Halaman

Memaparkan catatan dengan label tgh gawat ko bikin sawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tgh gawat ko bikin sawat. Papar semua catatan

Ahad, September 06, 2009

Kerajaan xboleh harap dalam menguruskan keperluan rakyat

Harga ayam naik 80 sen

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Harga ayam bersih di Pasar Chow Kit di sini meningkat sehingga RM6.80 sekilogram semalam berbanding harga runcit mingguan yang dicatatkan sebelum ini iaitu RM6 sekilogram.

Kenaikan harga ayam itu menimbulkan keresahan pengguna terutama ketika mereka akan membeli barang untuk keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tinjauan Mingguan Malaysia di pasar berkenaan juga mendapati harga bagi seekor ayam bersih dijual berbeza-beza mengikut peniaga iaitu antara RM6.30 hingga RM6.80 sekilogram.

Seorang pengguna, Nikmawati Siregar, 46 berkata, peningkatan itu membebankan pengguna kerana kebiasaannya mereka akan membeli ayam pada kuantiti yang lebih besar pada musim perayaan berbanding hari biasa.

"Peningkatan itu amat membebankan kami khususnya menjelang sambutan Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi.

"Saya terpaksa berbelanja lebih dengan kenaikan harga ayam ini tetapi tiada pilihan lain memandangkan ayam antara menu yang popular ketika perayaan," katanya ketika ditemui di Pasar Chow Kit semalam.

Bagi Rohana Ahmad, 25, dia berharap agar harga ayam dapat diturunkan segera bagi memastikan hak pengguna terbela dan tiada lagi kenaikan pada barangan yang lain.

''Saya beli RM6.80 sekilogram tetapi apa nak buat, semua peniaga pun jual dengan harga itu,'' ujarnya.

Menurutnya, setiap sen kenaikan harga ayam bermaksud kerugian bagi pengguna secara keseluruhan.

Seorang lagi pengguna Edy Efendi, 47, pula berkata, walaupun harga barangan lain masih terkawal, dia tidak bersetuju dengan kenaikan harga ayam memandangkan nilai 80 sen cukup besar.

Menurutnya, harga ayam di pasaran boleh dikurangkan jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang.

Kelmarin, kementerian itu mengumumkan akan melaksanakan skim kawalan harga musim perayaan selama 15 hari yang akan bermula dari 13 hingga 27 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan mengawal peniaga daripada menaikkan harga sewenang-wenangnya termasuk ayam bagi memastikan harga barang kawalan adalah berdasarkan harga yang ditetapkan kementerian.


gua pernah mengomen disini tentang kenaikan sebelum ni...La ni nek lagi...heh...

harga kawalan bagai...

Minyak nek.Ayam nek.Gula abis.

Asal melayu raya je semua brg nek. Kerajaan xreti ke buat kerje?Belajar tinggi2 amik subjek ekonomi.tp bangang.


stok ayam cukup je..xpernah kurang.cume permintaan je tinggi.ni alasan nek rege..

gua harap kerajaan yg lebih bertanggungjawab dpt memimpin negara utk PRU akn dtg

1Malas sial.

Rakyat diperbodohkan

Penipuan diutamakan

Selasa, September 01, 2009

Harga minyak utama dikekalkan


PEMANDU cuba berjimat membeli minyak RON95 pada harga RM1.75 di stesen Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur pada pukul 8.50 malam tadi sebelum harganya naik lima sen mulai hari ini.





PETALING JAYA - Minyak petrol RON95 menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama mulai hari ini di semua 3, 500 stesen minyak di seluruh negara dengan harga jualan RM1.80 seliter iaitu menyamai harga asal RON97 yang kini menjadi produk premium.

Walaupun harga RON95 naik lima sen berbanding RM1.75 seliter sewaktu diperkenalkan di beberapa stesen minyak di Lembah Klang pada 12 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya menjelaskan, harga minyak yang menjadi bahan bakar utama sebanyak RM1.80 sen tidak berubah.

Beliau memberitahu, RON95 menggantikan RON97 yang sebelum ini dijual pada harga yang sama. RON97 pula mulai hari ini dinaik taraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, naik 25 sen daripada semalam manakala RON92 dihentikan pengeluarannya.

