Halaman

Ahad, November 15, 2009

2012



Gua percaya ramai teman2 dan org awam diluar sana sudah mula memenuhi pawagam utk tayangan kisah kiamat.

Media juga tdk ketinggalan mmbuat liputan didada akhbar masing2.Semuanya tidak lain tidak bukan untuki meraih keuntungan drpd pembaca.

Itulah dia kuasa filem oleh barat yg masih menjajah minda kita...Cut it up!!!~~gua bukan anti hiburan.Gua juga turut menonton filem2 barat.

Cuma apa yg gua bimbangi, dengan pemahaman minda ummah yg goyah, gua khuatir filem-filem varat akan menjadi satu dambaan dan sumber hadis milenia.


Lu bayangkan dlm kitab Al-Quran sudah ada kisah pasal kiamat...

"apabila langit itu terbelah"(Al-Insyiqaaq: 1)

"dan apabila bintang dijadikan terpeluap" (Al-Infithaar : 3)

"apabila matahari digulung.dan apabila bintang-bintang berjatuhan :(At-Takwir :1-2)

Mungkin ada yg menganggap gua sebagai xurban dan bersikap ortodoks. Gua xkisah.Pada gua dlm Islam sendiri sudah ada hiburan. Dan xsalah utk enjoy ur life berwayang-wayangan.Masalah yg timbul ialah dimanakah kita saat menonton filem arahan barat itu tatkala Al-Quran kita tinggalkan?

Barat sekali lagi berjaya memesongkan Islam dengan menurunkan dalil baru untuk menggantikan surah2 tentang kiamat.

Memang benar ada khalayak yg menonton sekadar untuk menghilangkan bosan,killing time, dan sebagainya. Inilah cara hidup baru di alam maya.Clubbing,shopping,hangout,tgk wayang.

Hiburan inilah propaganda yg digunakan utk mengasingkan Islam dengan umatnya.Yang tinggal akhirnya hanyalah ritual.Nak kawen baru cari imam.Nak cerai baru cari syariat.nak uruskan mayat cari imam. Yang len entah kemana

Hari ini kebebesan menjadi 1 elemen yg diperjuangkan seluruh dunia.Human rights. Manusia bebas memilih gaya hidup.Bebas memilih sumber hiburan,pakaian,makanan dan sebagainya.Islam tidak lagi menjadi sumber rujukan yg tdk boleh dilangkah. Islam makin dikebelakangkan hampir dalam semua hal.

Penguasaan media barat di Malaysia secara berterusan akan berjaya menyuburkan ideologi mereka dr segi kehebatan angkatan tentera mereka, kecanggihan teknolgi mereka, kepakaran penyiasatan mereka, kisah2 kiamat, dan sebagainya.

Mereka menjadi sumber rujukan dalam segala hal.Umat Islam seakan beralih kiblat dan pegangan.......

3 ulasan:

yui berkata...

dah lama tak tengok wayang
rasanya nak tunggu DVD pirate je k0t
ngggggaaaaaaaaaaaaaaaaa hak3 =))

sirpetermarx.blogspot.com berkata...

Isa AS akan menghakimi seluruh manusia yang ada di dunia ketika kiamat tiba. Dialah Tuhan yang berkuasa untuk selama-lamanya.

jaisyul usrah berkata...

apain pak..isa itu bukan hakim bukan jua tuhan....isa hanaya hamba dong....ngapain keluar topik ini...