Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.
Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.
Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.
Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.
Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.
April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.
Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.
Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.
Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.
"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.
Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.
Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".
Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.
"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.
Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama
Memaparkan catatan dengan label Kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanak-kanak. Papar semua catatan
Jumaat, November 20, 2009
Rabu, April 01, 2009
Cerita kanak-kanak - Part 2
Kalau laa kite diberikan peluang untuk 'turn back time' , agak2 korang jadi ke ape yg korang jadi sekarang ni??
Macam aku, ade jugak terpikir macam tu.
Mase sekolah rendah dulu, cikgu tanye, mase besar nanti nak jadi ape. Die suruh listkan.
Bawah ni list aku masa darjah 1:
1. Polis - Aku terpengaruh ngan citer english series ape ntah. Rase macam kagum yg amat.
2. Pilot - Aku terpengaruh lagi ngan citer kat tv
3. Doktor - Yang ni aku letak saje2 sebab nk kasi nampak byk. Padahal aku tgk darah pon dh
gerun.
Mase form 3, ade revised list:
1. Biologist - Kunun2 teruja laa ngan subjek2 sains ni, Form 4 aku nak amik aliran Sains, tapi
mak aku tak bagi sbb die tau aku malas belajar. Terpengaruh ngan kawan pon ade.
Smue stok2 pencinta alam semulajadi..
2. Lawyer - Mase ni, tgh layan series yg psl law2 ni. Macam cool giler tgk lawyer smue bercakap
macam bagos.
3. Artist - Bukan artis penyanyi tu, tapi pelukis. Time tu selalu jalan2 gi Central Market. Tengok pelukis jalanan lukis lawa2 smue. Nampak macam hippies pon ade.
Tapi, lepas PMR, result aku pon bese2 je. Walaupon aku macam nak amik aliran Sains, tapi aku tak yakin aku leh wat berdasarkan ngan tahap kemalasan aku masa tu. Jadi aku pon amik laa aliran sastera ; subjek elektif prinsip akaun, ekonomi asas ngan pendidikan seni.

Aku kalau ikotkan, subjek kire mengira ni aku mmg lembab skit. Tp bile dah tangkap, mmg leh wat nye. Aku minat matematik, sebab cikgu Ahmad yang ajar aku kelas tambahan sangat laa bersabar mengajar aku yang benak sikit ni. Prinsip akaun lak, mule2 mmg macam haram tak paham ape. Mane debit, mane credit. Pening. Lagi laa Pn. Poh yg ajar tu garang. Tp sebab Mr Tang yang ajar tuition aku tu pon baik sanggup mengajar aku dengan perlahan2, aku dah mule suke kat subjek ni.
Sedar tak sedar, mase universiti pon, amik course accounting. Kire jap bape tahun aku kt universiti. Diploma - 3 thn setgh; sbb ade setgh sbb kantoi 2 paper mase final sem. Tak penah2 kantoi , mase final sem lak kantoi. Degree - 3 thn ; patotnye 2 thn setgh je, tp disebabkan mase degree ni aku mengalami sedikit kesukaran, kantoi paper, repeat. Jadi, aku pon mengextendkan diri sbb mase final sem nak clearkan dulu paper2 yg sangkot.
Tengok2 balik, gile lame aku belajar. Kalau kawen, mau dah 2-3 org anak ni. Hehehe..
Jadi kawan2, adakah anda di tempat yang anda impikan sekarang??

Labels:
Kanak-kanak
Selasa, Mac 24, 2009
Cerita Kanak-kanak - Pt. 1
Korang suke tengok citer kartun tak? Cerita kita hari ni sedikit sebanyak berkait gak ngan kartun. Mase kecik2 dulu, dulu, Doraemon, Thundercats, He-man, macam2 gak laa yang aku minat. Ade satu tu Jem; citer yang sangat laa ramai pompuan suke sampai smue berangan2 nak jadi Jem. Jem; ikon artis remaja pompuan yang sangat laa hotnye dan seorang vocalist untuk band die ; The Holograms. Aku punye laa fanatik sangat citer tu. Kire tak leh miss lansung laa citer tu. Aku tatau laa kalau korang2 smue ingat lagi ke tak citer ni. Hehehe.
Eh, tapi bukan pasal Jem yang aku nak citer. Pasal Doraemon sebenar2-benarnya. Siapa laa tak kenal Doraemon, kucing robot biru pujaan kanak2 sedunia mase zaman aku dulu2. Hehehe.
Alkisahnye, aku rase masa tu aku darjah 5. 5 Kemboja. Mase subjek Matematik. Cikgu Manan nama cikgu yang mengajar tu. Aku khusyuk sangat mase kelas tu. Tak berkelip2 mata aku.
Tibe2, "Papppp!", sebatang kapur putih melantun terkena buku aku dan jatuh kat meja aku.
Aku terkejut dan terus tersedar dari alam aku. Aku jatuhkan buku teks matematik untuk menjenguk2 sape laa umat yang melemparkan kapur tu.
"Ah! Abes aku!" , aku berkata dalam hati. Cikgu Manan dah ade sebelah aku. "Oooo. Ni keje kamu ye. Patot laa nampak khusyuk je. Ni ape ni?", dia menunjukkan kepada aku satu buku kecik atas meja aku.
Atas meja aku, kelihatan buku teks matematik dan di dalamnya, komik Doraemon. Ye. Itu laa die. Aku bukan khusyuk pasal dia mengajar. Aku khusyuk membaca Doraemon. Aku tak tau nak cakap ape. Nak nangis ade. Gelabah ade. Malu pun ade. Lagi2 laa sebab kantoi bace Doraemon dalam class. Jatuh airmuka aku dalam kelas.
Kesudahannye, aku kena sapu sampah satu class waktu tu jugak. Menangis2 aku menyapu sampah sambil mengelap airmata. Tak lama lepas tu, citer tu sampai kat mak aku. Cikgu Manan bagitau bile masa hari datang amik report card. Tapi mak aku tak marah laa. Hehehe. Sumpah! Lepas tu, aku tak berani lagi nak bace doraemon dalam kelas. Hehehe.
Korang ade pernah terjadi situasi macam aku?
Quote of the day:
"If you focus on results, you will never change. If you focus on change, you will get results." Jack Dixon.

Langgan:
Catatan (Atom)