"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan saiz pasarannya cuma lima peratus,'' katanya semasa berucap melancarkan RON95 di sini semalam.


Inilah laporan daripada surat khabar kosmo @ utusan.

Membelitkan minda rakyat. Igt rakyat ni bodo ke? Katanya harga minyak UTAMA xberubah.Dulu masa ada RON 92, myk utama ialah RON 97. Skang RON 92 da pupus. RON 97 nek pangkat jd minyak Premium manakala RON 95 diberi pangkat MINYAK UTAMA bg menggantikan RON 92 yang bukan UTAMA sebelum ni.

Gua taula Menteri2 nek kete besar2.Isi minyak kai duit rakyat.Gaji beso2.Apedehal.

Rakyat Didahulukan

Pencapapan Diutamakan. Waklu!!!

____________________________________________________________

Poket Didahulukan

Rasuah Diutamakan

1 Malas siaaaaaaaaaaaaaaaaaa#$%&*(



Selasa, Mei 05, 2009

Kakitangan kerajaan China diarah merokok bagi lariskan jualan

SEORANG lelaki menghisap rokok di sebatang jalan raya di Beijing semalam.



BEIJING - Semua kakitangan awam di daerah Gong'an, Hubei, tengah China diarah menghisap rokok bagi melariskan jualan hampir suku juta kotak rokok buatan tempatan setahun jika tidak mahu didenda.
Menurut akhbar Global Times, kerajaan di wilayah Hubei mengarahkan kakitangannya menghisap rokok bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut akhbar itu, jabatan kerajaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan akan didenda.
"Peraturan itu akan meningkatkan ekonomi tempatan melalui cukai rokok," kata seorang anggota pasukan pemantauan pasaran rokok Gong'an, Chen Nianzu.
Menurut akhbar tersebut, peraturan itu dikuatkuasakan sebagai usaha melariskan jenama rokok tempatan seperti Huanghelou yang menghadapi persaingan daripada rokok keluaran wilayah Hunan.
China mempunyai 350 juta perokok namun sebanyak sejuta orang meninggal dunia pada setiap tahun kerana menghisap rokok. - AFP

-dipetik petik dr kosmo online dengan selamba-

Hahahahaha...macam ni pon ada?

AMARAN KERAJAAN CINA:MEROKOK MENAMBAH PENDAPATAN NEGARA

Jumaat, Mei 01, 2009


Bercakaran...
Masih...
Sudah hampir 52 tahun negeri itu merdeka....
Yang di dalamnya ada berbagai bangsa yang pikirannya cacar merba,
Ada yang gila kuasa, ada yang tamak haloba.

Semak...
Kian hari tertulis di dada akhbar kes saman berjuta-juta
Saman malu
Saman fitnah
Saman itu
Saman ini
Politik apakah ini?
Bukankah politik itu suci hakikatnya?

Nasib
Dan rakyat yang bodoh ini di kampungan terus bertani
Di bandar terus membayar tol
Di pejabat terus bekerja utk parti

Jabatan/ Kementerian
Sejenis alat yg ditubuh utk melayan kehendak umum rampai
Hanya pada kertas dan mesyuarat
Hakikatnya,
Sejenis alat utk kezaliman.Arghhhhh.Setan!!

Merudum
Saat ekonomi ini yang terbaring maya
Pemimpin masih bercakaran
Setiap hari adalah hari perhitungan

Media
Sialan
Perlukah setiap saat itu perlu digemburkan dengan penuh sensasi?
Mahu melagakan sama kita kah?
Mahu menambah bilangan pembaca & penonton utk keuntungankah?
Lalu keuntungan itu utk membayar gaji hasil dari melaga, memecah kesatuan ummah?

Apa maknanya menyambut hari buruh tatkala masalah ekonomi dan politik tanahair gundah gulana?
Apa maknanya menyambut hari pekerja tatkala Islam terus menerus digugat oleh pendatang ?


