Halaman

Memaparkan catatan dengan label realiti hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label realiti hidup. Papar semua catatan

Ahad, November 15, 2009

2012



Gua percaya ramai teman2 dan org awam diluar sana sudah mula memenuhi pawagam utk tayangan kisah kiamat.

Media juga tdk ketinggalan mmbuat liputan didada akhbar masing2.Semuanya tidak lain tidak bukan untuki meraih keuntungan drpd pembaca.

Itulah dia kuasa filem oleh barat yg masih menjajah minda kita...Cut it up!!!~~gua bukan anti hiburan.Gua juga turut menonton filem2 barat.

Cuma apa yg gua bimbangi, dengan pemahaman minda ummah yg goyah, gua khuatir filem-filem varat akan menjadi satu dambaan dan sumber hadis milenia.


Lu bayangkan dlm kitab Al-Quran sudah ada kisah pasal kiamat...

"apabila langit itu terbelah"(Al-Insyiqaaq: 1)

"dan apabila bintang dijadikan terpeluap" (Al-Infithaar : 3)

"apabila matahari digulung.dan apabila bintang-bintang berjatuhan :(At-Takwir :1-2)

Mungkin ada yg menganggap gua sebagai xurban dan bersikap ortodoks. Gua xkisah.Pada gua dlm Islam sendiri sudah ada hiburan. Dan xsalah utk enjoy ur life berwayang-wayangan.Masalah yg timbul ialah dimanakah kita saat menonton filem arahan barat itu tatkala Al-Quran kita tinggalkan?

Barat sekali lagi berjaya memesongkan Islam dengan menurunkan dalil baru untuk menggantikan surah2 tentang kiamat.

Memang benar ada khalayak yg menonton sekadar untuk menghilangkan bosan,killing time, dan sebagainya. Inilah cara hidup baru di alam maya.Clubbing,shopping,hangout,tgk wayang.

Hiburan inilah propaganda yg digunakan utk mengasingkan Islam dengan umatnya.Yang tinggal akhirnya hanyalah ritual.Nak kawen baru cari imam.Nak cerai baru cari syariat.nak uruskan mayat cari imam. Yang len entah kemana

Hari ini kebebesan menjadi 1 elemen yg diperjuangkan seluruh dunia.Human rights. Manusia bebas memilih gaya hidup.Bebas memilih sumber hiburan,pakaian,makanan dan sebagainya.Islam tidak lagi menjadi sumber rujukan yg tdk boleh dilangkah. Islam makin dikebelakangkan hampir dalam semua hal.

Penguasaan media barat di Malaysia secara berterusan akan berjaya menyuburkan ideologi mereka dr segi kehebatan angkatan tentera mereka, kecanggihan teknolgi mereka, kepakaran penyiasatan mereka, kisah2 kiamat, dan sebagainya.

Mereka menjadi sumber rujukan dalam segala hal.Umat Islam seakan beralih kiblat dan pegangan.......

Rabu, Julai 29, 2009

Dear kawan...

Kepada 'kawan',

Macam rase pelik pula menulis coretan untuk kau yang sudah pasti sekali takkan tersesat ke sini.

Tapi, mane lagi yang boleh diluahkan semua ape yg dirasa dalam hati tika ini.

Kepada 'kawan',

Kita memang dah kawan sejak dari awal sekolah menengah lagi.

Kita memang macam sepasang kawan yg betul2 kontra dari segi perwatakan.

Tapi, itu tak pernah menghalang persahabatan kita selama ni.

Kepada 'kawan',

Dulu kita sama2 berkeluh kesah menantikan kehadiran 'someone' dalam hidup kitaT.

Dulu kita sama2 yang merayau merayap tak kira waktu dan hari.

Tapi, mana kan mungkin ini semua masih di sini.

Kepada 'kawan',

Aku sentiasa mendoakan akan kebahagiaan dan kegembiraan untuk diri kau.

