Halaman

Selasa, Mac 24, 2009

A k u & K e r j a y a (siri-1)


Adakah anda sudah bekerjaya? Adakah anda berpuas hati dengan jawatan anda dan bebanan kerja yang anda perlu pikul setiap saat, hari, minggu, bulan dan bertahun ² lamanya? bagaimana pula dengan gaji?



xperlu dijawab soalan itu....Simpan sahaja jawapannya. Mahu atau tidak anda telah bersetuju dengan kontrak kerja yang anda tanda dan tangankan.

Suasana di tempat kerja adalah berbeza berdasarkan produktiviti, sektor, dan budaya kerja. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku...Heehehehe...hampir 5 tahun(4tahun + beberapa bulan) aku menumpahkan keringat(pdhal keje dlm pejabat berpendingin hawa) bekerja di sini.

Aku pernah menjawat berbagai jawatan sampingan(xde dlm bdg kerja pon) di sini daripada penghantar surat, pemandu, juruteknik membaiki mesin fotokopi, pemberi pandangan dan cadangan, membaikpulih kerosakan pelbagai mesin pejabat, menjadi panglipur lara, dan pelbagai lagi tugas
² khas.

Walaupun pernah diadakan anugerah pekerja cemerlang bulanan, kriteria di atas masih belum dikira sebagai cemerlang...mungkin tugas itu tidak kupikul dalam masa sebulan..hahah...lantaklah..

Adakalanya aku bekerja dlm keadaan tertekan blogger-emoticon.blogspot.com disebabkan semua kerja diterima dan perlu disiapkan disaat ² akhir. Bak ombak menghempas pantai,bertaburan buih dipesisiran.Mungkin itulah yang sesuai utk menggambarkan kerja yang diterima itu datangnya menimbun-timbun.

blogger-emoticon.blogspot.com

Namun semua itu hanyalah takdir yang harus kuterima sementelaah jawatan yang kusandang hanyalah kuli yang menurut perintah. Lalu segala susah payah itu kuharungi dengan selamba.


Justeru, apa yang membuatkan cerita ini ingin ku kongsi bersama?Teruskan membaca untuk siri seterusnya...





2 ulasan:

ungu_violet berkata...

kita serupaaa.. kite serupaaa..

Jay Harun berkata...

tak berapa nak serupa la....tp..aiyak, sakit perut! malas aku nak menaip banyak!