-Selamat Bercuti dan Bertenang-

Rabu, April 29, 2009

Dipetik dari utusan meloya:

Harga ayam naik 60 sen
KUALA LUMPUR 28 April - Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia hari ini.
Harga ladang ayam hidup naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram (sekilo) kepada RM3.80 sekilo manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga pemborong ayam siang kini RM5.30 sekilo berbanding sebelumnya sebanyak RM4.85 sekilo manakala harga runcit ayam hidup pula sebanyak RM5.20 sekilo, berbanding RM4.80 sebelumnya.
Harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal turut naik kepada RM6.15 sekilo berbanding RM5.65 sekilo manakala harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM6.90 sekilo daripada RM6.30 sekilo.
Harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal pula, mencatatkan kenaikan RM7.60 sekilo daripada RM7 sekilo.
Faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan

Wahhh…kalu ikut hukum alam, mende2 yang “naik” ni pada akhirnya akan turun juga…Macam2 mende yg naik akan turun. Tapi rege barang la ni kalu naik kalu memang xreti2 nak turun. Ni kes ayam ni naik rege aku rase la kan sebab babi selesema cikgu katanya. Justeru permintaan daging babi merosot hingga paras sifar sekaligus permintaan terhadap dgg ayam pula meningkat. Masuk bab ekonomi ; Apabila permintaan melebihi bekalan, kenaikan harga akan berlaku.

Sebelum ni cuaca panas gak, siap ada kemarau lagi, tp ibu ayam dan bapak ayam masih meneruskan kerja bepasukan dan meningkatkan produktiviti. Entah di mana silapnya. Ada kementerian da bebagai2 dah. Tapi rege barang xterkawal. Ape pon xboleh.

