Bantuan Zakat LZS Ringan Beban Tadbir Urus 38 Rumah Kebajikan Selangor
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan bantuan zakat kepada 38 rumah kebajikan di seluruh negeri, berjumlah 945 ribu ringgit.
Masing-masing menerima antara 5 ribu hingga 30 ribu ringgit.
Penerima bantuan ini terdiri daripada pusat yang menempatkan anak-anak yatim, fakir, miskin, ibu tunggal, bekas penagih dadah, bekas banduan, remaja bermasalah serta warga emas.
Antaranya ialah Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor, Asrama Anak-anak Yatim Damai, Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, Pusat Jagaan Remaja Insaf dan Anak Harapan.
“Rumah Aishah dikelolakan oleh YADIM, dan dikendalikan oleh MACMA, Muslim Chinese Association Malaysia tujuan rumah Aishah ini untuk menyediakan tempat tinggal kepada golongan bekas banduan dari penjara Kajang khususnya dan untuk saudara-saudara yang baru masuk Islam”, kata wakil Rumah Aishah (YADIM), Wan Afif Daud.
Sumbangan LZS ini sedikit banyak dapat membantu meringankan kos operasi dan pengurusan rumah kebajikan terbabit yang majoritinya dikelolakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dengan peruntukan yang terhad.
Bantuan disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Khusrin Munawi di Hotel De Palma, Shah Alam, petang tadi.
“Sebelum ini rumah ini bergerak atas sumbangan peribadi, tapi Alhamdulillah tahun ni kami sangat berterima kasih kepada Lembaga Zakat kerana sudi membantu kami untuk meringankan tanggungan kami untuk menguruskan rumah amal ini”, kata wakil Rumah Amal Belaian Kasih, Ali Sodikin Samah.
Dalam pada itu, pengagihan bantuan zakat ini juga adalah tanggungjawab LZS dalam membantu menangani dan membendung gejala tidak sihat, terutamanya yang melibatkan belia remaja.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Jabatan Agihan dan Pembangunan Ummah LZS, Abdul Malek Awang Besar. - NIZAM-SELANGORKINI
Gua memang sokong Lembaga Zakat Selangor nih.Semoga pengagihan wang zakat dapat diurus dengan penuh amanah dan sistematik bg membantu rumah2 kebajikan.
-Terbayek TV Selangor membuat liputan dan pendedahan yang adil. Warga Selangor Jangan asik nak tgk Tv kera jaan je...Heh
2 ulasan:
gua berbaik sangka..
janji gua bayar zakat, yg nak agih2kan tu kena jujur gak..
betoi tu, yg amil tu jgn makan lebih sgt..amik upah kadar2 je...haram wo mkn duit penerima zakat ni..
Catat Ulasan