Halaman

Memaparkan catatan dengan label ketidakpastian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketidakpastian. Papar semua catatan

Ahad, Jun 14, 2009

Can’t let the music stop, Can’t let this feeling end, Cause if I do it’ll all be over, I’ll never see you again..

12 June 2009

2.45 pm Beep. Beep. (Bunyi msg masuk)

Shizune - Aku rase aku dh officially dalam relationship!! A matured relationship.

U.V - Eh? Congrats2!!

(Bukan nama sebenar)

Aku dan Shizune sememangnya looking forward to be in a relationship. Steady and matured relationship. Both of us actually, tak nampak the point of bercinta lama2 mcm nak rak, but then, putus tgh jalan. Ape pun tak dapat. Pengalaman dari tgk rakan2 sekolah. Bercinta dari zaman sekolah. Tgk2, end up ngan orang lain.

Tapi, aku ade sedikit keraguan. Although it seems that, macam senang nk mencari cinta, how do I know that it's for real?

Lagi satu, memang kena ke mencari cinta? Fail sungguh aku bab2 hati dan perasaan ni.

Aku tak sure. Is it love yang aku cari atau is it love yang aku nak? Confusing. Confusing.

Untuk Shizune, I am happy for her. But, sad at the same time. Entah laa. Bagi aku, bila someone tu dah commit in a relationship, there's a part of her yg dh berubah. And perubahan itu laa yang aku tak berapa gemar. Macam ade penghalang antara kami berdua. Die dah ade someone yang bole berkongsi gelak tawa. Berkongsi tangis pilu. Berkongsi minat dan pendapat. Mungkin dia dah tak perlukan aku. Macam ada nada jealous di sini. A bit laa.

Ermm. Sukar macam mana pun, sooner or later, aku dah agak, that day akan tiba juga. I will be left alone. Again. So, grow up girl! Painful macam mane pun, it will happen. Just fake a smile and go. Walaupun dalam hati kau, only god knows why.

Macam banyak lagi nk diluahkan. Yet somehow, macam sangat painful nak luahkan. I know that she waited patiently for this to come into her life. Who am I to deny that for her? She deserved it. She's my bestfriend.

Selasa, Jun 09, 2009

Kenapa kau selalu wathal?Apa salahku?



Hari ni, tunggangan aku sehari-harian ni wat perangai yang entah keberapa kali ntah. Aksi mati idup kembali, yang idup mati kembali tatkala jam hampir menunjukkan jam 8 pagi benar2 menguji kesabaran aku. Terasa ingin ku lempar jauh motor ke dalam iklan mudah.com. Jnis hari2 aku curahkan kasih sayang. Ntah apa yg die dengki ngan aku ntah.





Aku rase aku nak ceraikan dia...Kami dah xsehaluan..
Dulu nak g mana2 mesti g sama2...Pagi td aku g keje ngn die. Ptg ni aku balik nek KTM ngn Bangla berimpit2. Xpenah ke die pikir perasaan aku?


Mungkin selama ni die tdo kat lua...Ditemani malam yg gelap gelita..Berbumbungkan awan, beralas tanah, berselimut embun jantan.Kalu xsilap hari kene taik ayam xpun kene tembak ngn kucing cik pah.Tp nak wat macammane, dah kat situ tmpt die.Lagipon motor bapak pon lepak kat situ gak.


Tapi semacam dah nekad nak madukan dia. Tgk la nnti. Kalu die xmnjadi liabiliti, untung la dia bermadu. Kalu mcm menyusahkan mmg kene talak gayanya.





Tapi jnis yg ni, nak beli kalu boleh saja. Tapi tiap2 hari kencing mesti kaler putih punya. Mmg pukol 8 pg, 10 pg, 1ptg xnmpk dah muka aku kt kantin. Jnis bawa bekal air mati je minum...kah kah kah.....



P/s : ade mane2 datin perlukan khidmat pegawai perhubungan pelanggan x?

Ahad, Jun 07, 2009

Isnin, Mei 18, 2009

Berhenti berharap...

Aku sedang dilanda krisis dengan diri sendiri.

Aku dah takde semangat.

