
Isnin, Jun 15, 2009
Ini Malaysia ada undang2, lu degil kita saman lu

Selasa, Jun 09, 2009
Kenapa kau selalu wathal?Apa salahku?

Ahad, Mei 24, 2009
Hari ni punya citer
Sambil menunggu tren yg ditunggu xkunjung tiba, (celaka, waktu ketibaan tu mmg da padan dah ngan waktu semasa) nape perlu mata2 org keliling ni melihat aku? Heh, kali ni aku xpakai Rayban, aku tertinggal mende tu. Apa lagi yg Xkene ni?Heh kolar aku tegak kalu? Adei…Mmg syial mata2 dorg ni…Jnis aku tgk dorg pakai xcukup kain kalu Xper je pulak.Mende ntah.Ade plak setengah tu pakai cincin kat jari bersusun-susun. Jnis kalu nak mkn kene kai sudu, nak cebok kai tisu. Kalu x silap hari tetelan cincin, sakit anu.
Apahal lah dorg ni…Hah, tren da sampai.Dari jauh kalu, nmpk macam tin sadin begolek2.Penuh…Dorang ni pehal plak meramaikan tren ni?Xreti ke becuti hr ahad?Komunis pon reti cuti la oi?Xkan gawat2 ni pon pergi membeli belah….Adeyh~~
Sorang mamat yg sama badge ngn aku masa menunggu td, naik gerabak yg sama.Syial la mamat ni.Apasal la ko nek kat sini gak. Jnis mamat ni borak ngn kawan die pkai loud speaker.BUKAN!!BUKAN!!Dia x bercakap melalui alat kelui.Kawan dia kat sebelah dia jer.Heh. Perbualan dia mcm fix deposit kalu. Die bukan mcm saham punya jnis. Saham punya jnis kalu, ade naik ade turun. Fix deposit kalu, die mendatar saja. Mmg volume plg tinggi la die borak. Pastu gelak HAHAHAHA. Jnis borak syok sendiri. Cam bagus2 je..Yg bangsa wane pemakan haiwan pembawa virus H1N1 ni xbis chong cheng chong cheng. Ha bangsa ni mcm saham.Kejap nada turun, kejap naik.Lantas disudahi ngn AGAGAGAGAGA…Mmg berseni gelak ketawa dia.terhibur gak la dengar. Mungkin itulah doktrin 1 Malaysia yg mana semua bangsa di blendkan dlm 1 budaya mengikut acuan sendiri.Heh..Aku da merepek.
Sampai je KL Sentral aku turun.Stesen pertukaran katanya..HENCIN!!!
Celaka lagi, KTM ni mmg minta dikutuk berterusan.Papan elektronik xnyala.aku xtau nak nak amik tren ke RAWANG belah mana. Aku cuba merapati rakyat Malaysia yg mesra ni utk bertanya. Tp mmg betul mesra.Baik punya mesra, baru nak buka mulut kalu, dia wat2 jawab tepon.Syial..Mentang2 la aku xhensem, gigi xberapa nak rata.
Heh aku pon ikut jela kaki melangkah nek eskelatoree. Nmpk brader baju biru tgh jaga kat tmpt yg kalu nk lalu kene masukkan tiket itu. Bang, saya nk amik tren ke Rawang, belah mana? Platform 4, jwb brader tu tegas , adil , dan beramanah tanpa toleh padaku.CB, xbleh ke jawab leklok tunjuk jalan susur galur ke platform tu. Mcm lah aku tau kat mana platform tu. Muka dahla 44 terlebih cuka.Abis ketat la tu.Nak pinjam skrewdreber kalu, cakapla…Meh aku tune muka ko kasi longgar.Mmg la aku bese area KL ni, tp xbese nek tren. Cuba kalu mat salleh tu tanye jalan, silap kalu, brader tu siap ajak mkn cendol Wak Seman pastu bawa g jejalan kat zoo. Heh..Dengan segal rajuk duka lara, aku pon pusing2 lagi macam pelancong cari platform tu. Dahla KL Sentral tu transit tersohor. Bolehla papan elektronik tu padam semunya.Pastu papan tanda menunggu mengikut lokasi langsung xde. Kalu ade mesti tulisan dia sama warna ngn dinding tu yg aku xnmpk tu.Sangat memalukan la KT"M" ni.Kalu boleh buang "M" ujung tu kan bagus.Xdela aku turut serta merasa malu dengan kebodohan sistem ini.
Mcm biasa, menunggu sesuatu yg xpasti. Sambil tu sempat lagi usya2 gelagat orang…Pergh…Mcm2..Semak..Trutt trut trutt…Amat tepon..”Kat mana kalu?Bila mau sampai?” Amat da xsabar nk jmput aku ngn Honda dia…”heh…Ko tenang2 je dulu..Aku tgh tunggu lokomotif ni…xsampai2 lagi…dlm 45 mnt kang aku sampai la”
Tu dia…Letak je tepon tren pon sampai…perghh…Berpusu2 dorg ni beratur cam kat dafur pon ade..Wat tenang2 suda..Malas berkecimpung dlm kesesakan, aku pon bg la dorg nek dulu.Berimpit2...Heh bau bangla pon ade..mmg menusuk kalbu. Memang sentap..Ramu pon boleh tahan gak..Mesti kedai ah seng tutup ni...xpon kilang deodorant meletup bulan lepas blom dpat insurans nak bukak kilang baru.. Mmg aku pendam je perasaan ni. Xtau nk kongsi ngn sape..Luah kat sini jela ngn korang.Xdpt berkongsi bau2 tengik, dpt kongsi masalah pon jadila kan. Aheh.
