Halaman

Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Rabu, Mei 13, 2009

Tell me why.. You're so hard to forget..

Hampir setahun tak bersua. Bertanya khabar dan bersembang2 hanya melalui sms dan panggilan telefon.

Lain benar rasanya bila berjumpa mata ke mata. Bila jauh rasa dekat. Tapi bila dah dekat, nak jauhkan diri pula.

Bila bersembang di talian pon hati dah berbunga2, inikan pula bila dah bertentang mata ke mata.
Gembira, berdebar2.. Semua ada.

Tepat 8 malam, dia tiba . Berkemeja belang biru putih halus dengan lengan tangan disinsingkan ke atas. Berseluar hitam. Dia terus menuju ke tempat aku dari tempat kerja. Manakala aku, bersarungkan t-shirt labuh hitam dengan seluar jeans biru. Bertudung pink. Dipadankan pula dengan wedges hitam.

Malam itu, aku mencadangkan untuk melepak di kedai makan yang agak popular di sini. Kedai makan yang macam2 ada. Kedai tepi jalan je pun. Nak lepak mamak, dah selalu sangat.

Dalam samar2 sinaran lampu, mula jelas pada aku akan raut wajahnya. Curi2 pandang dari ke atas bawah. Memang dia ada perubahan. Rambut tersikat rapi, tak lagi cacak2 macam masa belajar dulu. Muka yang bersih dari segala cela mahupun parut. Aku dapat nampak yang dia macam dah susut sikit tubuhnya. Nampak macam 'fit' sikit laa..

Namun begitu, yang satu ini, mungkin tak berubah. Kuat merokok. Ku lihat dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket bajunya. Masih sama macam dulu. Tahu pula minta izin dari aku nak merokok.

Tak banyak yang kami bualkan malam itu. Lebih banyak bercerita tentang kawan2 sekuliah dulu. Dah kahwin ke, dah ada yang bertunang ke, kerja mana. Satu demi satu nama kawan2 sekuliah aku keluarkan.

"Awek apa khabar?", soalan cepu emas yang aku selalu tanyakan pada dirinya.

Dia mengeluh kecil.

Barangkali aku dah silap tanya soalan. Namun begitu, dia tetap menjawab persoalan.

"Baru lepas gaduh tadi. I said something to her. Maybe macam aku dah terlepas kata sikit. Dan sekarang dia tak angkat call aku", perlahan suaranya menuturkan kata2.

Aku terdiam. "Ko pun satu. Nak sound pun, sound laa elok2 sikit. Pompuan ni sensitif. Walau maybe intention ko baik, dia tak nampak."

Perlahan2 dia membuka cerita tentang aweknya. Aku tanya. Dia jawab. Aku tanya. Dia jawab.

"Ko macam mane? Bila nak kawen?", soalan dari dia secara tiba2. Mungkin nak membalas akibat serangan bertubi2 aku atas dia.

Aku buat muka2 blur dan mata terkelip2. Dia tersenyum.

"Ah sudah. Part ni mmg tak bole blah ni", aku berbisik dalam hati. Dia tak tahu. Senyuman dia tu dah hampir buatkan aku tak keruan.

Hampir 2 jam juga kami bersembang2. Kalau tak sebabkan yang dia nak main futsal ngan kawan ofis, mahu lewat lagi aku balik.

10 malam. Kami masing2 mengucapkan selamat tinggal.

"Goodbye my lover. Goodbye my friend", kata2 yang keluar dari aku. Terngiang2 lagu 'Goodbye my lover' - James Blunt di telinga aku.

Damn it! Why it must be you?? (Kedengaran pula lagu 'A Little Too Not Over You - David Archuleta).



Isnin, April 27, 2009

Bila cinta...

Sekali sekala layan post pasal perasaan ni, best jugak kan. Takde laa nak citer pasal mende2 kelakar je. Hehehe. Aku mungkin bukan pakar dalam bab2 hati dan perasaan ni. Just rasa nak share something ngan korang smue pengikut2 tegar di luar sana.

Mule2 skali, sampai umur korang skrg ni, dah berape kali korang dilamun cinta? Ada dua kali? Tiga? Sekali? Tak pernah lansung? Aku rase anda2 smue mesti ada laa dua tiga kali kan. Dan ada juga antara kita yang senang skali jatuh cinta.

Disebabkan aku agak 'clueless' dan 'blur' sikit dalam bab2 hati dan perasaan ni, persoalan2 macam ni selalu ade dalam fikiran aku.

'Macam mana kita nak tau yang kita dah jatuh cinta?'

'Apa maksud jatuh cinta ni?'

'Jatuh cinta ni memang akan rasa happy je ke?'

Sedikit sebanyak soalan aku macam tu laa.. Ade lagi soalannya, just macam lebih kurang je.

Bila tengok teman2 se'uitm' ber'couple' smue, rasa hairan, pelik, musykil smue ada. Lagi2 laa masa part 1, awal2 masuk sem, dah ada yang tersangkut kat classmate. Bukan laa aku nak kate tak boleh couple ngan classmate. Kalau dah tersuka , nak wat macam mane kan. Pastu mule laa berkepit sana sini bersama. Study sama, lunch sama, pegi class sama, minum petang sama. Semuanya sama laa. Pastu kalau gaduh, aku jugak laa jadi posmen, jadi orang tengah. Susah2.

Yang guys nye , kejap2 nak ajak dating. Padahal baru lepas jumpe, jalan kaki sama2 balik class. Kalau nak jumpa kejap, dating laa kejap depan blok hostel tu. Kalau nak lama sikit, ajak gi cafe.
Yang girls nye pulak, kalau bf tak call ke ape, mula laa emo satu badan. Rasa tak disayangi laa. Rasa tak dipedulikan laa. Macam2.

Aku bukan nak citer pasal smue tu actually. Sebab tak lama lepas tu (tak lama lepas tu = tahun ketiga diploma), aku rasa macam aku terjebak dalam mende alah ni. Tapi masa tu, aku tak sure. Betul ke macam ni rasa jatuh cinta? Betul ke orang macam aku pon leh jatuh cinta? Betul ke aku jatuh cinta ngan 'mamat' ni?

Macam2 kemusykilan aku time tu. Nama pun first time. Memang aku jatuh betul time tu. Citer2 yang aku dengar dari kawan2, akhirnye aku pulak terkena. Rasa macam di awangan. Rasa yang macam2 rasa ada. Rasa macam kalau tak dengar suara sehari, rasa macam tak complete hari ni. Itu laa yang aku rasa time tu. But maybe, semuanya hanya sementara. Aku memilih untuk sendiri.

Aku akui yang aku agak pengecut sikit dalam bab2 hati dan perasaan ni. Lagi2 bab2 berkongsi hati dan perasaan ni. It seems like, aku nak, tapi dalam masa yang sama, tak nak.
Aku sedar, yang aku macam tak boleh nak bagi hati aku dalam perhubungan ni. That why, I walked away.

Maybe akan tiba masanya, detik yang bila aku memberikan hati aku tanpa ragu dalam perhubungan. Tapi, ada kebarangkalian, aku bukan orang terpilih. Maybe juga, I'll spend the rest of my life alone. Aaaaaaa.. Life oh life!!