Aku dah takde harapan.

Aku dah takde perasaan.

Kalau orang lain amat menanti2 kan hari esok, Aku pulak just 'live in the moment'. Hari esok nye citer, hari esok laa baru fikir.

Sebelum ni, aku rase macam tak lengkap kalau tak pakai jam tangan. Tapi sekarang, terus aku tak pakai jam tangan. Dengan sebab, aku tak nak perhatikan masa. Biarkan masa berlalu tanpa aku sedari.

Sejauh mana pon aku try untuk 'ignore' , memang takkan lari punye. Nampak sangat laa aku hidup dalam 'denial'.

Setiap hari, merupakan hari yang sama bagi aku. Pejam celik pejam celik pejam celik.

Kalau laa, nak pergi oversea tak payah pakai passport, visa ke, dah lama aku larikan diri. Lari dari kenyataan hidup.

Life is cruel for someone like me. Reality sucks! But really, maybe aku sendiri jenis orang yg tak reti2 nak bersyukur pada Tuhan.


Bila laa aku nak sedar dan berpijak di bumi nyata??

Rabu, Mei 13, 2009

Tell me why.. You're so hard to forget..

Hampir setahun tak bersua. Bertanya khabar dan bersembang2 hanya melalui sms dan panggilan telefon.

Lain benar rasanya bila berjumpa mata ke mata. Bila jauh rasa dekat. Tapi bila dah dekat, nak jauhkan diri pula.

Bila bersembang di talian pon hati dah berbunga2, inikan pula bila dah bertentang mata ke mata.
Gembira, berdebar2.. Semua ada.

Tepat 8 malam, dia tiba . Berkemeja belang biru putih halus dengan lengan tangan disinsingkan ke atas. Berseluar hitam. Dia terus menuju ke tempat aku dari tempat kerja. Manakala aku, bersarungkan t-shirt labuh hitam dengan seluar jeans biru. Bertudung pink. Dipadankan pula dengan wedges hitam.

Malam itu, aku mencadangkan untuk melepak di kedai makan yang agak popular di sini. Kedai makan yang macam2 ada. Kedai tepi jalan je pun. Nak lepak mamak, dah selalu sangat.

Dalam samar2 sinaran lampu, mula jelas pada aku akan raut wajahnya. Curi2 pandang dari ke atas bawah. Memang dia ada perubahan. Rambut tersikat rapi, tak lagi cacak2 macam masa belajar dulu. Muka yang bersih dari segala cela mahupun parut. Aku dapat nampak yang dia macam dah susut sikit tubuhnya. Nampak macam 'fit' sikit laa..

Namun begitu, yang satu ini, mungkin tak berubah. Kuat merokok. Ku lihat dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket bajunya. Masih sama macam dulu. Tahu pula minta izin dari aku nak merokok.

Tak banyak yang kami bualkan malam itu. Lebih banyak bercerita tentang kawan2 sekuliah dulu. Dah kahwin ke, dah ada yang bertunang ke, kerja mana. Satu demi satu nama kawan2 sekuliah aku keluarkan.

"Awek apa khabar?", soalan cepu emas yang aku selalu tanyakan pada dirinya.

Dia mengeluh kecil.

Barangkali aku dah silap tanya soalan. Namun begitu, dia tetap menjawab persoalan.

"Baru lepas gaduh tadi. I said something to her. Maybe macam aku dah terlepas kata sikit. Dan sekarang dia tak angkat call aku", perlahan suaranya menuturkan kata2.

Aku terdiam. "Ko pun satu. Nak sound pun, sound laa elok2 sikit. Pompuan ni sensitif. Walau maybe intention ko baik, dia tak nampak."

Perlahan2 dia membuka cerita tentang aweknya. Aku tanya. Dia jawab. Aku tanya. Dia jawab.

"Ko macam mane? Bila nak kawen?", soalan dari dia secara tiba2. Mungkin nak membalas akibat serangan bertubi2 aku atas dia.

Aku buat muka2 blur dan mata terkelip2. Dia tersenyum.