Aku sentiasa berharap apa yang mendatang tidak akan menjarakkan diri aku dan kau.

Tapi, nampaknya mungkin yang sebaliknya yang menghampiri aku dan kau.

Kepada 'kawan'.

Aku mungkin bukan kawan terbaik untuk kau.

Kalau tidak, takkan lah detik terindah itu kau simpankan dari aku.

Aku tak faham, sukar benar nampaknya nak berkongsi sesuatu.

Salahkah aku untuk cuba berkongsi kegembiraan dan kebahagian dengan kau walaupun hanya sedikit?

Kepada 'kawan',

Pada zahirnya, aku nampak tenang hinggakan kau rasa tiada apa yang boleh melukai aku.

Kebenarannya, aku lah manusia yang paling senang terluka.

Kepada 'kawan',

Andai itu pilihan kau, siapalah diri aku untuk menafikan semua.

Kepada 'kawan',

Hingga kita bersua kembali....



Jumaat, Julai 03, 2009

Ini benar2 terjadi...

funny pictures of cats with captions
see more Lolcats and funny pictures

Kadang-kadang, benda yang kau tak suka laa yang kau dapat.

Tapi dalam kes aku, bukan benda. More like macam perangai yang kau tak suka. Dan aku tak suka apa yang aku rasa sekarang ni. Aku bukan laa orang yang mudah untuk mengekspresikan perasaan aku. So, aku rase, lama2 kemudian macam akan makan diri aku sendiri. Aku selalu remindkan diri sendiri, aku tak suka rasa macam tu. Aku tak nak rasa macam tu. Bila perhatikan orang sekeliling pun, aku selalu ingatkan, jangan laa aku jadi macam diorang. Jangan laa aku buat perangai kat orang macam tu.

And now, benda yang aku nak elakkan tu laa yang jadi. It freaks me out coz' aku rasa ini bukan diri aku. And aku suppose tak boleh rasa begini. Dan menakutkan lagi, aku tak tau samaada benda ni normal ke tak untuk rasa begini. And, aku rasa macam aku tak layak rasa begini.

It's like knowing that there's other side of u that u don't even know. But more to the dark side. Rasa macam bersalah untuk rasa begini. Boleh kata macam 'alter ego' ke?

Someday aku rase, mesti otak aku meletup sebab kejap macam ni. Kejap macam tu. Ke aku je yang cuba untuk menafikan perasaan aku yang sebenarnya?? Ataupun, itu yang sepatutnya yang terjadi??

Selasa, Jun 30, 2009

Kecanggihan Teknologi tidak dilestari dan dioptimumkan.Inilah bahana kepada rakyat




http://www.ined.uitm.edu.my/malay/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=48




lalu aku pon klik la link tu...


aku memilih, tatacara pembayaran yuran

lalu keluarlah fail berformat pdf.

Bodoh 1
Pada tajuk 2.3 Pembayaran Melalui Laman Web Uitm(www.uitm.edu.my) ,
aku ingin pertikaikan mengapa alamat dlm kurungan tu wujud?klik kalu nnti g kat mainpage?bukankah itu tidak perlu?


Bodoh 2

pada tajuk yg sama, bullet pertama,

aku telah melayari laman ini menaiki bahtera yang penuh dengan harapan....lalu menurut arahan pada bullet2 seterunya, ada tercatat supaya tatkala laman sesawang tadi telah muncul tiba, arakian dititah supaya memilih Perkhidmatan di sebelah kiri skrin dan dititahkan lagi supaya diklik "pelajar"

maka, soalan yang timbul ialah, mengapa laman sesawang yang disuruh buka tu xde tmpt nk klik mcm yg disuruh?

Bodoh 3
Lalu aku pon bosan..Lalu aku menelepon 103 untuk mndapatkan no telepon institut perkembangan pendidikan...hello cik boleh bg saya no Ined(Institut perkembangan pendidikan Shah Alam)

"maaf encik, kami xde no tu...no MARA ade la..."

