Halaman

Memaparkan catatan dengan label tekan sukati cpt nek aji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tekan sukati cpt nek aji. Papar semua catatan

Ahad, September 06, 2009

Kerajaan xboleh harap dalam menguruskan keperluan rakyat

Harga ayam naik 80 sen

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Harga ayam bersih di Pasar Chow Kit di sini meningkat sehingga RM6.80 sekilogram semalam berbanding harga runcit mingguan yang dicatatkan sebelum ini iaitu RM6 sekilogram.

Kenaikan harga ayam itu menimbulkan keresahan pengguna terutama ketika mereka akan membeli barang untuk keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tinjauan Mingguan Malaysia di pasar berkenaan juga mendapati harga bagi seekor ayam bersih dijual berbeza-beza mengikut peniaga iaitu antara RM6.30 hingga RM6.80 sekilogram.

Seorang pengguna, Nikmawati Siregar, 46 berkata, peningkatan itu membebankan pengguna kerana kebiasaannya mereka akan membeli ayam pada kuantiti yang lebih besar pada musim perayaan berbanding hari biasa.

"Peningkatan itu amat membebankan kami khususnya menjelang sambutan Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi.

"Saya terpaksa berbelanja lebih dengan kenaikan harga ayam ini tetapi tiada pilihan lain memandangkan ayam antara menu yang popular ketika perayaan," katanya ketika ditemui di Pasar Chow Kit semalam.

Bagi Rohana Ahmad, 25, dia berharap agar harga ayam dapat diturunkan segera bagi memastikan hak pengguna terbela dan tiada lagi kenaikan pada barangan yang lain.

''Saya beli RM6.80 sekilogram tetapi apa nak buat, semua peniaga pun jual dengan harga itu,'' ujarnya.

Menurutnya, setiap sen kenaikan harga ayam bermaksud kerugian bagi pengguna secara keseluruhan.

Seorang lagi pengguna Edy Efendi, 47, pula berkata, walaupun harga barangan lain masih terkawal, dia tidak bersetuju dengan kenaikan harga ayam memandangkan nilai 80 sen cukup besar.

Menurutnya, harga ayam di pasaran boleh dikurangkan jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang.

Kelmarin, kementerian itu mengumumkan akan melaksanakan skim kawalan harga musim perayaan selama 15 hari yang akan bermula dari 13 hingga 27 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan mengawal peniaga daripada menaikkan harga sewenang-wenangnya termasuk ayam bagi memastikan harga barang kawalan adalah berdasarkan harga yang ditetapkan kementerian.


gua pernah mengomen disini tentang kenaikan sebelum ni...La ni nek lagi...heh...

harga kawalan bagai...

Minyak nek.Ayam nek.Gula abis.

Asal melayu raya je semua brg nek. Kerajaan xreti ke buat kerje?Belajar tinggi2 amik subjek ekonomi.tp bangang.


stok ayam cukup je..xpernah kurang.cume permintaan je tinggi.ni alasan nek rege..

gua harap kerajaan yg lebih bertanggungjawab dpt memimpin negara utk PRU akn dtg

1Malas sial.

Rakyat diperbodohkan

Penipuan diutamakan

Sabtu, Mac 28, 2009

Baik Mkn Ati

Hari ni, aku pegi pustakaan ngan 2 orang kawan…Saje2 buang tebiat katanya. Pustakaan ni memang menyeronokkan..Nak nak kalu ko belajar pasal makro ekonmi kat sini. Ahahaha…jenis aku ni, kalo korang nak tau la kan, bila aku berpikir, aku akan memandang jauh ke hadapan. Ni bukan auta…Ni mmg gaya aku…sekali tu, aku tgh berpikir ada pulak pepasang orang lintas depan aku. Sorang laki sorang pompuan. Yang pempuan ni muka pecah rumah la kan…Tapi sesuai la berpadu ngan laki muka xsiap nih. Yang jadi halnya dorang dahla menggangu konsentrasi aku…Wat drama plak celahan rak2 buku…Yang laki men cuit2, yg pmpuan wat2 moncong lak mulut…Agak agak la kan leh gantung cadar kot moncong tu…Potong la dorang ni…Subjek teras tu aku tgh belajar…Formula ntah ke mana kalkulator ntah ke mana.Lama sikit pas dorg perasan muka aku ketat dorg pon blah..