"Ah sudah. Part ni mmg tak bole blah ni", aku berbisik dalam hati. Dia tak tahu. Senyuman dia tu dah hampir buatkan aku tak keruan.

Hampir 2 jam juga kami bersembang2. Kalau tak sebabkan yang dia nak main futsal ngan kawan ofis, mahu lewat lagi aku balik.

10 malam. Kami masing2 mengucapkan selamat tinggal.

"Goodbye my lover. Goodbye my friend", kata2 yang keluar dari aku. Terngiang2 lagu 'Goodbye my lover' - James Blunt di telinga aku.

Damn it! Why it must be you?? (Kedengaran pula lagu 'A Little Too Not Over You - David Archuleta).



Isnin, April 27, 2009

Bila cinta...

Sekali sekala layan post pasal perasaan ni, best jugak kan. Takde laa nak citer pasal mende2 kelakar je. Hehehe. Aku mungkin bukan pakar dalam bab2 hati dan perasaan ni. Just rasa nak share something ngan korang smue pengikut2 tegar di luar sana.

Mule2 skali, sampai umur korang skrg ni, dah berape kali korang dilamun cinta? Ada dua kali? Tiga? Sekali? Tak pernah lansung? Aku rase anda2 smue mesti ada laa dua tiga kali kan. Dan ada juga antara kita yang senang skali jatuh cinta.

Disebabkan aku agak 'clueless' dan 'blur' sikit dalam bab2 hati dan perasaan ni, persoalan2 macam ni selalu ade dalam fikiran aku.

'Macam mana kita nak tau yang kita dah jatuh cinta?'

'Apa maksud jatuh cinta ni?'

'Jatuh cinta ni memang akan rasa happy je ke?'

Sedikit sebanyak soalan aku macam tu laa.. Ade lagi soalannya, just macam lebih kurang je.

Bila tengok teman2 se'uitm' ber'couple' smue, rasa hairan, pelik, musykil smue ada. Lagi2 laa masa part 1, awal2 masuk sem, dah ada yang tersangkut kat classmate. Bukan laa aku nak kate tak boleh couple ngan classmate. Kalau dah tersuka , nak wat macam mane kan. Pastu mule laa berkepit sana sini bersama. Study sama, lunch sama, pegi class sama, minum petang sama. Semuanya sama laa. Pastu kalau gaduh, aku jugak laa jadi posmen, jadi orang tengah. Susah2.

Yang guys nye , kejap2 nak ajak dating. Padahal baru lepas jumpe, jalan kaki sama2 balik class. Kalau nak jumpa kejap, dating laa kejap depan blok hostel tu. Kalau nak lama sikit, ajak gi cafe.
Yang girls nye pulak, kalau bf tak call ke ape, mula laa emo satu badan. Rasa tak disayangi laa. Rasa tak dipedulikan laa. Macam2.

Aku bukan nak citer pasal smue tu actually. Sebab tak lama lepas tu (tak lama lepas tu = tahun ketiga diploma), aku rasa macam aku terjebak dalam mende alah ni. Tapi masa tu, aku tak sure. Betul ke macam ni rasa jatuh cinta? Betul ke orang macam aku pon leh jatuh cinta? Betul ke aku jatuh cinta ngan 'mamat' ni?

Macam2 kemusykilan aku time tu. Nama pun first time. Memang aku jatuh betul time tu. Citer2 yang aku dengar dari kawan2, akhirnye aku pulak terkena. Rasa macam di awangan. Rasa yang macam2 rasa ada. Rasa macam kalau tak dengar suara sehari, rasa macam tak complete hari ni. Itu laa yang aku rasa time tu. But maybe, semuanya hanya sementara. Aku memilih untuk sendiri.

Aku akui yang aku agak pengecut sikit dalam bab2 hati dan perasaan ni. Lagi2 bab2 berkongsi hati dan perasaan ni. It seems like, aku nak, tapi dalam masa yang sama, tak nak.
Aku sedar, yang aku macam tak boleh nak bagi hati aku dalam perhubungan ni. That why, I walked away.

