Harga ayam naik 80 sen
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Harga ayam bersih di Pasar Chow Kit di sini meningkat sehingga RM6.80 sekilogram semalam berbanding harga runcit mingguan yang dicatatkan sebelum ini iaitu RM6 sekilogram.
Kenaikan harga ayam itu menimbulkan keresahan pengguna terutama ketika mereka akan membeli barang untuk keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Tinjauan Mingguan Malaysia di pasar berkenaan juga mendapati harga bagi seekor ayam bersih dijual berbeza-beza mengikut peniaga iaitu antara RM6.30 hingga RM6.80 sekilogram.
Seorang pengguna, Nikmawati Siregar, 46 berkata, peningkatan itu membebankan pengguna kerana kebiasaannya mereka akan membeli ayam pada kuantiti yang lebih besar pada musim perayaan berbanding hari biasa.
"Peningkatan itu amat membebankan kami khususnya menjelang sambutan Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi.
"Saya terpaksa berbelanja lebih dengan kenaikan harga ayam ini tetapi tiada pilihan lain memandangkan ayam antara menu yang popular ketika perayaan," katanya ketika ditemui di Pasar Chow Kit semalam.
Bagi Rohana Ahmad, 25, dia berharap agar harga ayam dapat diturunkan segera bagi memastikan hak pengguna terbela dan tiada lagi kenaikan pada barangan yang lain.
''Saya beli RM6.80 sekilogram tetapi apa nak buat, semua peniaga pun jual dengan harga itu,'' ujarnya.
Menurutnya, setiap sen kenaikan harga ayam bermaksud kerugian bagi pengguna secara keseluruhan.
Seorang lagi pengguna Edy Efendi, 47, pula berkata, walaupun harga barangan lain masih terkawal, dia tidak bersetuju dengan kenaikan harga ayam memandangkan nilai 80 sen cukup besar.
Menurutnya, harga ayam di pasaran boleh dikurangkan jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang.
Kelmarin, kementerian itu mengumumkan akan melaksanakan skim kawalan harga musim perayaan selama 15 hari yang akan bermula dari 13 hingga 27 September ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan mengawal peniaga daripada menaikkan harga sewenang-wenangnya termasuk ayam bagi memastikan harga barang kawalan adalah berdasarkan harga yang ditetapkan kementerian.
gua pernah mengomen disini tentang kenaikan sebelum ni...La ni nek lagi...heh...
harga kawalan bagai...
Minyak nek.Ayam nek.Gula abis.
Asal melayu raya je semua brg nek. Kerajaan xreti ke buat kerje?Belajar tinggi2 amik subjek ekonomi.tp bangang.
stok ayam cukup je..xpernah kurang.cume permintaan je tinggi.ni alasan nek rege..
gua harap kerajaan yg lebih bertanggungjawab dpt memimpin negara utk PRU akn dtg
1Malas sial.
Rakyat diperbodohkan
Penipuan diutamakan
3 ulasan:
ketuanan melayu!!
hahahaha
semakin hari semakin miskin.
Lu ni orang yang tidak tahu bersyukur. Sekarang lihat apa yang berlaku di negara-negara lain? Kita di Malaysia masih lagi mampu bershopping sakan menjelang raya. Gua cabar lu pindah singapore ke atau indonesia ke. Seminggu jer, gerenti meraung nak balik! Belajar la sejarah sikit. Tengok apa jadik pada orang2 Melayu kat Penang?
Catat Ulasan