Halaman

Jumaat, Mac 27, 2009

Miss u!

Pejam celik, sudah nak dekat setahun Tok Mak tinggalkan aku. Tak sangka, dalam setahun dua, banyak yang telah berlaku. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Tak sangka, macam tak percaya yang Tok Mak dah pergi. Rasa macam baru semalam aku kucup pipi Tok Mak dan Tok Mak membalas kembali dengan pelukan erat. Sentuhan jari Tok Mak. Pelukan Tok Mak.Tak pernah sama dengan yang lain. Hangat. Segar. Damai. Semuanya ada.

Aku sedar yang aku bukan laa cucu yang baik. Jauh lagi pandai. Comel. Pandai ambil hati. Bijak Berkata. Walaupon aku cucu sulung belah mama, Aku tiada apa untuk dibanggakan. Dah laa gelap. Bodoh. Kurang cantik. Berlainan sedikit aku dengan adik2 dan juga sepupu sekalian.

Masa aku masih kecil, aku pernah tinggal dengan Tok Mak dan Tok Yah untuk sementara. Masa tu aku tak tahu lansung nk bercakap. Memang aku 'slow learner' sedikit mase kecil dulu. Tapi Tok Mak tak pernah nak marah2. Mungkin sifat lemah lembut Tok Mak yang menjadikan aku tak pernah takot dengan dia. Lain laa abah aku. Garang siot. Tok Mak dulu cikgu. Mungkin sebab itu juga, sifat lemah lembut, tegas dan penyayang ada dalam dirinya.

Bila aku mula dewasa, aku dah boleh berkata2. Tapi, memang sudah sifat aku. Aku tak tahu dan tak pandai nak tunjukkan rasa sayang aku kepada Tok Mak. Bila nak bersalam pon keras je. Nak cium2 pipi dan dahi lagi laa tak pandai. Aku segan sebenarnya. Bukan aku tak nak. Aku rasa macam budak manja je bila buat macam tu.

Tak lekang dari bibir Tok Mak, sentiasa ingatkan aku untuk jangan tinggalkan solat. Belajar rajin2. Jangan susahkan mama abah. Diikuti dengan satu lagi kucupan di pipi aku bila aku memeluk Tok Mak sebelum aku pulang ke bandar.

Masa di universiti, Tok Mak rajin telefon aku. Tanya belajar macam mana. Sihat ke. Tapi, aku jarang telefon Tok Mak. Jangan kata Tok Mak, mama abah pun aku jarang telefon. Lagi sekali aku tekankan, aku memang tak reti nak calling2 ni.

Bila cuti semester, aku pernah juga pergi duduk dengan Tok Mak seminggu dua. Aku tolong Tok Mak siram pokok. Sapu sampah. Pergi pasar. Dan semestinya, adanya aku disana, Tok Mak mesti masak pajeri nenas makan dengan ikan goreng. Itu pun dah cukup untuk aku.

Tapi, semuanya dah terlambat. Bila aku ucapkan pada Tok Mak, yang aku sayang dia, dia tak mampu lagi untuk mendengar apa yang aku katakan. Mahupun membalas. Sentuhan yang dingin. Dan tiada reaksi. Sakit hati sungguh hati aku, menyedari yang aku tak mampu nak lakukan apa2 tatkala mesin 'life support' di hentikan. Aku mengharapkan keajaiban untuk berlaku. Aku mengharapkan Tok Mak akan kembali sihat seperti dulukala. Ternyata, kuasa Allah melebihi segalanya. Dan siapa lah aku, insan hina untuk menafikan segalanya.

Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan Tok Mak. Airmata tak henti2 menitis. Tiba juga detik2 ini.
Satu kucupan terakhir aku berikan untuk Tok Mak. Di kedua belah pipi. Jari jemari. Sejuk.

Tok Mak, I miss u so much! Words can never describe these feelings.

Al-Fatihah...


2 ulasan:

Ninie Ahmad berkata...

very touching...takpela janji ingatan pd arwah masih ader...erm cumer agak musykil mmg kalo duduk ngan nenek mmg suker eh mkn pajeri nenas ngan ikan goreng...sbb mmg ituh favourite makanan aku jugak:P...

jaisyul usrah berkata...

(sudah tiada atok dan nenek)wuwuwuw