Ahad, November 15, 2009
2012
Sabtu, Jun 13, 2009
Pagi2 amik angin lagi produktif

Jumaat, Mei 15, 2009
Selsema Babi Menembusi Malaysia
Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia
May 15, 09 1:40pm
kemaskini 5.19pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini."Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican."Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami
* gambar fail menunjukkan tiga ekor babi dr kumpulan kongis gelap sdg mendapatkan rawatan di klinik wonderpet
demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yangsama."Belia telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagitujuan siasatan dan pemerhatian. Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikanjumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan
*gambar hiasan-bertujuan untuk diharmonikan dgn gambar di atas
sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik diFasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagiperlindungan kesihatan antarabangsa.Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.
Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini.
aku kata- orang malaysia semua tenang2 saja.dari kes culik budak, ISA, rege minyak naik,rege barang naik, kami tidak bimbang. Kami cuma bimbangkan kerajaan!!!
"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.
aku kata- pantau jangan xpantau.
-jika anda terlihat babi-babi yg menunjukkan simptom2 seperti selesema babi, sila bertenang dan ikuti garis panduan yang disediakan oleh WHO atau Kementerian Kesihatan. Ketahuilah, kesihatan babi adalah penting dlm menjamin kemandiran spesis manusia.Dalam bentuk graf, hubungan kesihatan babi adalah berkadar terus dengan manusia...
Selasa, Mei 12, 2009
Dunia Nak Kiamat Kalu?
Heh.
Semenjak 2 , 3 , 4 menjak ni, macam2 berita panas kita dengar. Semua panas- panas. Dari hal politik di Perak, bawa ke bab sukan Liga Juara Bebola Sepak, serta penahanan ketua Militan JI-Mas Selamat. Semuanya panas2..Lom masuk bab pisang goreng panas kat Shah Alam tu.
Tapi satu kes ni mmg betoi2 panas kalu. Korang perasan x, kalu dok umah, xkire siang mlm, mmg berpeluh punya!!!Ahaaa. Aku dahla mengidap Insomnia tahap 3. Ditambah pula ngn cuaca panas melenting ni, memang padanan baik utk mereka yg bercita2 ingin bersauna secara per''cuma.
Ya Allah, jgnlah engkau menduga kami dengan bebanan yg xlarat kami pikul. Dan jauhkan kami dari bala hujan banjir dan kemarau panjang...Aamin.
Weh, rumah ko ade pendingin hawa kalu? Memangla xpanas.....Huh.
Khamis, Mac 26, 2009
Kaji selidik tentang bahan paparan kami di sini +
Para2 pembaca dikasihi sekalian..walaupun aku tau xde le ramai sgt bace blog nie..maklumlah baru hari ke 4 je wujud.promotion pn takde..pertukaran link2 dgn blogger lain pun x buat lagi..rss bagai ape sume tak buat lg..promote dlm forum , dlm group , dlm komuniti pun lum buat lagi dan byk lagi la mende2 yang boleh melengkapkan blog ini sperti blog2 yang dah top yang lain..
SO...
Dengan pohon pertolongan ikhlas niat dan suci dari para pembacaku...aku kiranya ingin membuat sedikit tinjauan..ape yg korang minat bace dlm blog..apa yang korang nak kami menulis dlm blog kami ini?..apa yg sronok dan teringin dilihat dlm blog ini ataupun blog lain?
tak jelas?
Contoh anda nak lihat ade ulasan2 movie dari kami...
Nak kami tulis pasal politik?walaupun scare general
Nak sgt kami tulis pasa makanan?
atau nk kami buat tutorial design?
Atau ini atau itu....design xlawa nk tuka..tulisan kecik sgt nk beso..dan bla bla..ahaha
Ini semua ditangan anda...ade request kami buatkan..ade kritik kami perbetulkan..kami x mau tulis syok sdiri..walaupun syok sdiri itu penting dlm penulisan blog...kalo x byk respon kami akan teroskan dgn care kami..kalo byk respon kami akan ikut kehendak anda kerana penulisan kami adalah utk bacaan anda semua..tapi kdang2 kami nk gak tulis syok sdiri..hehe
*pandangan leh letak dlm komen ataupun kt chatbox sblah..email pun leh kt trioplot@gmail.com
Sesi memperkenalkan semula penulis dlm trioplot
Blog ini hasil dari 3 org penulis..bukan 1 penulis dlm kebanyakan blog2 yg lain
Para2 penulis : NeoPujangga , jaisyul usrah dan ungu_violet..
3 idea leh pelbagaikan isi..misi kami menghasilkan post yang bermutu setiap hari..
Sekian...Assalamualaikum...