Halaman

Khamis, Mac 26, 2009

m l m i n i m l m j u m a a t +

Saya akan menggunakan penggunaan ayat 'skema' untuk artikel kali ini . Apa yang akan saya tulis kali ini adalah menyentuh tentang pengalaman , kebolehan dan dedahan yang menjadikan saya seperti sekarang . Sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan perkomputeran . Masakan tidak ketika saya berumur 6 tahun iaitu sekitar 21 thn dahulu saya didedahkan dengan teknologi ini . Waktu itu komputer tidak mempunyai storan untuk disimpan dan tidak ada operation system hanya dos command sahaja . Jika hendak bermain perlu dimasukkan dgn disket yang saiz dia besar sekali . sekarang floppy jenis kecil pun tidak digunakan apatah lagi floppy yang jenis besar . boleh dianggap sebagai bahan arkib jika saya ada simpan lagi . Aplikasi yang boleh dimainkan sewaktu itu adalah operasi untuk menulis ialah starword. dan saya masih kecil tak akan pula saya hendak menaip jadi saya sebagai budak-budak tertarik dgn bermain permainan komputer sahaja . Permainan kegemaran saya waktu itu adalah Hard Hat Met *lupa ejaan sebenarnya . Selain itu juga tapper , pacman dan beberapa siri permainan lain yang saya lupa namanya. Mungkin ketika itu saya didedahkan lebih 'advanced' dari kanak2 sebaya saya . Waktu demi waktu sehinggalah komputer itu menjadi "out to date" . Bapa saya telah membeli komputer lain yang dipanggil "multimedia komputer " Dulu , komputer jenis dos ini tidak mempunyai sound dan sound adalah dari bunyi mono dari dalam komputer itu sendiri . "Komputer multimedia" mempunyai sound dan operation systemnya sdiri iaitu Windows 3.1 kalau tak silap saya.Ketika itu saya agak jangal dengan komputer yang mempunyai operation system . Maklumlah , dulu tak perlu install2 masuk disket dan teros mainkan kali ini kena install2 dulu baru boleh main . Komputer jenis ini didedahkan kepada saya sekitar umur saya baru 9thn .

Agak lama saya didedahkan dgn komputer itu yang kebanyakan saya abiskan dengan bermain game Prince or persia 2 , Raden , Hugo who don it dan macam2 lagi....sehingga nya menjadi out to date juga . Sehinggalah REVOLUSI teknologi terdedah ke Malaysia iaitu dunia internet . Komputer lama itu tidak mempunyai teknologi support internet lalu bertukar kepada komputer baru iaitu komputer yang mempunyai operation system yang lebih canggih iaitu windows 98 , Pemecut procesor 486 apa ntah saya dah lupa namanya ..Sewaktu itu saya berumur 14tahun iaitu kira2 13 tahun dahulu . Mungkin juga saya antara orang yang awal didedahkan dengan dunia internet . Dengan kelajuan internet bukan broadband yang hanya ketika itu hanya dialup 33.6kbps sahaja . Namun saya sudah menjadi ketagih dengannya . Jangan harap ada friendster , myspace , tagged , facebook ketika itu dan rata2 waktu itu orang sangat malu untuk menunjukan gambar mereka . Sewaktu itu saya telah berjinak-jinak dengan dunia 'chatting' tidak silap saya laman web yang bernama BBS tidak silap saya. System web itu lebih kurang macam forum shj . Namun agak menarik . Tidak ramai orang Malaysia bermain . Jika terjumpa orang Malaysia agak seronok sekali . Dan sekitar 1thn selepas itu baru saya terdedah dengan Mirc . Dunia Chatting sebenar dan popular pada ketika itu . Barulah saya berjumpa dengan ramai orang Malaysia ( tu pun x seramai mane pun , thn 1996..heheh ) kalau nak cerita pengalaman Mirc ni karang banyak sangat nak tulis cukuplah sekadar saya katakan saya terlibat dengan dunia Mirc sejak 1996-2004 atau 2005..lupa masa saya bersara..Tak perlu cakap la berapa banyak channel saya jadi operator..atau lebih dikenali sebagai op..Pindah randah server dari undernet ke dalnet , dalnet pindah undernet , pastu pindah ke webchat kerana pengguna dari Malaysia kene banned kerana kepandaian mereka mengucar kacirkan server..heheh...agak rindu juga zaman mirc ini...