Eh tu no majlis amanah rakyat...sy nak no universiti...tapi Ined ni bkn induk, ni macam bahagian...

"maaf encik, kami xde no bahagian2 ni, kami ada 1 je nombor."

err...saya maafkan, tapi kalu ined tu xde no, mcm mana die beroperasi?

"mungkin dia xpakai no telekom kot"

lalu aku meletak telepon dgn cara berhemah sambil "WAK LU LA TELEKOM G MAM @^%&^&#&*#$)

Bodoh 4

Sesudah insiden direktori telekom gagal mengesan no telepon yg telekom sendiri pasang dan daftarkan sebagai pengguna(sangat bodoh bukan?) aku pon mula membuat carian internet.segala laman web berkaitan uitm aku bukak...Akhirnya aku xjumpa gak no tepon yg aku nak..Cuma, napa pihak bertanggungjawab dlm hal ni lem sangat? Xboleh ke dipusatkan maklumat bersepadu?Cuba letak pautan utk semua web yg uitm ada kat semua web dorg...dan utk semua no tepon fakulti ke pusat ke apa ke, xleh ke wat 1 laman khas?

Bodoh berganda...

Ok lah, xpe..aku mengalah...xpayahla susah2 nk byr online(padahal online tu sepatutnya untuk menyenangkan) aku byr manual jela....akan tetapi, ape kejadahnya aku nak print bil utk dibayar xboleh?napa portal pelajar ni xleh bukak?pehal plak busy?Uitm pakai sever utk 10 org boleh online pada 1 masa je ke?heh jnis hosting 100mb/1year 60henget?



Selama aku berurusan ngn Uitm ni dari awal smpi skang, aku jarang dapat berurusan dengan penuh tenang... Hatta pensyarah sendiri merungut tentang perkhidmatan laman web yang menjengkelkan serta kemudahan infrasturktur yang tut.

Dengan ini gua menyeru Uitm yang dah ada ISO ni tingkatkanlah mutu perkhidmatan anda.Layanlah pelanggan selayaknya.Pelajar ni bukan bukanlah haiwan, hatta haiwan pon masih punya maruah yg perlu kita hormati.

Lagipon setiap sem gua bayar yuran yg nonsense beb..yuran amanah tapikorang xamanah, yuran pustakaan, tapi nak parking lu letak kon padahal itu petak bebas, yuran pustakaan, ade lif tapi utk kakitangan je leh guna...


Sapa2 tolong banjer aku ABC....gua panas...haihhhhhh


p/s - sesapa yg xcaya cite gua, leh buka link2 yg gua bg..alami sendiri, nescaya lu org akn minta kawan2 banjer ABC

Ahad, Jun 07, 2009

Ahad, Mei 24, 2009

Hari ni punya citer

Lepas mkn pagi td, Ali anta aku pegi stesen menunggu kereta api. Aku minta tolong dia antar sbb superbike berkuasa rendah aku wathal lagi. Stesen KTM ni msh sama seperti dulu. Tiada apa yg berbeza kecuali kelihatan seperti wanita pertengahan yg sedang melalui proses peralihan kuasa, masa dan waktu. Koman2 suntikla botox ke, kai olay ke, ape ke.Minum kacip ke. Baru nmpk berseri sikit. Xpun wat penjenamaan semula. Warna biru ni kasi tukar kalu, ganti kaler oren itam ke. Baru garang deh? Ahah.Walaupun aku bukan pengguna sistem aliran ringan, tp mmg aku perasan sejak dulu mmg xde sbrg pembaharuan dr segi peningkatan kualiti perkhidmatan, dan sistem penyampaian.

