Halaman

Memaparkan catatan dengan label kempen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kempen. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 15, 2009

Selsema Babi Menembusi Malaysia


Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia
May 15, 09 1:40pm
kemaskini 5.19pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini."Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd
Ismail Merican."Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami

* gambar fail menunjukkan tiga ekor babi dr kumpulan kongis gelap sdg mendapatkan rawatan di klinik wonderpet


demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yangsama."Belia telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagitujuan siasatan dan pemerhatian. Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikanjumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan

*gambar hiasan-bertujuan untuk diharmonikan dgn gambar di atas

sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik diFasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagiperlindungan kesihatan antarabangsa.Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.



Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini.

aku kata- orang malaysia semua tenang2 saja.dari kes culik budak, ISA, rege minyak naik,rege barang naik, kami tidak bimbang. Kami cuma bimbangkan kerajaan!!!

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

aku kata- pantau jangan xpantau.

-jika anda terlihat babi-babi yg menunjukkan simptom2 seperti selesema babi, sila bertenang dan ikuti garis panduan yang disediakan oleh WHO atau Kementerian Kesihatan. Ketahuilah, kesihatan babi adalah penting dlm menjamin kemandiran spesis manusia.Dalam bentuk graf, hubungan kesihatan babi adalah berkadar terus dengan manusia...

Rabu, Mac 25, 2009

m a r i m e n u t u p l a m p u +


Aku rasa kempen earth hour ni dah lame di iklankn..dan aku je baru ter'alert' dengan kempen nie setelah diceritakan oleh rakan dan bukan terpanggil utk mengetahui sendiri dari ad2 yang sebelumnye pernah aku lihat..mungkin aku nie buta advert tentang kempen2 sperti ini yang sekali pandang aku lihat adalah gaye selebriti Malaysia sedang posing2 sambil tangan nk tutup lampu..ade sorang tu siap posing rambut je berlebih2 dari gaye nk tutup lampu itu sendiri dan kebanyakan aku lihat skali imbas je tanpe membace tujuan objektif kempen mereka..tidak termasuk pule gaye meliuk2 sambil tangan nk tutup lampu..tidak lupe aksi ternganga2 sambil nk tutup lampu dan aksi tungang terbalik gune kaki tutup lampu,ade yang buat muke muncung2 sambil nk tutup lampu....gile ngumpat lak aku...muahahhah..iklan tv kempen ini dilihat oleh aku setelah aku sudah mengetahui tujuan kempen itu sendiri..

Care kempen ini dijalankan ialah pada 28hb nie..persamaan hari sabtu ini..jam 8.30mlm...menutup lampu dlm mase sejam...
Ini semua adalah kerane kempen tentang perubahan iklim dan impak yang boleh dibuat jika ditutup lampu selame sejam..

Jika dilihat tentang impak tutup lampu selame sejam itu byk mende leh dijimatkan..

Boleh berjimat cthnye..cube bayangkan brape juta rumah atau bangunan kt Malaysia nie tutup confim jimat berjuta2 ringgit dlm mase sejam saje
Selain itu dapat menggurangkan kepanasan sejagat..ces..cam best2 je ayat aku..mengurangkan penggunaan pokok utk pembakaran..menghasilkan oksigen yang lebih bermutu..



Kempen ini bukan di Malaysia je tapi seluruh dunia..mari kite same2 tutup lampu pade 28hb ini..pkul 8.30 mlm..kalo x kerane kempen pn sekurang kurangnye kite leh jimat letrik umah selame sejam..weheheh..

ASSALAMUALAIKUMM!..