Halaman

Jumaat, September 04, 2009

KETURUNAN LU SUCI DALAM DEBU

Keluarga Kartika dicabar


MEGAT ISKANDAR


KUALA LUMPUR - Persatuan Keturunan Megat TerawisMalaysia mencabar keluarga Kartika Sari Dewi Shukarnor supaya mengemukakan bukti bahawa ibunya, Wan Badariah Meor Abdul Salim, 53, berasal dari keturunan mereka.

Menurut setiausaha persatuan itu, Megat Iskandar Megat Zaharuddin, jika mereka gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga terbabit.

"Tindakan undang-undang dibuat kerana mereka telah mengaitkan susur galur yang diterajui oleh persatuan ini dengan keluarga beliau yang dilihat semata-mata ingin membuktikan 'kerakyatannya' kepada orang ramai,'' katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Memetik laporan akhbar baru-baru ini, keluarga Kartika mendedahkan mereka merupakan keturunan Ngah Ibrahim daripada sebelah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib sementara ibunya, Wan Badariah adalah waris kepada Megat Terawis.

Shukarnor telah bertindak mengeluarkan kenyataan itu setelah mendapati ada segelintir individu termasuk 'cakap-cakap' di laman blog yang mendakwa mereka berasal dari negara jiran.

Apa nak jadi Melayu ni skang...Hal remeh temeh pon nak buat gadoh?

Woi bahlol, kita ni semua hamaba Allah.

Wei bahlol, kita sume saudara Islam

Dan yg penting, kita ni keturunan Adam...


P/s- Gua pon nak buat persatuan la...Tp gua blom ade zuriat plak...

2 ulasan:

aku berkata...

ahak ahak ahak
dah nama pun masalah keturunan, masalah keluarga la tu.
settle diam2 dah le..

jaisyul usrah berkata...

tu la pasal...kecoh je..macam le keturunan dia dijamin masuk syurga...ngah tu la ngah ni la...pak ngah gua rilek2 je kat kebun menyangkul sambil bersiul. igt nama megat limited edition ke..heh..yg penting iman dan taqwa..tol x?