Sambil menunggu tren yg ditunggu xkunjung tiba, (celaka, waktu ketibaan tu mmg da padan dah ngan waktu semasa) nape perlu mata2 org keliling ni melihat aku? Heh, kali ni aku xpakai Rayban, aku tertinggal mende tu. Apa lagi yg Xkene ni?Heh kolar aku tegak kalu? Adei…Mmg syial mata2 dorg ni…Jnis aku tgk dorg pakai xcukup kain kalu Xper je pulak.Mende ntah.Ade plak setengah tu pakai cincin kat jari bersusun-susun. Jnis kalu nak mkn kene kai sudu, nak cebok kai tisu. Kalu x silap hari tetelan cincin, sakit anu.

Apahal lah dorg ni…Hah, tren da sampai.Dari jauh kalu, nmpk macam tin sadin begolek2.Penuh…Dorang ni pehal plak meramaikan tren ni?Xreti ke becuti hr ahad?Komunis pon reti cuti la oi?Xkan gawat2 ni pon pergi membeli belah….Adeyh~~

Sorang mamat yg sama badge ngn aku masa menunggu td, naik gerabak yg sama.Syial la mamat ni.Apasal la ko nek kat sini gak. Jnis mamat ni borak ngn kawan die pkai loud speaker.BUKAN!!BUKAN!!Dia x bercakap melalui alat kelui.Kawan dia kat sebelah dia jer.Heh. Perbualan dia mcm fix deposit kalu. Die bukan mcm saham punya jnis. Saham punya jnis kalu, ade naik ade turun. Fix deposit kalu, die mendatar saja. Mmg volume plg tinggi la die borak. Pastu gelak HAHAHAHA. Jnis borak syok sendiri. Cam bagus2 je..Yg bangsa wane pemakan haiwan pembawa virus H1N1 ni xbis chong cheng chong cheng. Ha bangsa ni mcm saham.Kejap nada turun, kejap naik.Lantas disudahi ngn AGAGAGAGAGA…Mmg berseni gelak ketawa dia.terhibur gak la dengar. Mungkin itulah doktrin 1 Malaysia yg mana semua bangsa di blendkan dlm 1 budaya mengikut acuan sendiri.Heh..Aku da merepek.

Sampai je KL Sentral aku turun.Stesen pertukaran katanya..HENCIN!!!
Celaka lagi, KTM ni mmg minta dikutuk berterusan.Papan elektronik xnyala.aku xtau nak nak amik tren ke RAWANG belah mana. Aku cuba merapati rakyat Malaysia yg mesra ni utk bertanya. Tp mmg betul mesra.Baik punya mesra, baru nak buka mulut kalu, dia wat2 jawab tepon.Syial..Mentang2 la aku xhensem, gigi xberapa nak rata.

Heh aku pon ikut jela kaki melangkah nek eskelatoree. Nmpk brader baju biru tgh jaga kat tmpt yg kalu nk lalu kene masukkan tiket itu. Bang, saya nk amik tren ke Rawang, belah mana? Platform 4, jwb brader tu tegas , adil , dan beramanah tanpa toleh padaku.CB, xbleh ke jawab leklok tunjuk jalan susur galur ke platform tu. Mcm lah aku tau kat mana platform tu. Muka dahla 44 terlebih cuka.Abis ketat la tu.Nak pinjam skrewdreber kalu, cakapla…Meh aku tune muka ko kasi longgar.Mmg la aku bese area KL ni, tp xbese nek tren. Cuba kalu mat salleh tu tanye jalan, silap kalu, brader tu siap ajak mkn cendol Wak Seman pastu bawa g jejalan kat zoo. Heh..Dengan segal rajuk duka lara, aku pon pusing2 lagi macam pelancong cari platform tu. Dahla KL Sentral tu transit tersohor. Bolehla papan elektronik tu padam semunya.Pastu papan tanda menunggu mengikut lokasi langsung xde. Kalu ade mesti tulisan dia sama warna ngn dinding tu yg aku xnmpk tu.Sangat memalukan la KT"M" ni.Kalu boleh buang "M" ujung tu kan bagus.Xdela aku turut serta merasa malu dengan kebodohan sistem ini.