Sampai je hentian yg dinantikan, amat blom sampai lagi walaupun td dlm tepon gaya dia semacam teruja. Mmg xtahan la cuaca td. Panas melenting. Temometer pon boleh pecah aku rasa. Aku mengisi waktu kosong td dgn termenung bersahaja.Mmg xproduktifla..Membazir..Awek2 kat sini pon satu hal, mentang da ade pakwe, semua pakat nek motor je. Cubala belagak macam pelancong tempatan sikit travel nek lokomotif..Bleh aku jeling2. Gedebuk gedebak amat pon sampai..Dia nek lagenda pulak..Mmg xmerasa aku nek Honda amat tadi. Xpela..Sama je..Lagenda pon motor gak…Honda EX-5 pon motor gak. Ahahahhahhah…
Jumaat, Mei 15, 2009
Selsema Babi Menembusi Malaysia
Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia
May 15, 09 1:40pm
kemaskini 5.19pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini."Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican."Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami
* gambar fail menunjukkan tiga ekor babi dr kumpulan kongis gelap sdg mendapatkan rawatan di klinik wonderpet
demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yangsama."Belia telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagitujuan siasatan dan pemerhatian. Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikanjumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan
*gambar hiasan-bertujuan untuk diharmonikan dgn gambar di atas
sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik diFasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagiperlindungan kesihatan antarabangsa.Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.
Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini.
aku kata- orang malaysia semua tenang2 saja.dari kes culik budak, ISA, rege minyak naik,rege barang naik, kami tidak bimbang. Kami cuma bimbangkan kerajaan!!!
"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.
aku kata- pantau jangan xpantau.
-jika anda terlihat babi-babi yg menunjukkan simptom2 seperti selesema babi, sila bertenang dan ikuti garis panduan yang disediakan oleh WHO atau Kementerian Kesihatan. Ketahuilah, kesihatan babi adalah penting dlm menjamin kemandiran spesis manusia.Dalam bentuk graf, hubungan kesihatan babi adalah berkadar terus dengan manusia...
Selasa, Mei 05, 2009
Kakitangan kerajaan China diarah merokok bagi lariskan jualan
SEORANG lelaki menghisap rokok di sebatang jalan raya di Beijing semalam.
BEIJING - Semua kakitangan awam di daerah Gong'an, Hubei, tengah China diarah menghisap rokok bagi melariskan jualan hampir suku juta kotak rokok buatan tempatan setahun jika tidak mahu didenda.
Menurut akhbar Global Times, kerajaan di wilayah Hubei mengarahkan kakitangannya menghisap rokok bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut akhbar itu, jabatan kerajaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan akan didenda.
"Peraturan itu akan meningkatkan ekonomi tempatan melalui cukai rokok," kata seorang anggota pasukan pemantauan pasaran rokok Gong'an, Chen Nianzu.
Menurut akhbar tersebut, peraturan itu dikuatkuasakan sebagai usaha melariskan jenama rokok tempatan seperti Huanghelou yang menghadapi persaingan daripada rokok keluaran wilayah Hunan.
China mempunyai 350 juta perokok namun sebanyak sejuta orang meninggal dunia pada setiap tahun kerana menghisap rokok. - AFP
-dipetik petik dr kosmo online dengan selamba-
Hahahahaha...macam ni pon ada?
AMARAN KERAJAAN CINA:MEROKOK MENAMBAH PENDAPATAN NEGARA
Jumaat, Mei 01, 2009
Bercakaran...
Masih...
Sudah hampir 52 tahun negeri itu merdeka....
Yang di dalamnya ada berbagai bangsa yang pikirannya cacar merba,
Ada yang gila kuasa, ada yang tamak haloba.
Semak...
Kian hari tertulis di dada akhbar kes saman berjuta-juta
Saman malu
Saman fitnah
Saman itu
Saman ini
Politik apakah ini?
Bukankah politik itu suci hakikatnya?
Nasib
Dan rakyat yang bodoh ini di kampungan terus bertani
Di bandar terus membayar tol
Di pejabat terus bekerja utk parti
Jabatan/ Kementerian
Sejenis alat yg ditubuh utk melayan kehendak umum rampai
Hanya pada kertas dan mesyuarat
Hakikatnya,
Sejenis alat utk kezaliman.Arghhhhh.Setan!!
Merudum
Saat ekonomi ini yang terbaring maya
Pemimpin masih bercakaran
Setiap hari adalah hari perhitungan
Media
Sialan
Perlukah setiap saat itu perlu digemburkan dengan penuh sensasi?
Mahu melagakan sama kita kah?
Mahu menambah bilangan pembaca & penonton utk keuntungankah?
Lalu keuntungan itu utk membayar gaji hasil dari melaga, memecah kesatuan ummah?
Apa maknanya menyambut hari buruh tatkala masalah ekonomi dan politik tanahair gundah gulana?
Apa maknanya menyambut hari pekerja tatkala Islam terus menerus digugat oleh pendatang ?
-Selamat Bercuti dan Bertenang-