1 malaysia kunun….Tuihhhhh

Jumaat, April 10, 2009

CORETAN SUBOH ke MALAM

Assalamualaikum
Korang pekabar rini(10april09)?Adakah baik2 saja?
Hari ni aku ada banyak cita nak kongsi sama korang.Pon kalo korg nak baca.Kalu x rentikan saja dgn menekan gambar pangkah wane putih dlm kekotak wane merah atas belah kanan tu(X). Dol, maksud aku klik guna tetikus. Tapi kalo jnis monitor touch screen bole kot.Wehehehe
Hari ni seawal pagi aku telah dikejutkan dlm keadaan tekejut oleh bonda tersayang" dik, ko xkunci pintu ke semalam??!!!" tanpa ragu2 aku jawab yg aku xtau hal pon sbb aku xde kua mana2. Padahal aku da tau kesalahan tu harus disandang oleh kakak.Huh!!! Otak aku sedikit gegar akibat suara yg bertekanan tinggi itu + rempuhan terhadap tombol telah mengejutkan melebihi desibel yg dibenarkan oleh aku. Kesannya aku bangun dlm keadaan terperanjat dgn degupan jantung yg laju + bingai seminit 2. Dan kesan yg langsung ialah aku gagal mengingati mimpi pg tadi...Ahahahahaha.Aku pon watla apa yg patut dan bergegas ke pejabat. Terima kasih ibu kerana telah membuat kejutan pagi ini...Ahahaha....
------------------------------------------------------------------
8.00 pagi- Kerja-kerja hakiki bermula. "encik wan, sy nak laporan bulan februari dan mac sblm t.hari"hah!!!tekejut pagi td belum ilang dtg tekejut baru = terkejut berganda. Boleh plak camtu. Dia punya order mcm kat kedai mamak. Wehehehehehe....Bos, xbole ke order semalam kemarin dulu-dulu.Adoila...Pastu bhgn kewangan plak panggil aku berkenaan invois yg xlengkap. . Bahagian kewangan terletak di tgkt 2. Kat sini 98% pmpuan. Biasanya aku kalu dtg nek atas ni, aku akan mghantar dokumen utk proses pmbyrn. Tp pg ni, aku mmbuat kerja luar biasa--->menadah tinga.Agak lama gak aku menadah tinga. Adela dlm 30 mnt tanpa henti....Korang yang laki2 tu ble ke wat cam aku.Hehehehehe.Sini silap bulan kalu bole bertempur.Kalu tinga blom byk tahi, jnis yg selalu korek tinga hari2, xpayah la nek atas ni. Tp tinga aku ni bknla jnis bertahi padat. Cuma aku ni mmg penyabar tenang dan pendendam.Itu yang aku bole tahan sampai bedarah2!!!!!!Ahahahaha
-----------------------------------------------------------------
12 t/hari- aku mndapat berita dr seorg teman bahawasanya seorang kenalan telah meninggal dunia- (al fatihah utk dihadiahkan kepada semua muslimin dan muslimat). Lalu aku bercadang utk melawat arwah bersama teman ni. Dia suruh aku bawak plg laju. Gila...huhuhuhu.(nanti pas lawat arwah, ko lawat aku plak er) Aku tiba kt rumah dia 15minit lewat dr masa yg dicdgkan. "Dia da gerak la tadi...Lu lambat 15 minit.."Kata rumah tuan rumah tu kat aku. Xpela, dorg nak keja masa kot.Lalu aku terus bersiap utk menunaikan solat jumaat. Aku pun xbrape nak fokus isi khutbah rini. Jiwa kacau beb.
Lps je solat aku pon berjalan cepat balik ke rmh kwn td.Lapar beb, tekak kering.Perut da main mcm2 lagu dah.Keroncong, qasidah, dan bagai2. Heh, smpi umah aku sambar topi dan ray ban, dgn penuh yakin aku menunggang ke kedai yusri. Separuh jalan, lepas je aku belok kiri kat simpang tu, enjin motor pla mati...adoila.puas aku jampi ludah2. xmau gak idup. Aku pon tinggalkan mtr tp jln g beli minyak.Sila ikuti tips ni jk kehabisan minyak-->Menapaklah kekedai mamak berhampiran sambil berpeluh2(tanggalkan ray ban), ambil air mineral, botol kecik @ besar, bayar, tuju pula ke stesen minyak terdekat sambil meneguk air td selarat mgkin. Pastu kalu xabis, bolehlah disiramkan kat pokok2 tepi jalan. Kasi isi itu botol penuh2 dan kembalilah ke kenderaan yg anda tinggalkan tepi jalan secara gamble td.
Itu kalu tips abis minyak. Kira kalo da tuang minyak tu dlm tangki walaupun melimpah2 sikit, xdahal la.Janji bole jalan kan?Tapi masa aku tgh tuang tu, aku berfikiran jua, adakah betol minyak abis?sbb sbnrnya motor ni ada tangki smpanan minyak.Lalu aku bersangka baik bhw myk mmg habis.Nah!Mendapat kau...Berpeluh2 aku cube idupkan enjin ni.Sah..Bukan salah harga minyak malaysia yg turun naik tahun lepas. Mmg masa tu kalo nak cari org plg penuh yakin masa tu, akulah orgnya. Mcm pomen cup prix lak aku tonggeng2 tepi jln. Sah, motor ni mati dan perlu ditanam. Aku pon menolak motor tu blk ke rumh dlm kurang lbh 500-800 meter kot. Adela jejaka yg bermotosikal pndg2 aku tanda prihatin. Terima kasih kerana mmberi pndgn simpati itu. Itukan lambang perpaduan di negara ini!!! kalu aku pakai tudung td, mesti ramai nak tolong aku...cb laaa.Aku dpt rasakan jntung aku berdegup lbh dr kadar biasa. Bagus utk otot kardiovaskular ni. Mmg dr suboh bawa ke pagi smpi aku menolak mtr, jntung aku sgt aktif berdegup kencang...Sekejap aku tolak motor, kejap motor tolak aku.Longlai beb. Ahahaha