Mcm biasa, menunggu sesuatu yg xpasti. Sambil tu sempat lagi usya2 gelagat orang…Pergh…Mcm2..Semak..Trutt trut trutt…Amat tepon..”Kat mana kalu?Bila mau sampai?” Amat da xsabar nk jmput aku ngn Honda dia…”heh…Ko tenang2 je dulu..Aku tgh tunggu lokomotif ni…xsampai2 lagi…dlm 45 mnt kang aku sampai la”

Tu dia…Letak je tepon tren pon sampai…perghh…Berpusu2 dorg ni beratur cam kat dafur pon ade..Wat tenang2 suda..Malas berkecimpung dlm kesesakan, aku pon bg la dorg nek dulu.Berimpit2...Heh bau bangla pon ade..mmg menusuk kalbu. Memang sentap..Ramu pon boleh tahan gak..Mesti kedai ah seng tutup ni...xpon kilang deodorant meletup bulan lepas blom dpat insurans nak bukak kilang baru.. Mmg aku pendam je perasaan ni. Xtau nk kongsi ngn sape..Luah kat sini jela ngn korang.Xdpt berkongsi bau2 tengik, dpt kongsi masalah pon jadila kan. Aheh.

Sampai je hentian yg dinantikan, amat blom sampai lagi walaupun td dlm tepon gaya dia semacam teruja. Mmg xtahan la cuaca td. Panas melenting. Temometer pon boleh pecah aku rasa. Aku mengisi waktu kosong td dgn termenung bersahaja.Mmg xproduktifla..Membazir..Awek2 kat sini pon satu hal, mentang da ade pakwe, semua pakat nek motor je. Cubala belagak macam pelancong tempatan sikit travel nek lokomotif..Bleh aku jeling2. Gedebuk gedebak amat pon sampai..Dia nek lagenda pulak..Mmg xmerasa aku nek Honda amat tadi. Xpela..Sama je..Lagenda pon motor gak…Honda EX-5 pon motor gak. Ahahahhahhah…

Jumaat, Mei 22, 2009

Masyarakat sekarang jnis xsokong barang buatan Melayu serta mengenepikan aspek penjagaan mata


Sejak 2 menjak ni, aku selalu berhadapan dengan mulut org yg kurang bijak berbicara dalam memberi komen secara bebas tanpa berpaksikan minat dan wacana fesyen kontemporari mahupun tradisi. Banyak cakap kalu tiada guna ;




Situasi 1 :


Aku sdg melangkah masuk ke pejabat sambil membawa helmet penuh a.k.a full face. Berselisih ngn rakan sepejabat, lalu berkumandang senikata ; ku…~~~jejak~~~langkah yang berliku~~~


Cb lu..

Jnis asal nak kai full face je kene nek moto besar kalu? G mam






Situasi 2 :


Aku memakai songkok ketika di pejabat. Eh, nape pakai songkok ni?hari jumaat kalu?ade plak soalan xberakal camtu terhasil dr org lepasan SPM?





Heh, pesalahnya nak pakai songkok hari2 pun..Salah ke?Jnis skang asal nk pakai baju melayu kalu kene tunggu hari jumaat, tunggu sultan mangkat, tgu raya. Kalu camtu mmg xkomersial mcm jenama Nokia la hari2 org pakai.



Ade setengah kes tu aku pakai songkok yg ade sulam2.”Eh, org indon mana sesat kat pejabat ni?” Ade lak bunyi kurang berhemah dalam nada gurau camtu keluar.



Heh, serius beb, gua xde sifat perkauman punya, sebab tu wa sokong mana2 rumpun Melayu punya pakai.Lagi 1 kalu, Indon-Indon jgn sebut punya.Dorang marah.Nak sebut kalu Indonesia baru terbayek.



