Beku…Bagaikan berada dikutub gamaknya. Di luar jendela, alam bagaikan memutarkan waktu Malaysia yang siang kepada pukul 7 malam. Seluruh atmosfera ibu kota diselebungi awan gelap diselang selikan dengan bunyi guruh.Hujan masih lebat....
Dan aku, dihadapan monitor gabak ini, duduk sambil menggagau kesejukan. Sudah ku matikan suis alat pendingin hawa itu. Mengapakah ia beroperasi semula tanpa ku seru? Siapakah gerangan insan yang menunjal suis itu?
Mataku terkulat-kulat sesekali terkatup terbuka mesra. Kakiku menari2 menahan kucilan yang entah keberapa kali. Kulitku tipis, tidak seperti orang kebanyakan ditingkat ini. Mereka mempunyai penebat haba yang terbayek dari ladang.
Untuk mengetahui ramalan cuaca sila klik di sana atau di sana.
1 ulasan:
huhuhu....musim ujan..kira ok la bole matikan air cond.kalau yg jenis centrelized tu xle matikan...
Catat Ulasan