Saya ketika didedahkan dengan dunia internet saya begitu tertarik dengan laman-laman web yang menarik.Kebanyakkan statik ketika itu namun sudah ada yang berinteraktif..GILA KAGUM saya waktu itu laman2 web yang interaktif (lalu terfikir dalam hati alangkah bagusnya kalau saya boleh buat seperti itu ) Mungkin darah seni dan minat ada dalam hati saya dan laman web pertama saya berjaya bangunkan adalah pada tahun 1998..menggunakan hosting tripod tidak silap saya.Web yang berkisarkan tentang saya sendiri dan WEB ITU STATIK GILA...ahaha..mane geti main imaged map bagai la!...dulu mane ade aplikasi yang memudahkan..blaja html sendiri je!..dan bermula dari situ saya nekad abis spm nak blaja bidang grafik design!..Saya malas nak menyentuh tentang dunia belaja dan sebagainya kerana artikel ini adalah mengenai dedahan saya pada teknologi komputer sahaja . Alhamdulillah lepas SPM saya berjaya menyambungkan pelajaran dalam bidang itu..walhal 1st choice adalah undang-undang..whehehe..

Tidak mahu menyentuh apa terjadi dalam dunia belaja hingga sekarang namun semenjak dari itu teknologi komputer , internet semakin meluas di Malaysia...orang sudah tidak segan silu meletakan gambar diri sendiri di dalam internet dengan tercetusnya revolusi friendster , myspace dan sebagainya..walhal masa zmn irc nk mintak gambar kemain payah lagi..weheheh..Saya sendiri telah meregister friendster ketika tahun 2003..Friendster boleh dianggap revolusi dan mencambahkan lagi web2 komuniti rakan seperti itu..BANYAK BAIK dan BANYAK BURUKNYA..namun saya tidak mahu menyentuh pasal mende ini..Banyak juga revolusi2 internet dan laman web yang saya lalui sampailah sekarang . Sehinggalah saya terasa bahawa dunia sebenar di hujung jari dan nescaya akan datang teknologi ini akan semakin maju dan maju dan maju sampailah orang duk umah je xyah kuar2...taip je mende nak teros sampai di luar rumah anda!..MUAHAHA..jngan sampai nak kawin pun leh online.. Jika dahulu sekitar 15thn tiada siapa pernah terfikir internet boleh buat duit namun sekarang banyaklah terbukti.Jika dahulu tidak ramai yang ada LAMAN WEB Sendiri namun sekarang siapa2 pun boleh..paling tidak pun ada blog sendiri..tak pun laman peribadi sendiri melalui komuniti bertemu rakan (frienster,myspace,facebook,tagged,cb) Nak cite pasal game online?..oh..tak perlu..banyak sangat dah tulis ni..

Kesimpulannya...mungkin dedahan komputer dan internet telah mewujudkan diri saya sekarang..dan saya masih lagi wujud di alam cyber ini..dan saya masih lagi seronok dengannya..
Hanya kita sahaja yang dapat menggunakan teknologi2 ini ke arah kebaikan dan memang senang sekali nak gunakan teknologi ini ke arah keburukkan..so kawal diri..kawal masa anda..

Sekian sahaja post saye utk hari ini..malam jumaat nie..hehe

*sekali lagi saye tekankan..bukan saye merayu..please jangan menyalahkan gunakan teknologi ini ke arah keburukan dan kepentingan sendiri walaupun saya tahu itu hak anda dan saya tak berhak menghalang..tapi untuk kebaikan bersama...

ASSALAMUALAIKUM!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe.zaman 10 taun lps,internet ni knl sbb chatting je...chating,chating and chatting...bukak2 komputer je,chating..Mirc..sanggup escape kua asrama sbb nk chatting nye psl..free2 je terkenal kat skolah..tmbh2 plak di award kan gelaran 'kaki escape'..huhu..kenangan zaman skolah...klu igt blk,asik senyum je

Tanpa Nama berkata...

hehehe..mase tu cc sejam rm6 tu..nasib baik mase tu main kt umah je..haha

Jay Harun berkata...

aku penah 2,3 taun lepas masuk balik mirc..dah register, pastu aku tatau nak pegi mane...last2 kuar balik.....dah lama tinggal la katekan...

Tanpa Nama berkata...

huahahha...kam...u reminds me..zaman pc screen hitam font hijau..haha.time tu xda apa2 pon sgt addict. gile dok wat design pakai "***" or "####" hahahah...itu pon leh jadi layan.
tp sapa yg pakai pc time tu mesti tau wat programming skang.xbnyk pon,sikit2.dulu smuanya wat manually!haha.
MiRC..ekekeke..gue knal loe pon time zaman lepak IRC

START
< PRINT 10 > " * "
< PRINT 20 > " *** "
< PRINT 30 > " ***** "
END

neopujangga berkata...

adakah itu comand Qbasic?..hahaha..so sape op chane #uitmmelaka lg skrg?..muaahha..aku op yg kejam dlu..

Tanpa Nama berkata...

apakah...

Tanpa Nama berkata...

akakaka...ya kot Basic...xingat dah...tp dolu smua command wat sendirik.
hish...dah lbh krg 5thn tinggalkan dunia irc.mana la nak tau pasal channel2 ni dah...kalo nak srh msk skang pon dah xreti

neopujangga berkata...

wujudkan balik chanel irc nak?..ahaha..aku rindukan zmn itu..aku rindukan nick [a][k][a][m] aku..