Er, apsal dengki sgt org Melayu Malaysia ni ngn Indonesia? Semua stigma negatif kalu, dlm hati banyak busuk, tuhan xsuka kalu, elok pegi Mam






Situasi 3;




Aku telah disahkan oleh Tuan Doktor bahawa sejenis penyakit yang mana siang hari, aku buka je mata tgh2 panas, mmg silau. Jnis kalu kene suruh g beli ubat nyamuk ke, kelapa ke mmg aku cenderung utk tdo je disebabkan alasan silau tu mmg xbole dinafikan.




Lalu bg mengelakkan digelar anti-sosialis,kalu kengkawan ajak kua g menyendol maka aku membuat pembelian tunai runcit akan sepasang kacamata ray-ban terpakai. Murah je dlm seratus.Murah xmurah gak pas kira kos keseluruhan makan 6-7 rat sama mcm beli baru kalu. Mmg xmakan la pas beli tu. Heh, aku kencing je. Aku beli kat negara seberang dalam rangka lawatan muhibbah.





Cerita dia kalu setengah org pmpuan ni bile tgk aku sarung ray ban ni, mula la wat tarian agogo, s-g-beng,poco-poco,tarakuca dan pelbagai. Sampaikan dlm kes tertentu ade plak yg menyamai org buta tepi jalan minta sedekah..Lu..mmg xberhati perut tul..Nak gurau pon jgn sampai camtu beb.Dorg pon mau idup lorh~~Cuba lu, wa kasi ray-ban , soh karoke cam dorg,ade brani kalu?heh





Utk pengetahuan sidang pembaca, Rayban ni ade byk jenis, ade driving series, ade cromax,diomond dan pelbagai.Jenis yg xray pon ade.Awek lalu kalu, mmg nmpk punye....Aku kencing lagi....sedap je ko tadah..ahahahahaha






aku bg gmbr model lengkap untuk situasi 2 dan 3.heh brani komen kalu...


blogger-emoticon.blogspot.com



Selasa, Mei 05, 2009

Kakitangan kerajaan China diarah merokok bagi lariskan jualan

SEORANG lelaki menghisap rokok di sebatang jalan raya di Beijing semalam.



BEIJING - Semua kakitangan awam di daerah Gong'an, Hubei, tengah China diarah menghisap rokok bagi melariskan jualan hampir suku juta kotak rokok buatan tempatan setahun jika tidak mahu didenda.
Menurut akhbar Global Times, kerajaan di wilayah Hubei mengarahkan kakitangannya menghisap rokok bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut akhbar itu, jabatan kerajaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan akan didenda.
"Peraturan itu akan meningkatkan ekonomi tempatan melalui cukai rokok," kata seorang anggota pasukan pemantauan pasaran rokok Gong'an, Chen Nianzu.
Menurut akhbar tersebut, peraturan itu dikuatkuasakan sebagai usaha melariskan jenama rokok tempatan seperti Huanghelou yang menghadapi persaingan daripada rokok keluaran wilayah Hunan.
China mempunyai 350 juta perokok namun sebanyak sejuta orang meninggal dunia pada setiap tahun kerana menghisap rokok. - AFP

-dipetik petik dr kosmo online dengan selamba-

Hahahahaha...macam ni pon ada?

AMARAN KERAJAAN CINA:MEROKOK MENAMBAH PENDAPATAN NEGARA

Rabu, April 29, 2009

Dipetik dari utusan meloya:

Harga ayam naik 60 sen
KUALA LUMPUR 28 April - Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia hari ini.
Harga ladang ayam hidup naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram (sekilo) kepada RM3.80 sekilo manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga pemborong ayam siang kini RM5.30 sekilo berbanding sebelumnya sebanyak RM4.85 sekilo manakala harga runcit ayam hidup pula sebanyak RM5.20 sekilo, berbanding RM4.80 sebelumnya.
Harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal turut naik kepada RM6.15 sekilo berbanding RM5.65 sekilo manakala harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM6.90 sekilo daripada RM6.30 sekilo.
Harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal pula, mencatatkan kenaikan RM7.60 sekilo daripada RM7 sekilo.
Faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan

