Halaman

Isnin, Ogos 24, 2009

Arak: Tidak jadi sebat model
Ogos 24, 09 3:34pm
Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan, demikian dinyatakan di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara bagi menangguhkan sementara hukuman sebat itu.

"Hukuman (sebat) bagaimanapun kekal, dia akan menjalani hukuman selepas bulan Ramadhan," katanya di Kuantan hari ini.

Pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa JAIP dipercayai telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak, untuk membawanya ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat itu.

Namun, mereka kembali semula 30 minit kemudian selepas dikatakan menerima arahan untuk melepaskan sementara ibu kepada dua anak itu.

Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Pada 18 Ogos lepas, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika ditahan berkuatkuasa hari ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Di Perak, Kartika membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Kangsar pada 12.30 tengah hari untuk mengelak daripada dituduh melarikan diri daripada hukuman kerana tidak dibawa ke Penjara Kajang.

Bapanya Shukarno Abdul Muttalib, berkata tiga pegawai JAIP menjemput Kartika dari rumahnya di Sungai Siput pagi tadi tetapi menghantarnya semula setengah jam kemudian dengan alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan pada masa ini.

Shukarno berkata beliau tidak faham tentang apa yang berlaku dan
menasihatkan Kartika membuat laporan kerana bimbang kemungkinan polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman.BERNAMA





Gua cukup xpaham ngn Malaysia ni....

Gua xpaham ngn Pejabat Peguam ni....

Gua ade gak belajar sikit2 pasal undang2 dan perlaksanaannya.
Tp gua xpernah tau plak bolan pose ni hukuman xboleh laksana.

Ni la akibat kalau xlaksana Islam secara menyeluruh.

Ape dorang igt sebat tu pakai kayu balak, angkat ketiak tinggi2 pastu hayun kat punggoq yg togel kuat2?Heh...tu undang2 rimba yg Malaysia amalkan...

Kejap jemput, kejap hantar balik.Gila main2kan perasaan orang.

Pejabat peguam Negara bg arahan kat MAJLIS
AGAMA ISLAM NEGERI...Perghhhhhh...Islam ni bawah perlembagaan...Aku da agak lama dah...

2 ulasan:

neopujangga berkata...

dan gua pelik makin pompuan nie beriye2 nak disebat makin dilambatkn2 hukumannye.

jaisyul usrah berkata...

gua heran giler...yg kene ISA tu xde waran pon dah masuk masuk pnjara.


ni da bicara, sabit hukuman, tp xhukum2..

banyak lagi dasar2 kera jaan yang huru hara...