Halaman

Rabu, Julai 29, 2009

Dear kawan...

Kepada 'kawan',

Macam rase pelik pula menulis coretan untuk kau yang sudah pasti sekali takkan tersesat ke sini.

Tapi, mane lagi yang boleh diluahkan semua ape yg dirasa dalam hati tika ini.

Kepada 'kawan',

Kita memang dah kawan sejak dari awal sekolah menengah lagi.

Kita memang macam sepasang kawan yg betul2 kontra dari segi perwatakan.

Tapi, itu tak pernah menghalang persahabatan kita selama ni.

Kepada 'kawan',

Dulu kita sama2 berkeluh kesah menantikan kehadiran 'someone' dalam hidup kitaT.

Dulu kita sama2 yang merayau merayap tak kira waktu dan hari.

Tapi, mana kan mungkin ini semua masih di sini.

Kepada 'kawan',

Aku sentiasa mendoakan akan kebahagiaan dan kegembiraan untuk diri kau.

Aku sentiasa berharap apa yang mendatang tidak akan menjarakkan diri aku dan kau.

Tapi, nampaknya mungkin yang sebaliknya yang menghampiri aku dan kau.

Kepada 'kawan'.

Aku mungkin bukan kawan terbaik untuk kau.

Kalau tidak, takkan lah detik terindah itu kau simpankan dari aku.

Aku tak faham, sukar benar nampaknya nak berkongsi sesuatu.

Salahkah aku untuk cuba berkongsi kegembiraan dan kebahagian dengan kau walaupun hanya sedikit?

Kepada 'kawan',

Pada zahirnya, aku nampak tenang hinggakan kau rasa tiada apa yang boleh melukai aku.

Kebenarannya, aku lah manusia yang paling senang terluka.

Kepada 'kawan',

Andai itu pilihan kau, siapalah diri aku untuk menafikan semua.

Kepada 'kawan',

Hingga kita bersua kembali....



2 ulasan:

neopujangga berkata...

jgn sekadar kwn utk kepentingan.

Tanpa Nama berkata...

perghhh...
banyak nye kawan2...