Wahhh…kalu ikut hukum alam, mende2 yang “naik” ni pada akhirnya akan turun juga…Macam2 mende yg naik akan turun. Tapi rege barang la ni kalu naik kalu memang xreti2 nak turun. Ni kes ayam ni naik rege aku rase la kan sebab babi selesema cikgu katanya. Justeru permintaan daging babi merosot hingga paras sifar sekaligus permintaan terhadap dgg ayam pula meningkat. Masuk bab ekonomi ; Apabila permintaan melebihi bekalan, kenaikan harga akan berlaku.

Sebelum ni cuaca panas gak, siap ada kemarau lagi, tp ibu ayam dan bapak ayam masih meneruskan kerja bepasukan dan meningkatkan produktiviti. Entah di mana silapnya. Ada kementerian da bebagai2 dah. Tapi rege barang xterkawal. Ape pon xboleh.

1 malaysia kunun….Tuihhhhh

10 thn dari sekarang...apakah yang sedang aku buat?

Jika dingat balik 10 thn lepas..di waktu yang sama..umur aku 17 thn waktu tu..aku nak memorize balik apekah yang sedang aku buat waktu tu..kalo 10 thn lepas waktu tu tahun 1999..dan kalau tak silap aku..baru je lepas keluar result SPM..ye kot..maybe time tu aku sedang mencari tempat blaja kete sebab lepas kuar result,bapak aku dah bet ngan aku kalo result aku ok,aku paw dia blanje buat lesen krete(result aku kire ok la kot)..tu je aku ingat..aku tak dpt memorize secare tepat situasi sebenar 10thn yang lepas..kalau aku ade catitan jurnal ataupun diari mencatitkan tarikh tersebut leh gak aku tau aku sedang buat pe..haha..dan kalo la time tu aku ckp ape aku jadi 10thn akan dtg..maybe dlm otak aku berangapan...(nie tipikal otak budak baru abis spm)..aku mungkin sedang lepak kat pejabat..pkai smart2 tgh buat-buat susun dokumen yang byk utk disettelkan(pengaruh drama tv..yg aku xtau keje apekah yg tgh buat)..pastu balik umah je dah ade anak bini sambut..kewangan kukuh gila babi..kereta besar nak mampos..umah corner lot 2 tingkat..pastu siap balik keje siram pokok bunge....ye la..time tu fikir result spm kire ok le mesti le dpt sambung U..pastu..abis blaja teros disediakan peluang pekerjaan yang tahap bos2 teros...dan

10thn kemudian...dan kalaulah waktu 1999 tu aku leh lihat diri aku sedang buat ape..

dan ini yang diri aku sendiri tgh lihat..aku sedang tulis blog...mane ade keje pakai smart2..susun2 fail sain dokumen buat sebok...aku hanyelah seorang designer bebas hidup dgn projek2 picisan..aset hanye sebuah krete yang dah dua bln tak ketuk2 lagi hasil langgar tembok kt parking lot sebuah pasaraya..balik umah mane ade bini atau anak sambut sambil "
bercak-cak dgn aku"..dalam bank ade le wang yang boleh menanggung sekitar 1-2bln perbelanjaan je...

so...jika aku pikir pula 10thn akan datang..iaitu pada 29 april 2019 , kira2 jam 5ptg..apakah yang sedang aku buat..apa yang terjadi waktu itu dalam hidup aku..namun nasib dan takdir kita tak tau...mane la tau..ntah2 ape yang aku pikir 20thn lepas akan menjadi kenyataan..mane le tau ttibe jadi
perdana menteri malaysia ...ataupun seorang tokoh berwibawa...WAHAHAHHA

Assalamualaikum..