Halaman

Memaparkan catatan dengan label Warkah pilu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Warkah pilu. Papar semua catatan

Ahad, Mac 29, 2009

Kempunan Sirap Limo Beng!!!

Aku ada sebiji topi keledar penuh atau dlm bahasa GMPPSMI FullFace. Rege kurang lebe RM 250 je cap ayam. Ayam2 pon kira pakai biji mata xtekujat dimasuki mikroorganisma mahupun habuk2 yg beterbangan dek angin. Apatah lagi kalu disarungkan tatkala hujan lebat, aku boleh jamin kalu pmpuan pakai, anda punyai mekap kat bibir tu xkan luntur dek air @ cair dek panas..Sebab helmet ni dilengkapi ngan salur peredaran udara yang selari ngn masa dan boleh laras. Itu kalu pmpuan, kalu laki pakai aku boleh jamin janggut korang xbasah punya...Paling kuat pon ujung2 je lmbab...Mmg terbaik la topi keledar ni.


Kalu korang teserempak ngn penunggang motor yg menyarung helmet jnis ni tp naik motor berkuasa rendah, xpayahla korang membuat spekulasi"die ni mesti tesalah sarung helmet abh dia ni" ataupun "dia ni mesti salah rentap kunci motor ni... tu kan motor pak dia bw g masjid"


Aku bkn apa..Pada aku mereka ni temasuk aku ada alasan yg kukuh utk memadankan pemakaian helmet ni ngn motor kapcai ni.Pertama keselamatan maksimum,Kedua keselesaan dan ketiga prestasi..Sbb tatkala aku merempit pd kelajuan 130km/j, ceremen tu akan secara auto terangkat keatas ketika aku membuat pndgn ke belakang untuk memastikan tiada kerendaan supaya aku boleh membuat gerakan Z. Dengan adanya helmet ni, semua mslh di atas dpt aku atasi malah kelajuanku bertambah kerana rintangan angin telah dipatahkan.


Apa kejadah aku cite mende yg membosankan kat korang ni?Aku bukan nak soh korang beli sebenarnya. Aku nak cite yg td aku baru je basuh helmet ni...Almaklum semenjak-menjak ni selalu ujan...Sebelum warna warni tompok mewarnai helmet, elokla aku basuh.Mmg cantik td tgh panas..Habis tenyeh aku kasi dia bejemur dgn posisi berbaring. Kasi span dan padding dlm dia kembang balik...Baru ngam bila sarung.Elok je mendung aku pon angkat la simpan..Sekali aku tgk visor dia betompok2 da...Kesan air sabun degil..Aku pon cuba la mengumpil2 visor ni.


blogger-emoticon.blogspot.comSekali tekak aku kering...Apalagi sirap limau nipis ais menjadi pilihan..Terbayek dari ladang.....Penuh satu cawan besar aku bancuh...Aku minum sikit pastu letak tepi.Helmet yang aku umpil ni mula mmbuatkan aku berakal.Dahla xde manual.Sajenak nyusahkan aku lani...Umpil punya umpil, sekali ada satu punat rahsia da..Inibutang kalu xtarik mmg musnah harapan nak bukak visor dia.Selesai belah kiri, aku cabut belah kanan.Entah knapa blh kanan ni sedikit ketat...Aku rasa mmg factory setting camtu kot..Default....Wekeke..Aku pon henjut sikit tangan aku..PAP!!!berjaya dibuka dengan kerosakan sifar..Tetiba aku rasa ponggong aku sejuk..Ades...Air sirap td tumpah daa....Arghhhh!!!!Dahla tumpah...Mengalir bawah katil...Segala rete yang ada dlm laluannya abis tenggelam dan hanyut...Setakat ni yg terjejas ialah manual RC Heli, cakera padat How to Fly Your RC Heli,cadar yang sapa suruh cicah lantai dan seluar aku...

Aku pon ulang alik dapur menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penghapus degil. Mak aku mula menyiasat"air sirap ko tumpah ker?"... "Ye kot" jawab aku dgn hambar....Visor td aku dah kasi basuh bayek punya..Tapi smpai skang blom pasang2 kat helmet...Kalu nak bukak td aku da berakal, ini jam nak pasang balik bertambah2 akal...Biala dulu...Nnti aku pasang.