-----------------------------------------------------------------
3.00 ptg- Sampai je rumah, ngam2 hujan turun.Aku termenung kejap sambil memujuk perut yg xpenah kenal erti sabar ni. Nasib bek kawan aku bg pinjam kete dia, lalu aku meredah hujan mencari sesuap rezeki. Aku mkn nasi ayam dan kopok lekor.Mmg sdp kedai ni.Harga pon sama banyak ngn nasi.Pas mkn lebih krg, aku g mngadu kat bengkel mtr behampiran. Chantek, dia setuju antar budak utk tolak motor aku. Gedebuk gedebak,puncanya coil bawah da rusyak. Aku pon soh tukar. Lps tu aku tglkan mtr kat bgkel.
-----------------------------------------------------------------
4.30ptg- lps menunaikan solat, aku bergegas jmput guru kt ktm lalu dibawa ke perpustakan. Cuti separuh hari yg sepatutnya aku g lawat arwah bertukar kpd proses pembelajaran. Lain dirancang, lain ketentuan.Kuasa Allah. Cuaca kat pustakaan ni korang pon maklum, kalo kulit tebal mcm kulit bawang, beringatla sikit bawa baju musim salju. Hasilnya aku sedikit menggagau...Grrrrr...
Pembelajaran aku sdkt terganggu rini akibat sekumpulan 6 org warga cina mmbuat bsg dlm bhs Inggeris. Aku sedikit pelik, dak uitm ni ada cina ker?ntahlah...korang jawabkan kat komen...Cam bagos2 je dorg memekak smpi aku ilang tumpuan. Tp xpe, aku ni penyabar...Aku pon teruskan fokus..Fokus pon xfokusla pasal ade je awek lalulintas depan aku..wehehehe.Pekse dah dekat ni.Pmbljrn berterusan sampai jam 7 ptg dlm keadaan tertekan akbt bunyi bsg yg terhasil oleh kaum yg mkn babi.zzzzzzzzzzzzz
------------------------------------------------------------------
7ptg- "bang motor da syiap...RM 170 semua."begitulah kdgrannya suara dihujung telefon. Aku terkesima lagi. Jntung pon berdegup luarbiasa.Aku ni jnis cpt teperanjat @ gemuruh bagai.Camne lah akad nikah nanti. Ahahaha. Aku pon sepantas kilat terus terpacul kat bengkel. Pe kes 170 plak? Nape tukar CDI ni?kata coil rosak. Mcm mamak la lu...Lain order lain antar. Juara tempur aku da mula menyeringai tp aku pujuk soh sbr.Kemusykilan aku membawa kpd usaha menyelamatkan ringgit yg kian susut. kptsn tindakan bijak sbgi pelanggan mndapati CDI aku tdklah rusyak sebagaimana yg diuar2kan.Melayu pon nak ketuk melayu ke? Aku byr RM 95 utk coil bunga 125Z.Setelah semua selesai aku pon kmbali ke pustakaan. Rupanya air liur dak cina ni lom kering lagi. Tu pasal la korang nmpk dorg selalu bawa botol air gedabak. Supaya terus bertenaga dan ceria. Maslahnya dorg ni ceria xkena tmpt dol. Juara tempur aku menjelma semula. Mana taknya, dia punya borak lg teruk dr budak yg kene orentasi aritu mcm kat sini. Mmg macam kat mamak la dia borak. Aku mula tercari-cari pengawas pustakaan kalu ada. Hampa....Tok guru terus menyabarkan aku. Agak berakal la otak ni nk phm apa yg diajar.Mmg xmasuk lgsung. Hah, wa punya muka nmpk ijau, wa punya ati sapa tau?Walaupun ati ni suhu dia sama ngn suhu badan normal 37 selsius, tp aku rasa ati aku mcm pns tebakar je dan..... PAPP!!!!!tgn kanan aku hentak meja secara auto. Maaf guru kerana mengejutkan anda. Senyap.....Sunyi.....Cecina yg 6 org tmsuk sekor pmpuan terus senyap seketika.Ketenangan yg aku cari.....Hah xsampai seminit bunyi2 pemakan khinzir itu kdngaran dlm nada yg tdk mengganggu. Dan xsampi 5 mnt sekawan pemakan khinzir itu beredar sambil memerli dlm bahasa penjajah yang jua bersahut oleh aku dlm bahasa melayu tp aku xtau aku ckp apa.Ahahaha
Selesai solat maghrib dan mkn2 aku mghantar guru ke ktm dan aku pon pulang ke rumah kwn aku. Terima kasih byk2 kasi pinjam kete(aku lupe isi minyak, nnti aku banjer makan). Dan smpi ke saat ni die lom pulang lagi...Arghhh lete...Aku tido dlu..T.kasih kerana mmbaca