X lama plak pastu tgh aku cuba memahami faktor pasaran dan faktor kos, ade plak dak2 baru nak naik wat bising kat pustakaan. Dak2 ni jenis yang sdg diorientasikan aku rasa. Dala ponteng orentas kat panas2 luar tu… pastu wat bising dlm pustakaan..Jnis ketawa cam bagus2..Aku mula ar nak telan org….Sib bek kawan aku bawa pemutar skru..Dilonggarkannya skru yang ketat2 kat muka aku…Tapi makin didiamkan makin menjadi lak dak2 ni…Sekali tepon slh sorg dari dorg mengeluarkan nada dering tahap dewa…Macam dia sorang je ada tepon aku rase…Paling terbayek punya kuat nada dering asing tu…”aaaaa….Ko katne”lebih kurang la dia jwb tepon…Selamba aku aku sahut”aku kat sini ko kat manaaaaaa”……terus senyap dak tu…Adoi....Jnis dak2 skang kalu masuk pustakaan xreti nak kasi senyap tepon tu ker?


Pukul 1..Perut aku meronta2 minta diisi….tekak plak bebuai mnta air…Aku pon ajk kawan2 g makan..Hari ni kitorg mkn kat satu kedai..Namanya restoran teratai kalu xsilap aku…kalu silap nnti aku betolkan la…Bak kate sorg kawan aku ni, dia selalu mkn kat sini.Kerap gak katanya. Katananya mkn situ mmg sedap2…Aku ngan kawan yg lagi srg ni pon terus je mencuba nasib kat situ. Aku amik lauk aym gulai..Gulai pon xbape nak gulai la..Tak lupa telur asin potong separuh untuk mengimbangkan Ph dlm mulut.Kotla tkg masak tu tawar ati masa tgh menggulai td.Xlupa juga segelas teo ais utk membasah tekak. Bila semua da sedia kami pon makan sama2…Kawan aku mula mula mengeluarkan komen”okey gak kedai ni”asik mkn kt kedai yg sama pon muak gak” Lantas komen bersahut komen plak oleh kwn lg sowang “aah…kat sini dia masak ada rasa..kalu kedai lain tu…kdg2 tawar la…apala…dan aku hanya berdiam diri beradab la konon makan….wehehe


Selesai mkn, kwn aku byr ns dia.RM 7.30 ujar pkcik si penjaga kaunter. Air muka kawan aku terus berubah..Dari cara dia keluarkan dompet, aku dpt rasa dia cam nak tak nak je bayar…Aku da mula pelik dah…Dia mkn ikn keli ngan apentah je pun..Xpela..Mungkin ko isap rokok td kot kt tmpt awam..kire kompaun la tu..wehehe.Pastu aku plak bayar…”bape cik?”RM 6.30….woahhhh!!!!!cam bese muka aku mula ketat…ayam td bape henget?”nasi 5henget katanya.Agak syial disitu setelah dibuat pecahan kiraan, maka air teo td adlh 1.30 kupang manakala nasi berlauk ayam dan telor asin seteng = 5henget…Adakah nasi sehengget, ayam tiga henget,tlor sehengget?woah…dala ayam kecik je…aku pon bayar tanpa ragu2….Kat sini kalu , bukan takat mkn je rasa, nak bayar pon terasa mcm2 rasa!!Berdasarkan kenyataan kwn aku, kedai tu hanya beroperasi siang je..mlm ye tutup…Lantas aku mmbuat kesimpulan, siang dorg niaga, mlm dorg pegi aji….pagi esok da blk bukak kedai!!!!