Maybe akan tiba masanya, detik yang bila aku memberikan hati aku tanpa ragu dalam perhubungan. Tapi, ada kebarangkalian, aku bukan orang terpilih. Maybe juga, I'll spend the rest of my life alone. Aaaaaaa.. Life oh life!!

Ahad, April 12, 2009

apa yang kau mahu?? (ku didalam dilema)

Dari kecik sampai sekarang, aku masih lagi berpikir apa yang aku nak dalam hidup aku.

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak berapa menentu, adakah sekarang waktu yang tepat untuk aku tinggalkan company aku sekarang ni?

Aku merasakan aku ni tak cukup bagus lagi untuk apply keje kat company2 gergasi dan ternama. Sebabnya, aku tak rasa apa yang aku tau melayakkan aku ke tak untuk diterima di company2 berkenaan.

Aku hanya ada diploma ngan degree. Tahun lepas, aku pernah berkira2 ngan akak ofis nak amik ACCA same2. Tapi tak lama lepas tu, dunia digemparkan pulak dengan kemeruduman ekonomi. Malaysia pon sikit2 terkena tempias dek kemelesetan ekonomi. Jadi, aku pon menangguhkan sementara nak amik ACCA.

Bukan apa, dalam dunia kewangan ni, makin lama transaction makin kompleks. Sama ada kau turut maju ke hadapan, atau kau memilih untuk berada di mana kau berada sekarang.

Aku rasa sedikit insecure dengan diri aku pabila aku turut di bandingkan dengan adik2 aku yg kedua2 nya bekerja dengan salah satu company kebanggaan malaysia. Sedara-mara, kawan2 semua bertanya pada aku. Kenapa tak apply keje kat company tu jugak macam diorang? Kenapa tak mintak diorang tolong dapatkan keje kat situ? Serious. Aku tak pernah terpikir untuk keje kat situ eventhough adik aku sendiri pun suruh aku antar resume ke situ. Mahupon company2 bersekutu yang lain.

But then, aku terpikir jugak. Sampai bila aku nak stay kat company sekarang? Sampai bila aku nak wat keje yang aku wat sekarang ni?

Company yang aku keje sekarang ni takde laa besar. Dengan tenaga pekerja seramai 15 orang. 3 department. Dua orang di tax department di mana salah sorangnye adalah aku. Berbilang kaum. Bos cina yang sangat laa baik. Officemate pon ok laa walaupon ade laa sekor2 yang kadang2 membuatkan aku macam nk gigit je sekor2. Keje pon tak complicated mane. Sibuk bila peak period je.

Bos aku seorang yang amat laa menggalakkan staf dia sambung belajar. Ramai jugak officemate aku yang keje sambil belajar. Aku je yang kejap nak, kejap tak nak. Sebab aku sendiri tak yakin samaada aku ni patut ke sambung belajar atau masih bole menerima ajaran.

Sekarang pulak aku tiba2 terpikir nak amik professional kat Malaysia Institute of Taxation (MIT). Salah satu sebab, keje aku sekarang berkaitan ngan tax. Company tax, personal tax. Satu lagi pulak, kos exam lagi murah berbanding ACCA yang menggunakan matawang pound sterling. Ada pro and cons untuk kedua2 nya. MIT hanya recognized kat Malaysia je. ACCA recognized worldwide. MIT exam fees murah tapi takde class tuition, kene belajar sendiri. ACCA pulak exam fees ngan exemption fees mahal sangat, i.e; satu paper 70 pound tak campur lagi class tuition. Banyak lagi kalau nak compare.

Aku nak laa jugak merasa gaji besar. Bole bagi parents aku sorang2 RM 600 atau lebih sebulan. Nak laa jugak parents aku bangga bile sedara mara tanya, anak keje mane, keje kat company besar. Ni sekarang, gaji separuh dari apa yang adik2 aku dapat.Tapi, dah keje company besar, job responsibility pon besar laa kan. With great power, comes great responsibility.

Dilema. Dilema.

Bukan tak bersyukur. Bersyukur sangat sebab masih ade keje. Kalau nak dibandingkan kat luar sana tu sampai ada yang ditawarkan 'unpaid leave' untuk 6 bulan, kene terminate.

Arghhh!! Apa nak jadi??