Sabtu, Mac 28, 2009

Baik Mkn Ati

Hari ni, aku pegi pustakaan ngan 2 orang kawan…Saje2 buang tebiat katanya. Pustakaan ni memang menyeronokkan..Nak nak kalu ko belajar pasal makro ekonmi kat sini. Ahahaha…jenis aku ni, kalo korang nak tau la kan, bila aku berpikir, aku akan memandang jauh ke hadapan. Ni bukan auta…Ni mmg gaya aku…sekali tu, aku tgh berpikir ada pulak pepasang orang lintas depan aku. Sorang laki sorang pompuan. Yang pempuan ni muka pecah rumah la kan…Tapi sesuai la berpadu ngan laki muka xsiap nih. Yang jadi halnya dorang dahla menggangu konsentrasi aku…Wat drama plak celahan rak2 buku…Yang laki men cuit2, yg pmpuan wat2 moncong lak mulut…Agak agak la kan leh gantung cadar kot moncong tu…Potong la dorang ni…Subjek teras tu aku tgh belajar…Formula ntah ke mana kalkulator ntah ke mana.Lama sikit pas dorg perasan muka aku ketat dorg pon blah..

X lama plak pastu tgh aku cuba memahami faktor pasaran dan faktor kos, ade plak dak2 baru nak naik wat bising kat pustakaan. Dak2 ni jenis yang sdg diorientasikan aku rasa. Dala ponteng orentas kat panas2 luar tu… pastu wat bising dlm pustakaan..Jnis ketawa cam bagus2..Aku mula ar nak telan org….Sib bek kawan aku bawa pemutar skru..Dilonggarkannya skru yang ketat2 kat muka aku…Tapi makin didiamkan makin menjadi lak dak2 ni…Sekali tepon slh sorg dari dorg mengeluarkan nada dering tahap dewa…Macam dia sorang je ada tepon aku rase…Paling terbayek punya kuat nada dering asing tu…”aaaaa….Ko katne”lebih kurang la dia jwb tepon…Selamba aku aku sahut”aku kat sini ko kat manaaaaaa”……terus senyap dak tu…Adoi....Jnis dak2 skang kalu masuk pustakaan xreti nak kasi senyap tepon tu ker?


Pukul 1..Perut aku meronta2 minta diisi….tekak plak bebuai mnta air…Aku pon ajk kawan2 g makan..Hari ni kitorg mkn kat satu kedai..Namanya restoran teratai kalu xsilap aku…kalu silap nnti aku betolkan la…Bak kate sorg kawan aku ni, dia selalu mkn kat sini.Kerap gak katanya. Katananya mkn situ mmg sedap2…Aku ngan kawan yg lagi srg ni pon terus je mencuba nasib kat situ. Aku amik lauk aym gulai..Gulai pon xbape nak gulai la..Tak lupa telur asin potong separuh untuk mengimbangkan Ph dlm mulut.Kotla tkg masak tu tawar ati masa tgh menggulai td.Xlupa juga segelas teo ais utk membasah tekak. Bila semua da sedia kami pon makan sama2…Kawan aku mula mula mengeluarkan komen”okey gak kedai ni”asik mkn kt kedai yg sama pon muak gak” Lantas komen bersahut komen plak oleh kwn lg sowang “aah…kat sini dia masak ada rasa..kalu kedai lain tu…kdg2 tawar la…apala…dan aku hanya berdiam diri beradab la konon makan….wehehe


Selesai mkn, kwn aku byr ns dia.RM 7.30 ujar pkcik si penjaga kaunter. Air muka kawan aku terus berubah..Dari cara dia keluarkan dompet, aku dpt rasa dia cam nak tak nak je bayar…Aku da mula pelik dah…Dia mkn ikn keli ngan apentah je pun..Xpela..Mungkin ko isap rokok td kot kt tmpt awam..kire kompaun la tu..wehehe.Pastu aku plak bayar…”bape cik?”RM 6.30….woahhhh!!!!!cam bese muka aku mula ketat…ayam td bape henget?”nasi 5henget katanya.Agak syial disitu setelah dibuat pecahan kiraan, maka air teo td adlh 1.30 kupang manakala nasi berlauk ayam dan telor asin seteng = 5henget…Adakah nasi sehengget, ayam tiga henget,tlor sehengget?woah…dala ayam kecik je…aku pon bayar tanpa ragu2….Kat sini kalu , bukan takat mkn je rasa, nak bayar pon terasa mcm2 rasa!!Berdasarkan kenyataan kwn aku, kedai tu hanya beroperasi siang je..mlm ye tutup…Lantas aku mmbuat kesimpulan, siang dorg niaga, mlm dorg pegi aji….pagi esok da blk bukak kedai!!!!