan awan mendung berarak masih menjatuhkan titisan air yang agak lebat ….Selebat air hujan, sebingit itu jugalah bunyi atap zink jiran sebelah...Bunyi yang seolah2 memaklumkan ujan lebat tiada tanda akan berhenti utk 2jam akn datang...Bunyi ini jua seolah2 menjadi muzik latar untuk drama yg berlokasi atas katilku....Akulah pengarah..akulah pelakon..
Maka pelakon itu disuruh menyambung aksi tido oleh pengarah yang tidak mempertimbangkan kebajikan pelakon tadi...Bahawasanya pelakon itu mempunyai komitmen yang banyak di tempat kerjanya....Namun beliau akur dengan pengarah itu setelah mempertimbangkan hari-hari sebelumnya, dia telah bekerja keras demi negara dan pengajian separuh masanya...Isnin-Jumaat 8pagi-5petang kerja....sabtu ahad - kepelbagaian hal. Mana aku ada rehat lagi...Sabtu ahad pegi s.alam belajar(kononnya)...
Maka hujah tiada rehat ditambah dengan cuaca hujan telah menyaksikan sekujur tubuh berselimut sehingga jam 11.30 pagi..Bangun je tido, aku rase sakitbadan...macam tesalah urat pon ada...Aku suruh mak aku pukul belakang aku dengan bantal..."kene jemur dulu bantal ni..baru la hempok kat badan kau!!" ujar ibu...aku pon bermonolog sendiri-macam mana aku nak jemur...ujan lagi ni..dah la aku tido pakai 3 bantal, mana satu yang menyimpulkan urat aku...kalau dpt aku jemur pon perlukah ketiga-tiga bantal itu dihempuk sekaligus?mau tersungkur aku..ataupun pilihan kedua dihempok berselang seli dgn 3 bantal...3x darab 3 bantal=9x
Isnin, Mac 23, 2009
Intro dari mukabaru
Q: Kenapa ungu_violet??
A: Oh. Banyak sebabnya.
Pertama: Sudah semestinya menggemari warna ungu dan violet. Nampak sama tapi jauh
berbeza.
Kedua: Perempuan tipikal. Kalau tak pink, ungu. Kalau tak purple, merah jambu.
Sebab-sebab seterusnya... akan di fikirkan.
Disini coretan.
Disini luahan.
Disini harapan.
Disini perjalanan.
Kalau suka, kami alukan. Kalau tak suka, tekan saja pangkah di atas.
Salam perkenalan dari ungu_violet. Moga bertemu lagi di post akan datang.
Quote of the day :
D i K a l a O t a k B e r p r o s e s +
hasilnya aku mengalami keberatan kepala yang amat..deria berpijak di bumi nyata kadang2 sperti tidak trase...Aku perlu merehatkan otak aku..jika otak aku boleh dibuka nescaye aku pasti merendamkannye dan membasuhnye smule...
Jika dilihat dari pengkajian..
Otak kanan byk berkait dgn kreativiti , visual , konsep , irama , emosi , imiginasi ...
manakala Otak kiri lebih berkait tentang logikal , penulisan , pembacaan , analisis , kiraan...
Penggunaan otak kiri merupakan penyimpan data jangka pendek..otak kanan merupakan penyimpan data jangka masa panjang..
Namun hasil 4hari ini..aku mendesak otak kiri berserta otak kanan aku bergerak serentak dan ianya boleh memudaratkan diri sdiri..
Aghh!..aku perlu merehatkan otak aku..sayangi otak anda..
erk..lupe nk ckp..hasil kepenatan otak aku ini..membuatkan aku xleh tido scare terosan..terbangun2..salah satu faktor buat aku letih..huhuh!
Assalamualaikum..
K a r a n g a n P e n g e n a l a n D i r i
Aku akan dikenali dgn name Neopujangga...salah seorang penulis bersame dlm blog ini..
Apa itu trioPLOT?
TrioPLOT merupakan cetusan idea , pandangan , luahan hati dari 3 org penulis yang akan bersama-sama menjayakan blog ini nanti...Tema kami bebas..kami bebas berbicare..mengkritik..menganalisis..mengutarakan ape2 yg tersemat di dalam hati ini dan semua akan dipos di dalam blog ini..namun...isi hati 3 penulisan mungkin dpt mewarna warnikan penceritaan dgn corak penulisan yg berbeze..namun..tujuan yg same..iaitu BERKONGSI telus dari hati kami ke anda yang akan membace blog ini...
DIharap anda sume akan sentiasa membaca blog ini...kami akan cuba sentiase men"UPDATE" ...blog ini
Sekian dari saye,
NeoPujangga
Emel jemputan?
Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum.....
Inilah pertama kali aku dijemput untuk menulis blog. Apakah ini? Jemputan menulis blog dari seorang sahabat....Tiada ketahuankah bahawa aku kesibukan meniti hari-hari yang mendatang yang penuh onak dan duri....Ahahah...
Namun setelah dimaklumkan tujuan blog ini, aku mula tertarik untuk menulis dan berkongsi bersama pembaca...Adapun blog ini berkisar tentang gabungan penulisan dari 3 hati berbagai latarbelakang dan minat.
Ini adalah penulisan abstrak yang meliputi segenap aspek kehidupan dari angan2 kepada impian dan realiti, dari emosi kepada sensasi dan dari Pencipta sehinggalah masyarakat marhain.....
Ahahahaha...sebelum repekan syok sendiri berlaku eloklah kata-kata aluan ini aku noktahkan....Terima kasih kepada saudara Neo yang sudi menjemput aku sbgi penulis....
Teruskan mengikuti catatan harian trioplot ini.........wassalam...