Kesimpulannya sila elakkan daripada meletakkan mende2 cecair ni dlm jangkauan anda ketika anda sdg tangkap leleh kusyuk mmbuat kerja2 lain. Ataupon letak cecair itu di tmpt yg anda dpt lihat dan pantau...Kotla letak kat meja depan tu, mesti akak aku @ mak aku teguk secara begilir.Sampai kat aku tinggal ayes je...Hahahahaaaa...T.Kasih kerana mmbaca sampai abis.

Jumaat, Mac 27, 2009

Miss u!

Pejam celik, sudah nak dekat setahun Tok Mak tinggalkan aku. Tak sangka, dalam setahun dua, banyak yang telah berlaku. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Tak sangka, macam tak percaya yang Tok Mak dah pergi. Rasa macam baru semalam aku kucup pipi Tok Mak dan Tok Mak membalas kembali dengan pelukan erat. Sentuhan jari Tok Mak. Pelukan Tok Mak.Tak pernah sama dengan yang lain. Hangat. Segar. Damai. Semuanya ada.

Aku sedar yang aku bukan laa cucu yang baik. Jauh lagi pandai. Comel. Pandai ambil hati. Bijak Berkata. Walaupon aku cucu sulung belah mama, Aku tiada apa untuk dibanggakan. Dah laa gelap. Bodoh. Kurang cantik. Berlainan sedikit aku dengan adik2 dan juga sepupu sekalian.

Masa aku masih kecil, aku pernah tinggal dengan Tok Mak dan Tok Yah untuk sementara. Masa tu aku tak tahu lansung nk bercakap. Memang aku 'slow learner' sedikit mase kecil dulu. Tapi Tok Mak tak pernah nak marah2. Mungkin sifat lemah lembut Tok Mak yang menjadikan aku tak pernah takot dengan dia. Lain laa abah aku. Garang siot. Tok Mak dulu cikgu. Mungkin sebab itu juga, sifat lemah lembut, tegas dan penyayang ada dalam dirinya.

Bila aku mula dewasa, aku dah boleh berkata2. Tapi, memang sudah sifat aku. Aku tak tahu dan tak pandai nak tunjukkan rasa sayang aku kepada Tok Mak. Bila nak bersalam pon keras je. Nak cium2 pipi dan dahi lagi laa tak pandai. Aku segan sebenarnya. Bukan aku tak nak. Aku rasa macam budak manja je bila buat macam tu.

Tak lekang dari bibir Tok Mak, sentiasa ingatkan aku untuk jangan tinggalkan solat. Belajar rajin2. Jangan susahkan mama abah. Diikuti dengan satu lagi kucupan di pipi aku bila aku memeluk Tok Mak sebelum aku pulang ke bandar.

Masa di universiti, Tok Mak rajin telefon aku. Tanya belajar macam mana. Sihat ke. Tapi, aku jarang telefon Tok Mak. Jangan kata Tok Mak, mama abah pun aku jarang telefon. Lagi sekali aku tekankan, aku memang tak reti nak calling2 ni.

Bila cuti semester, aku pernah juga pergi duduk dengan Tok Mak seminggu dua. Aku tolong Tok Mak siram pokok. Sapu sampah. Pergi pasar. Dan semestinya, adanya aku disana, Tok Mak mesti masak pajeri nenas makan dengan ikan goreng. Itu pun dah cukup untuk aku.

Tapi, semuanya dah terlambat. Bila aku ucapkan pada Tok Mak, yang aku sayang dia, dia tak mampu lagi untuk mendengar apa yang aku katakan. Mahupun membalas. Sentuhan yang dingin. Dan tiada reaksi. Sakit hati sungguh hati aku, menyedari yang aku tak mampu nak lakukan apa2 tatkala mesin 'life support' di hentikan. Aku mengharapkan keajaiban untuk berlaku. Aku mengharapkan Tok Mak akan kembali sihat seperti dulukala. Ternyata, kuasa Allah melebihi segalanya. Dan siapa lah aku, insan hina untuk menafikan segalanya.

Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan Tok Mak. Airmata tak henti2 menitis. Tiba juga detik2 ini.
Satu kucupan terakhir aku berikan untuk Tok Mak. Di kedua belah pipi. Jari jemari. Sejuk.

Tok Mak, I miss u so much! Words can never describe these feelings.

Al-Fatihah...